Seorang seniman yang berasal dari Iran, Raein Akbar Khanzadeh berjaya menyalin Al-quran ke dalam dua lembar perak dan platinum. Lembaran-lembaran itu disusun dengan 2500 batu permata 20 karat, serta 10 karat batu rubi dan safir. Alquran salinan bertahta batu permata ini memiliki berat 6 kg. Khanzadeh berhasil menyelesaikan projek ini dalam waktu 10 bulan. Dia tidak meminta penaja dari pihak mana pun untuk menyelesaikan projeknya itu. Khanzadeh menghabiskan wang 150 ribu dirham miliknya sendiri untuk membeli pelbagai perlengkapan yang diperlukan. Menurutnya Al-quran bukanlah alat untuk mencari keuntungan oleh kerana itu kesuciannya harus dijaga.
Khanzadeh memiliki bakat luar biasa yang dibawa sejak lahir. Dia mampu membaca dan menulis huruf berukuran 30 kali lebih kecil dibandingkan ukuran normal dengan mata tanpa bantuan apa pun. Selama 12 tahun dia menghadapinya. Bakat yang dia miliki didedikasikan untuk kepentingan Islam. Setiap tahun, dia berhasil menyalin Al-quran dengan rekod baru yang belum ada sebelumnya. Tahun ini dia juga telah menampilkan salinan Al-quran yang terdiri dari 114 bab dan mencakupi 604 halaman. Lembaran-lembaran itu berasal dari perak dan berukuran lebih kecil dibanding kertas A4. Pada awalnya, Khanzadeh merasa bimbang jika penglihatannya akan berkurangan seiring dengan bertambahnya usia.
Namun rasa bimbang itu menghilang kerana semakin hari penglihatannya justru semakin tajam lebih-lebih lagi untuk membaca Alquran. Raein Akbar Khanzadeh adalah seorang muslim yang taat. Beberapa tokoh penting menjadi pelanggan setia bagi karya-karyanya iaitu Shaikh Hamdan Bin Mohammad Bin Rashid Al Maktoum, putera mahkota Dubai dan Ketua Dewan Eksekutif Dubai. Semua karyanya telah diluluskan oleh Bahagian Umum UEA Urusan Islam. Karyanya terbukti detail dan tidak terdapat kesalahan. Dalam bekerja Khanzadeh tidak menggunakan mikroskop untuk membantu penglihatannya.
.
3 Penyokong CHELSEA:
wah... keistimewaan yang Allah kurniakan pada dia....
@boni kacak
subhanallah :)
Alhamdulillah..tumpang bangga dengan usaha Muslim sebegini..
Post a Comment