Friday, November 30, 2012

Gila! lelaki ini penggal kepala seorang gadis kerana menolak lamarannya


Seorang lelaki di timur laut Provinsi Kunduz, Afghanistan, ditangkap pihak berkuasa kerana disyaki memenggal kepala seorang gadis berusia 15 tahun yang menolak lamarannya. Dia ditangkap oleh polis bersama seorang rakannya, setelah membunuh gadis itu. Keduanya menghabiskan nyawa gadis itu sekitar 100 meter dari rumahnya, ketika si gadis sedang pergi mengambil air. Menurut Ketua Distrik Imam Sahib, Quraishi, suspek meminang gadis yang bernama Gaiseena, melalui keluarganya pada tahun lalu, namun gadis itu menolaknya. Namun Quraishi belum boleh memastikan apakah suspek dan seorang rakannya tersebut merupakan ahli keluarga atau pun tidak. Insiden itu terjadi selang satu bulan, setelah empat anggota polis tempatan Afghanistan (ALP), dijatuhkan hukuman penjara kerana memperkosa seorang perempuan.






.

1 Penyokong CHELSEA:

Hanis Azla on November 30, 2012 at 11:54 AM said...

kejamnya.. sampai macam tu sekali dia sanggup buat hanya sebab lamarannya ditolak..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!