Sepasang suami isteri yang pada mulanya beragama Kristian yang baru saja nikah dan memeluk agama Islam ditembak oleh keluarga mereka. Insiden menyedihkan ini terjadi di Kalore Kot, sebuah kota kecil di wilayah Bhaker, Pakistan yang majoriti penduduknya beragama Kristian. Menurut sumber polis kepada The Express Tribune, Kalsoom Bibi, anak perempuan Irshad Masih dan Muhammad Bilal bin Ashraf mati di tembak oleh saudara lelaki Kalsoom yang bernama Imran. Kejadian itu berlangsung di rumah Bilal. Sebelum insiden tembakan, pasangan pengantin baru itu terlibat pertengkaran dengan Imran, saudara lelaki Bibi lainnya, Zahid dan ayahnya, Irshad.
Tiba-tiba, Imran melepaskan tembakan ke arah pasangan muda itu dan mereka mati di tempat kejadian. Disyaki, pertengkaran tersebut kerana keluarga tidak menerima mereka memeluk agama lain. Tak hanya pasangan itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun, Alisha, juga terkena tembakan peluru Imran. Dia terus dikejarkan ke Rumah Sakit Kot Kalore dan dalam keadaan kritikal. Menurut keterangan polis, Bilal dan Bibi baru memeluk agama Islam atas kemahuan mereka sendiri dua bulan lalu.
.
3 Penyokong CHELSEA:
memang tak patut kejadian ni berlaku..bukan sesiapa pun, keluarga sendiri pulak tu..
sangat2 tak patut..
ooo baru tau kat sana pun ada daerah majoriti kristian yek..
Post a Comment