Thursday, November 1, 2012

Berita baik buat penjawat awam.. Gaji bakal naik lagi


Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan. Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat. "Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh. Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.

Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini. "Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya. -Bernama





.

4 Penyokong CHELSEA:

Rozita Ceritaita on November 1, 2012 at 10:41 AM said...

alhamdulillah.. walaupun baru nak buat kajian..

Hanis Azla on November 1, 2012 at 11:05 AM said...

kalau benar bagi di kata.. ALHAMDULILLAH..

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail on November 1, 2012 at 12:36 PM said...

ala..but its not gud news for swasta.gaji naik, bermaksud harga barang naik lagi.demn.. T__T

Pokok Manggis Depan Rumah on November 1, 2012 at 2:54 PM said...

Best la geng-geng kerajaan. Gaji naik lagi..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!