Thursday, November 8, 2012

INFO : Telefon bimbit untuk warga emas


Kebiasaannya telefon bimbit terkini mempunyai ciri-ciri moden dan canggih bagi memenuhi kehendak dan menarik perhatian golongan muda. Bagaimanapun, sebuah syarikat telekomunikasi di United Kingdom (UK), Age UK memperkenalkan telefon bimbit khas untuk warga emas. Telefon berharga 55 pound (RM269.50) itu direka khas dengan ciri-ciri membuat panggilan mudah untuk mereka yang tidak biasa menggunakan teknologi canggih atau mempunyai masalah penglihatan. Berbanding menekan nombor untuk membuat panggilan, pemilik telefon hanya perlu menekan butang yang memaparkan nama rakan dan keluarga.

Telefon tersebut mampu menyimpan sehingga lapan nombor telefon yang dipilih oleh pemilik dan diprogramkan ke dalam gajet itu ketika dibeli. Butang dengan tulisan 'jawab panggilan' dan 'padam/tutup' juga jelas tertera di telefon tersebut. Pendekatan asas telefon itu memudahkan warga emas daripada terpaksa belajar menggunakan skrin sesentuh telefon pintar yang sukar difahami mereka. - AGENSI




P/S - Cantik kan?



.

8 Penyokong CHELSEA:

Nugrul Sakura on November 8, 2012 at 4:08 PM said...

Colourfull gituw....

Hida Kadiso on November 8, 2012 at 4:30 PM said...

kat mesia ade jual ke?? kalau ade nak beli gak.. hehhehe..

Anisa Anuar on November 8, 2012 at 4:34 PM said...

smart!!! senang jgk utk warga emas nk gne

Secret Garden on November 8, 2012 at 5:58 PM said...

Tak Sangka! Macam plastik je tgk henset tu. hahal...

boni kacak on November 8, 2012 at 6:20 PM said...

hahaha..comel la telefon ni. memang bagus utk warga emas...

Unknown on November 8, 2012 at 11:48 PM said...

<--- layak tak pakai? :p

NJihe.am on November 9, 2012 at 11:40 AM said...

csntik, nak beli untuk nenek sayalah...

Aziela on November 9, 2012 at 4:45 PM said...

Kalau ada, nak terus beli. Yang paling takut dengan hp nie ialah nenek dan mak ayah sebab mata dah tak nampak. Nak tekan apa pun x tau. Better of, nama2 tu boleh di tukar dengan muka orang. So, instead membaca, dia tengok gambar anak, dia call. Senang kan.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!