Thursday, December 20, 2012

Murid bawa senjata api ke sekolah


Kerana bimbang berulangnya tragedi amukan seperti di Sekolah Rendah Sandy Hook, seorang murid lelaki berusia 11 tahun dekat Utah membawa sepucuk pistol ke sekolah. Sehubungan itu murid tersebut ditahan dan didakwa kerana memiliki senjata berbahaya. Kanak-kanak itu membawa pistol .22 kaliber ke dalam kelasnya di Sekolah Rendah Kearns Barat di pinggir Salt Lake City, Utah, kelmarin dan didakwa mengancam rakan kelasnya dengan senjata tersebut. "Dia mendakwa membawa senjata itu bagi melindungi dirinya dan rakan-rakannya daripada kejadian yang menyerupai insiden di Connecticut," kata Ben Horsley, jurucakap Sekolah Granite yang menguruskan hampir 200 buah sekolah di Utah.

Senjata itu ditemui di dalam beg sekolah kanak-kanak tersebut, namun ketika ditemui ia tidak mempunyai peluru. Kanak-kanak itu kini ditahan dan diletakkan di bawah penjagaan polis dan didakwa kerana memiliki senjata berbahaya di kawasan sekolah serta melakukan serangan. "Dakwaan serangan dibuat selepas dia mengancam atau mengeluarkan senjata dalam keadaan memberi tekanan kepada tiga orang pelajar lain pada waktu rehat," kata Horsley. Selain didakwa atas kesalahan jenayah, kanak-kanak itu kini digantung dari sekolah. - AFP






.

1 Penyokong CHELSEA:

boni kacak on December 21, 2012 at 2:04 AM said...

ganas betul budak2 sekarang ni...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!