Tuesday, November 27, 2012

Inilah yang dinamakan penyokong sejati


Meskipun sudah memasuki usia pencen, seorang datuk penggemar salah satu club rugby ini tetap dengan minatnya dengan menciptakan sebuah replika stadium di garaj keretanya. Idea ini terlintas di mimpinya dua tahun yang lalu. Oleh kerana minatnya, datuk ini pun rela menghabiskan dana ditabungannya hingga mencapai $20000. Pembuatan miniatur memanglah hal yang disukai oleh Don Martini, tapi stadium rugby ini adalah salah satu projek terbesarnya. Sebelumnya, dia memang sudah memiliki beberapa miniatur di halaman belakang rumahnya, seperti sebuah desa kecil yang dilintasi rel kereta api model, kincir angin, dan berbagai model lain.


Tapi ianya tidak memuaskannya, Dia inginkan yang lebih besar. Bahkan isterinya menggelarnya gila kerana Don sangat teruja dengan club rugby yang satu itu. Akhirnya, stadium berukuran panjang 20 kaki dan selebar 17 kaki ini terealisasi dengan megah di garaj keretanya. Stadium mini ini dibuat dengan detail yang lengkap.






.

1 Penyokong CHELSEA:

MalizaMah on November 27, 2012 at 4:32 PM said...

terbaik.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!