Lama tak menulis mengenai apa yang dibaca. Sebelum ni memang cari masa juga nak habiskan beberapa novel yang ada, dan review pun tak buat-buat lagi. Tapi yang penting, bila kita baca sesuatu yang baik dan memberi kesan dalam hati, wajarlah kita kongsikan dengan orang lain. yer tak?
Dah lama memiliki novel istimewa ini. Macam mana tau istimewa walaupun belum baca masa tu?
Sebab penulis memang agak terkenal dalam FB tau. Asyik jer lah lulu baca mengenai ulasan novel ini dalam FB. Dan menakjubkan, semua ulasan itu baik dan tanpa sedar membuatkan hati lulu terpaut dan rasa ada tarikan untuk terus memiliki novel tebal ini. Singgah kedai buku kat KL Sentral, banyak ada kat situ masa tu. (Skrg ramai yang nak dapatkan tapi susah nak jumpa kat kedai..) Alhamdulillah akhirnya lulu memiliki novel ini.
Berbulan novel ini tersimpan atas meja. Hari-hari tengok, tapi belum juga nak baca. Sehinggalah penulis mengeluarkan novelnya yang terbaru. lebih tebal dari ASST.. iaitu I Love You, Stupid.. Pergh, lagi sekali FB tu lulu tengok dah macam lautan kedua novel ni. Ulasan-ulasan yang ditulis menghiasi hari-hari lulu. Siyes tercabar. Lulu terus beli online buku kedua, dan lebih tebal dari yang pertama.. Yeah, terus peluk, sebab sangat suka baca novel yang tebal. Tapi... tak juga mula membaca. hehe...
Sebulan selepas memiliki novel kedua, lulu ringankan hati, marilah kita mulakan membaca dari yang pertama, takkan nak tertinggal teruskan..hoho, takkan nak tunggu sampai penulis keluarkan novel ketiga.. (harap lebih tebal dari yang sebelumnya..)
Membuka helaian-helaian pertama, mula membaca, lulu dah mula gelak-gelak sendiri. Bab demi bab, hati semakin terpaut. Bayangkan, mengenali Hilman dan Intan (watak dalam novel) membuatkan lulu mengusung novel itu kemana-mana pun. Ya memang tebal, tapi siyes tak boleh nak lupa, asyik teringat-ingat nak membaca. Dan kerana keterujaan itulah, dalam tempoh 3 hari, lulu dah ulang baca selama 4 kali. Novel dengan 1056 muka surat dan 70 bab..Hebat.. sampai rasa berat hati pula nak beralih pada I Love You, Stupid. Dan ada satu peristiwa yang tak dapat nak lupa mengenai novel ni. Masa raya baru-baru ni, bawalah sekali novel tu beraya.. Sempat lagi membaca walaupun dah baca berulang, tapi macam baru nak baca kan. Tiba-tiba bila nak balik, penanda buku tu tak ada. Cari-cari, tak juga jumpa.. hehe, tak senang hati sampai balik rumah.. Asyik mesej tuan rumah minta cari kan. Bila fikir-fikir, alahai, rupa-rupanya jatuh bawa tilam, tak terbawa rupanya..hehe..
So, apa yang pemesnya/istimewanya pada novel Awak Suka Saya Tak? Tulisan Melur Jelita ni..
Betullah, novel ni adalah kisah kasih sayang. Mengisahkan cinta istimewa dua insan, Hilman dan Intan, yang menempuh pelbagai rintangan dan cubaan untuk menjadi suami isteri. Ketabahan Hilman memikat hati Intan, dan kesungguhan Intan mempertahankan cinta mereka, membuktikan bahawa mereka memang ditakdirkan antara satu sama lain. Apa yang menarik, penulis menulis dengan baik lokasi dan perasaan dua hati ini sehinggakan sesiapa yang membaca bakal terbuai seolah-olah melihat kisah itu sendiri..
Tahniah penulis, novel yang sangat baik dan berbaloi dengan ketebalannya. Lepas ni, takut juga nak baca novel lain, sebab takut tak dapat menandingi atau menyamai ASST.. :( dan sekarang ni tengah baca novel kedua lak, dan bakal di review lepas lulu habis baca ulang-ulang yer..hehe.. pedassssssssss..
Nampak tak beza ketebalannya? |
P/S - Recommended by lulu caldina
.
14 Penyokong CHELSEA:
memang ramai yang menyukai dan memuji novel ni.. akak belum sempat membacanya lagi.. nnt akak kena cari juga ni.. bila sedang menulis mmg akak kena mengelak dari membaca novel lain sebab takut terikut2 dgn cara penulisan orang lain..
wahh ada novel ni
uihhhh kalau cuti pnjg syok baca
rajinnya kamu membaca novel. baguslah. nanti kalau saya ada novel, beli ya. ceewah, perasan pula kamu ni ya, RKI.
assalamualaikum Lulu...syok kalau dpt baca novel yg istimewa ni...:)
tebalnya..kalau saya ni, bercinta nak habeskan..hehe
aisey kak tina suka gila asst ni, dulu2 pelik jugak tgk fenomena geng hot mama kecoh pasal buku ni, tapi punyala tertinggal ketapi baru ni beli dan terus baca
siap sanggup bangun pepagi kayuh basikal sambil baca hehe, padahal dah lama tinggal kayuh basikal ni, sebab tak sabar nak tau ending dia
cerita cinta yg sangat sopan kan, tapi kak tina selalu pikir, ada ke lelaki yg sebegitu hensem mcm kat novel2 ni, nyarislah kak melur tak gambarkan intan tu cantik jelita kan
apapun i lap u lah hilman yoong hahaha
@4umyfans eh, jgn segan, kalau ada inform lulu dan lulu akan dapatkan :)
@Anisa Anuar sila beli, dah dapatkan nanti taulah berbaloi ke tak..
@maszull mmg syok mama.. bila dah baca novel ASST ni baru baca ILUS lak.. Begitulah kata penulis kepada lulu :)
@4feet8 mmg mula-mula nampak mcm susah nak habis sbb ketebalannya, tapi bila dah start, asyik jer, tak sedar dah nak habis.. Betul!
@Tina Othman hoho, suka sangat komen dari kak tina sbb bila dah baca novel ni, sama jer rasanya dengan pembaca lain.. Rasa nak bawa jer buku tu kemana-mana. Pastu terpikat dengan cerita sopan tu.. Lulu pun tertanya-tanya juga samaada lelaki mcm Hilman tu wujud ke tak... Tapi, walaupun tebal, siyes tak bosan baca ;)
wahhhhhh mmg tebal mmg mkn msa la klo pakjoe nk bca hahaha
pergh..tebal gila..... kalau saya baca ni, ambik masa 3 bulan baru habis kot...hehehe
Post a Comment