Kemampuannya untuk terus tersenyum, walaupun sedang bergelut dengan penyakit leukemia dan pelbagai penyakit lain, melayakkan seorang kanak-kanak lelaki dari Durham, dekat sini terpilih menerima anugerah khas daripada persatuan kebajikan Britain. Max Pedelty, 2, menerima Anugerah Bintang Kecil daripada Cancer Research UK yang memberikan anugerah itu khas kepada pesakit barah berumur bawah 18 tahun di Britain, setelah dia dicalonkan oleh ibunya, Mandy. Pedelty dilahirkan dengan menghidap pelbagai penyakit termasuk jantung berlubang, kerosakan sistem saraf teruk yang membataskan pergerakan ototnya serta sindrom down. Pada September tahun lalu, Pedelty dikesan pula menghidap leukemia.
Namun, semua itu tidak memberi kesan pada riak wajah kanak-kanak itu untuk sentiasa kelihatan ceria, sekali gus menjadi inspirasi buat keluarganya. Selepas menjalani rawatan kemoterapi di Royal Victoria Infirmary, di Newcastle antara November tahun lalu dan Mei tahun ini, dia kini kembali pulih. Mandy berkata, anaknya itu tidak pernah sesekali merungut akan ujian yang dilakukan ke atasnya sejak dia dilahirkan, sebaliknya kekal menjadi seorang kanak-kanak yang ceria. Anugerah ini adalah pengiktirafan atas semangat melawan yang ditunjukkan Pedelty, katanya. - AGENSI
.
1 Penyokong CHELSEA:
sangat terharu dengan kanak2 ni, bayangkan org dewasa yang mungkin x sekuat kanak2 untuk melawan penyakit
Post a Comment