Tuesday, November 20, 2012

'Islam is about real love, not just lust'.. Seorang party girl, mendedahkan kehidupannya setelah menjadi islam


Pengakuannya dari seorang gadis liar yang suka berparti dan berubah menjadi seorang gadis bertudung dan memeluk agama Islam, agak memeranjatkan ramai orang terutama rakan-rakannya yang berfikir ianya merupakan gurauan darinya. Tetapi guru pelatih ini, Heather Matthews, 27, berkata, Islam telah membawa 'cinta dan kebahagiaan' kepadanya dan ianya apa yang tidak pernah ditemui di rumahnya yang mengamalkan gaya hidup 'pelik'. Puan Matthews, ibu kepada dua orang anak, memeluk agama islam empat minggu lalu - dua bulan selepas pulang dari bercuti di Ibiza. Dan dia mengatakan bahawa gambar-gambar 'lama beliau' yang diambil pada perjalanan itu, menunjukkan semua yang salah dengan imej terlalu Barat.

Dia berubah setelah dia cuba untuk meyakinkan Jerrome bekas suaminya, dirinya seorang mualaf, yang agama yang sedang mereka anuti adalah salah. Dia yang terasa kehidupannya selama ini salah, mula membaca untuk mendapatkan kepastian diatas keraguannya. Walaupun mereka berpisah tahun lepas, dia meneruskan belajar tentang Islam - dan yakin dengan agama ini. Kemudian, empat minggu lalu, dia segera memeluk agama islam dan merubah penampilan dirinya menjadi muslim sejati. Beliau berkata: 'Saya mengucap khalimah syahadah dengan mengulangi pengisytiharan iman di hadapan Imam dan saya bersyukur..'.







.

6 Penyokong CHELSEA:

Izwa Kamaruddin on November 20, 2012 at 4:03 PM said...

alhamdulillah~

boni kacak on November 20, 2012 at 4:37 PM said...

Alhamdulillah... semoga lebih ramai yang akan memeluk Islam selepas ini...

mujagirl92 on November 20, 2012 at 4:51 PM said...

biarpun difitnah sebagai pengganas, biarpun dibom dengan kejam, bilangan muslim sentiasa bertambah,, alhamdulillah,, :')

Hanna Nabiella on November 20, 2012 at 5:32 PM said...

islam itu indah :D

Unknown on November 20, 2012 at 9:27 PM said...

alhamdulillah. seorang lagi saudara baru :)

Cik Fie on December 12, 2012 at 3:57 PM said...

alhamdulillah . islam is the best :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!