Monday, November 19, 2012

Luis Suarez bakal ke Chelsea?


Pemilik Chelsea, Roman Abramovich memasang impian untuk menggandingkan bintang penyerang Liverpool, Luis Suarez dengan penyerang sensasi Atletico Madrid, Radamel Falcao. Jutawan Rusia itu yakin, impian untuk memiliki Suarez, penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris ketika ini mampu menjadi kenyataan seandainya mereka berjaya membawa masuk bekas pengurus Barcelona, Pep Guardiola sebagai jurulatih Chelsea. Ejen Suarez iaitu Pere adalah abang kepada Guardiola. Dan, Liverpool bimbang, kaitan tersebut akan menyebabkan penyerang antarabangsa Uruguay itu pergi meninggalkan Anfield.

Biarpun mengimpikan Guardiola membimbing Chelsea pada Januari depan, namun perkembangan semasa menyaksikan bekas jurulatih mereka, Jose Mourinho yang mungkin kembali ke Stamford Bridge, apatah lagi pengurus Real Madrid itu sudah mendaftarkan anak perempuannya, Tita di sebuah kolej di London. Mourinho mempunyai hubungan baik dengan Abramovich dan dia tidak menyembunyikan hasrat untuk kembali dalam Liga Perdana. Namun, bagi penyokong Chelsea, Guardiola adalah opsyen terbaik andai dia boleh memancing Suarez.

Manchester City juga memburu Suarez tetapi Chelsea mampu menawarkan gaji lebih lumayan sebaik menjual Fernando Torres. Abramovich sedia membayar 50 juta pound (RM243 juta) untuk Suarez dan melepaskan Torres. Kelmarin, Suarez mengukuhkan kedudukan sebagai penjaring terbanyak dengan meledak gol ke-10 liga musim ini selepas menyumbat dua gol ketika membantu Liverpool menumpaskan Wigan 3-0. - Agensi





.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on November 19, 2012 at 10:56 PM said...

jgn nak berangan sgtlah wahai peminat Chelsea..BOOOOOOHHH

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!