Monday, December 31, 2012

Lima Gajah Terbunuh Dirempuh Kereta Api


Kereta api penumpang terbabas dan melanggar lima gajah yang melintas landasan kereta api di timur India. Jurucakap perkhidmatan kereta api R.N. Mohapatra berkata, kereta api itu merempuh haiwan terbabit awal pagi Ahad di kawasan hutan Rambha, kira-kira 180 kilomemeter selatan Bhubaneshwar ibu wilayah Orissa. Ketua Pemeliharaan Jabatan Haiwan dan Hidupan Liar, J.D. Sharma menuduh pihak berkuasa kereta api mengabaikan amaran supaya kenderaan terbabit diperlahankan kerana gajah sedang melalui kawasan berkenaan. Mohapatra berkata, amaran itu diterima terlalu lewat.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!