Thursday, December 20, 2012

700 gunung akan diratakan untuk dijadikan kota


Meratakan sebanyak 700 gunung untuk dijadikan kota pastinya tidak sedikit wang yang harus dikeluarkan. Namun, kerana padatnya penduduk di china membuatkan seorang orang paling kaya di China terfikirkan idea aneh ini. Kota baru akan tercipta di China. Kota ini yang terletak di New Are Lanzhou–80 km dari kota Lanzhou atau 966 km dari Beijing. Kota baru ini memiliki luas sekitar 500 mil persegi . Namun perbelanjaan yang sangat besar diperlukan untuk membangunkan kota baru ini. Salah seorang yang merancang membangunkan kota baru ini adalah an Jiehe (52 tahun), salah seorang dari lima orang terkaya di China.

Pejabat daerah menyokong penuh langkah meratakan 700 gunung untuk membuat sebuah kota baru kerana dengan adanya kota baru maka ianya akan mampu mempercepat perkembangan wilayah barat China. “Pembentukan daerah Baru Lanzhou menandakan upaya negara untuk mempercepatkan pengembangan wilayah barat,” kata Qin Yucai, Direktor Regional untuk Pembangunan Nasional dan Reformasi China.

Idea meratakan gunung sebenarnya sudah pernah diusulkan pada 15 tahun lalu tepatnya November 1997, hal yang sama telah dirancang di kota ini. Meskipun skalanya jauh lebih kecil, gagasan utamanya tetap sama. Apakah langkah ini akan benar benar dilakukan dan 700 gunung akan diratakan?





.

4 Penyokong CHELSEA:

Kancil 8349 on December 20, 2012 at 8:45 PM said...

meratakan semua gunung pasti memberi kesan pada ekosistem alam...Kancil pernah terbaca satu artikel Islam mengatakan bahawa gunung nie merupakan pemberat di muka bumi...jika diratakan maka tiadalah pemberat tersebut

kak mahh on December 20, 2012 at 9:29 PM said...

China sangat luas...berbaloi agaknya meratakan ...

fifie on December 20, 2012 at 9:47 PM said...

Saya rasa pasti akan ada effect bila dah meratakan gunung tersebut, bukan sebuah tapi 700. Pasti akan mengancam ekosistem bumi

Unknown on December 20, 2012 at 11:20 PM said...

first time singgah sini. jadi teragak2 nak komen ke tak sbb sy bukan penyokong chelsea...heh!

:)

#maaf, komen xde kaitan dgn entri

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!