Chelsea membalas luka tiga hari lalu apabila menundukkan Manchester United 5-4 pada saingan pusingan keempat Piala Liga di Stamford Bridge,, sebentar tadi. Chelsea menyumbat dua gol menerusi Ramirez dan Daniel Strrudge pada masa tambahan selepas kedudukan terikat 3-3 tamat masa penuh permainan. United seakan mengulangi kemenangan 3-2 pada Ahad lalu namun Edin Hazard menyamakan kedudukan 3-3 melalui penalti pada minit terakhir permainan.
United terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Ryan Giggs pada minit ke-22 sebelum Chelsea menyamakan kedudukan melalui penalti David Luiz pada minit ke-32. Namun United kembali di depan 10 minit kemudian menerusi penyerang Mexico, Javier Hernandez. Masuk masa kedua David Carhill menanduk masuk pada minit ke-51 untuk menjadikan kedudukan 2-2 . Nani kemudian menjaringkan gol pada minit ke-58 meletakan kembali United di depan. Giggs pula menyumbat gol keduanya ketika permaianan menerusi penalti tetapi ia sudah terlambat bagi United.
P/S - ^__*
.
4 Penyokong CHELSEA:
kekeeekkeke....
Yes...Yes...Yes...!!!!
Lulu...akak dengan geng Chelsea kat opis nie dah meloncat2 seronok...
Hebat-hebat..
terbaik...penyokong setia akan percaya kehebatan pasukannya
Post a Comment