Sunday, November 18, 2012

SUAMIKU, ENCIK PERFECT 10!



Melihat tajuk novel ini, memang tersangat memikat hati okeh, pandai penulis pilih tajuk, kan..

No 1 di Carta terlaris/Bestseller KINOKUNIYA. No 1 di MPH untuk 3 minggu berturut-turut dan No 3 di POPULAR - Rujukan Akhbar Berita Harian 31 Ogos 2012

Bukan sekadar tajuk novel hebat, sebenarnya novel ini juga memiliki keistimewaan tersendiri. Kalau tak, takkanlah boleh tersenarai dalam carta terlariskan?? Setebal 597 muka surat dan 56 bab, novel ini mengisahkan perjalanan seorang wanita yang melanjutkan pelajaran diluar negara sebagai seorang doktor. Di rogol oleh kekasihnya, dan dia dibuang universiti kerana sering ponteng kuliah akibat loya dan mabuk apabila dia didapati hamil. Pulang ke tanah air dan tanpa sengaja dia menemui seorang lelaki yang sangat banyak tanya didalam kapal terbang. Wanita ini sempat muntah ke baju lelaki itu.

Kisah yang sangat unik cuba disampaikan oleh penulis. Bayangkan lelaki yang tidak dikenali, akhirnya sanggup melakukan apa saja deminya. Dari berpura-pura menjadi suami, sehinggalah menjadi bapa kepada bayi yang dikandungnya, hanya kerana tidak mahu dipandang serong oleh orang lain terutama ibu wanita ini, dan tanpa disedari, dalam masa yang singkat, mereka saling jatuh hati dan terpaut rasa.

Apa yang berlaku apabila kekasih yang merogolnya kembali dan menagih kasih dan lelaki yang mula dicintainya ini sudah bertunang dengan orang lain??

Bagaimana agaknya lelaki perfect 10 yang digambarkan oleh penulis? Jom, dapatkan novel dengan cerita menarik ini sekarang..





P/S - Recommended by Lulu Caldina






.

25 Penyokong CHELSEA:

TS on November 16, 2012 at 2:13 PM said...

weee...ari tu beli novel kat karyaseni tu beli novel ni skali..
xsabar nak bace kak..hiks

Izwa Kamaruddin on November 16, 2012 at 2:21 PM said...

wahhhh nak kene beli nih!!

Anisa Anuar on November 16, 2012 at 2:28 PM said...

tebal giler....hehehehe...

Lulu Caldina on November 16, 2012 at 2:43 PM said...

@.: iEyLa :. sila baca..hehe nanti lepas ni kita review novel lain lak yer ;)

Lulu Caldina on November 16, 2012 at 2:44 PM said...

@:: Mrs.Eady :: sila beli kak... ^__^

Lulu Caldina on November 16, 2012 at 2:44 PM said...

@Anisa Anuar takdelah tebal sangat, tapi ceritanya best :)

Unknown on November 16, 2012 at 2:49 PM said...

dah baca.. jln cerita memang best! huhu..

didielife on November 16, 2012 at 2:53 PM said...

best sangat.. tak rugi da koleksii

Unknown on November 16, 2012 at 2:56 PM said...

Kena beli novel ni. Hehe. :)

Lulu Caldina on November 16, 2012 at 3:04 PM said...

@Anne Nurain yeay

Lulu Caldina on November 16, 2012 at 3:04 PM said...

@Didie Redwan tak rugi kan :D

Lulu Caldina on November 16, 2012 at 3:05 PM said...

@Rabiatul Adawiyah Abd Rahim sila beli :)

Unknown on November 16, 2012 at 3:09 PM said...

wahhh macam menarik jer

Lulu Caldina on November 16, 2012 at 3:56 PM said...

@siti rokiah memang pun menarik :)

Anonymous said...

alamak2, buku stupid tu pun tak terbeli lg, udah lulu goda dgn buku yg ni

rasa nak ke jalan tar je petang ni, carik novel hehe, dpt murah sikit kalau beli kat minerva

Anonymous said...

terima kasih krn sudi membaca dan review... :) semoga dpt iktibar dan pengajarannya. majulah penulisan untuk negara.. hehe...

ieyjajaja on November 16, 2012 at 6:58 PM said...

bez gler ker? dh bca dh?

Lulu Caldina on November 17, 2012 at 2:34 AM said...

@Tina Othmanbeli jer online kak Tina.. :)

Lulu Caldina on November 17, 2012 at 2:35 AM said...

@syamnuriezmil yeay, penulis novel ini singgah kat sini ;)

Lulu Caldina on November 17, 2012 at 2:36 AM said...

@ghanieyjajaja dah baca, memang best ..

Hanis Azla on November 17, 2012 at 7:09 AM said...

Akak kena cari dan baca ni.. sebab baca review lulu pun akak dah tergoda..

Aisha Ali on November 17, 2012 at 10:40 AM said...

macam best je. nak bace la.

Lulu Caldina on November 18, 2012 at 3:43 PM said...

@Hanis Azla alhamdulillah kak fea, maknanya mesej tu sampai ;)

Lulu Caldina on November 18, 2012 at 3:43 PM said...

@Isha Nur Shisha memang best..

♥ aiNa yaZiD ♥ on November 18, 2012 at 9:00 PM said...

waaah tajuk da best, cover novel pun meriah~! mmg attractive. nak kena beli ni.. =)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!