Diva pop, Kris Dayanti, kini sedang menghitung hari untuk melahirkan anak keduanya hasil perkahwinan dengan hartawan dari Timor Leste, Raul Lemos. Namun, penyanyi berusia 37 tahun itu berkata, dia mengidam sesuatu sebelum tiba waktu untuk melahirkan anak itu. Dalam wawancara bersama Kris Isnin lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Mencintaimu itu menyatakan dia mengidam untuk menonton konsert penyanyi antarabangsa, Jennifer Lopez yang berlangsung di kota Jakarta. Saya sedang bersiap-siap dan menjaga stamina supaya tidak letih sewaktu menonton konsert J.Lo nanti," katanya. Konsert penyanyi itu berlangsung di Stadium Antarabangsa Mata Elang, Ancol, Jakarta, baru-baru ini. Selain menonton konsert itu, Kris turut menyatakan keinginannya menonton filem James Bond terbaharu, Skyfall. - AGENSI
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment