Wednesday, December 26, 2012

Telinga aneh milik Jian Tianjin


Jian Tianjin dari Taiwan, memiliki sepasang telinga yang dapat ditarik hingga 16cm, bahkan kedua telinganya dapat disilangkan di dagu sungguh menakjubkan, sehingga Jian Tianjin lebih dikenali sebagai ‘Si Telinga Bodhisattva / Telinga Budha’. Jian Tianjin berkata, ”memiliki sepasang ‘Telinga Bodhisattva’ membuat saya merasa diberkati, mungkin Tuhan mendorong saya untuk lebih berbakti lagi.” Jian Tianjin yang tinggal di desa Jiaoxi memang sangat terkenal. Jian berkahwin dengan isterinya dan tinggal dirumah mertuanya yang bernama Cheng. Suami isteri itu memiliki 4 orang anak. 35 tahun yang lalu isterinya meninggal, Jian seorang diri membesarkan 4 orang anaknya yang masih kecil, sedangkan ayah – ibu mertuanya sakit kerana usianya yang sudah lanjut. Jian, siang malam menjaga dan merawat mereka seperti merawat ayah dan ibunya sendiri, sehinggakan wang simpanannya habis tanpa sekalipun mengeluh.

Jian adalah orang yang baik hati, telinganya asli sama seperti orang lain. Tetapi setelah usia 60 tahun daun telinganya semakin lama semakin panjang. Panjang telinganya mencapai 10cm, dan kelihatan seperti getah, jika ditarik panjangnya mencapai 16cm. Menurut kepercayaan masyarakat Taiwan, memiliki telinga yang besar adalah bernasib baik, ramai orang yang ingin memegang telinga Jian untuk mendapatkan nasib yang baik. Lebih-lebih lagi, Jian Tianjin adalah orang yang berbakti, baik hati, dan memiliki jiwa sosial yang tinggi. -AFP






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!