Meh Jenguk~Blog alin

Dapur Tanpa Sempadan...

#JomKurusPH

Wednesday, December 26, 2012

Ciptaan seorang petani ini bakal membolehkannya menjadi seorang jutawan


Seorang petani berusia 55 tahun berasal dari China berhasil mencipta sebuah kereta bertenaga angin dengan anggaran kos hanya USD 1600. Penemuan unik ini mungkin akan membuatkannya kaya mendadak. Dalam waktu tiga bulan, Tang Zhengping berhasil mencipta sebuah kereta yang memiliki tinggi 1 meter dan panjang 3 meter. Hebatnya, kereta tersebut benar-benar memanfaatkan tenaga angin untuk bergerak. Dianggarkan kereta tersebut dapat mencapai kepantasan 90 mph (140 kmph). Zhengping membuat kenderaannya berjalan dengan memanfaatkan generator dari elektrik dan bateri, yang dapat di charge oleh kipas besar yang berputar di depan kenderaan. Kedua sayap penghasil tenaga matahari di belakang kereta tersebut juga menghasilkan elektrik. Zhengping memang tidak percaya bahawa penemuannya memiliki potensi untuk membuatkannya menjadi seorang jutawan. Namun, dia sangat berharap bahawa dia boleh menemukan pembeli untuk teknologi yang diciptakannya.






.

2 Penyokong CHELSEA:

Hanida Moss on December 26, 2012 at 8:53 PM said...

Saye bukan penyokong Chelsea tp saye ade jersi dia! =]

boni kacak on December 26, 2012 at 10:35 PM said...

nak beli lah nak beli lah..hehehehe


 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!