Thursday, February 2, 2012

J.Lo menangis


JIKA sebelum ini Jennifer Lopez kelihatan ceria, dia baru-baru ini dilihat sedang menangis ketika bercakap menerusi telefon miliknya.
Dailymail melaporkan ketika kejadian kekasih Casper Smart ini sedang duduk di balkoni hotel penginapannya di Miami dan menitiskan air mata ketika asyik berbual melalui telefon.

Menyedari kelibatnya sedang diperhatikan oleh paparazi, dia segera bangun dan masuk ke dalam bilik hotelnya.

Namun tanda tanya mengenai kejadian itu terjawab apabila penyanyi lagu Love Don't Cost A Thing tersebut menjelaskan dia menangis kerana sedang berbual dengan anak perempuannya, Emme.

Jennifer yang ditemu bual dalam program The Today Show berkata, dia begitu rindukan anaknya yang berusia tiga tahun.

"Sudah beberapa hari saya tidak bertemu dengannya membuatkan air mata menitis ketika bercakap dengannya," ujar bekas isteri penyanyi Marc Anthony itu.










.

Push Up di Atas Botol


Mungkin tak pernah terbayangkan di dikiran anda melakukan push up di atas empat botol yang berdiri tegak. Kalau tidak menjaga keseimbangan dan memiliki otot-otot yang kuat, anda akan terjatuh dan botol pun akan pecah.

Tapi, tidak bagi kanak-kanak berusia tujuh tahun, Guiliano, yang berhasil melakukan push up di atas empat botol yang menopang tangan dan kakinya. Setelah berhasil menjaga keseimbangan di atas botol-botol tersebut, dia pun melanjutkan aksinya dengan push up. Aksi kali ini, dia berhasil melakukannya 12 kali.

Ini bukan pertama kalinya Guiliano menantang kekuatan diri. Pada 2009, dia pernah berjalan cepat menggunakan tangan dan bola berat di antara kakinya sejauh 10 meter. Dia berjaya mencatatkan aksinya pada Guinness Book of World Records.

"Dia telah ikut ke gym bersama saya sejak dia lahir. Saya selalu membawanya ketika berlatih," ujar ayahnya Iulian Stroe.

Stroe menambah, apa yang dilakukan oleh anaknya tak akan membahayakan dirinya sendiri. "Saya telah melatihnya dengan keras. Dia selalu dalam pengawasan saya ketika berlatih. Dia hanya anak kecil dan jika dia penat kami akan pergi dan bermain."

Giuliano, anak tertua dari empat bersaudara, mengatakan bahwa hal ini tidak dilakukan demi kepentingan peribadi. Dia masih seperti anak kecil normal yang suka menonton kartun, dan bermain di taman.







.

Dedahkan Teman Wanita Baru


Presiden Filipina, Benigno Aquino III, mengumumkan pada Rabu bahawa beliau kini sedang berpacaran dengan seorang wanita Korea yang membesar di ibu negara ini.

Teman wanita presiden yang masih membujang itu bekerja sebagai hos sebuah rancangan televisyen.

Grace Lee, 29, kemudiannya mengesahkan di dalam rancangan televisyen yang dikendalikannya bahawa apa yang disebut oleh presiden itu sebagai benar.

Aquino akan berusia 52 tahun bulan depan.


Sejak menjadi presiden pada tahun 2010, beliau telah tiga kali putus cinta termasuk dengan seorang ahli majlis perbandaran.






.

Ashley kenapa bunuh diri


Seorang pelajar popular membunuh diri selepas rayuannya kepada ratusan rakan online untuk mendapatkan bantuan tidak dihiraukan.

Pelajar sekolah menengah, Ashley Duncan, 17, menulis,: “Saya akhirnya memperoleh pistol” dan kemudian memuat naikkan gambar senjata itu. Pistol berkenaan dipercayai digunakannya untuk membunuh diri tidak lama kemudian.

Ia menyusuli beberapa siri tulisannya dalam Tumblr dan Twitter, tempat dia bercerita mengenai membunuh diri, mempersoalkan erti kehidupan dan berkata dia dalam keadaan sengsara.

Antara tulisannya berbunyi: “Kehidupan tidak ada harganya jika kamu tahu atau sudah tahu bagaimana rasanya ingin mati setiap saat, minit, jam, hari, minggu bulan dan tahun. Dengan itu, anda boleh merasai seperti saya. “Saya mungkin tidak perlu bergelut dengan masalah kewangan tetapi saya bergelut dengan emosi dan mental dan saya percaya ia pergelutan paling teruk.

“Jadi saya tertanya mengapa bukan menjadi pilihan saya untuk mati sekarang? Kehidupan saya sengsara.

“Satu hari nanti, saya tidak akan ada di sini lagi dan ia akan menjadi hari paling gembira dalam hidup saya. Saya bosan dengan kehidupan ini.

“Tuhan seolah-olah mendera saya dengan membiarkan saya hidup. Satu-satunya perkara yang membuat saya gembira sudah berlalu. Saya sengsara.” ‘Perkara’ yang dirujuknya itu tidak jelas tetapi tulisannya sebelum ini membayangkan hubungan cintanya dengan seorang rakan terputus.


Dia menulis: “Saya kecewa. Saya tidak akan bergantung kepada orang lain untuk memulihkan hati saya. Ia sudah musnah.” Ashley, pemain bola tampar berbakat dikatakan pelajar popular di Sekolah Menengah Bellaire sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Pershing kerana mahu menamatkan persekolahannya lebih awal. Semalam, Ashley, yang selama ini dilihat sebagai remaja periang, berjalan ke persimpangan Braes Forest Drive dan Portal Drive dan menembak dirinya.

Rakannya di Bellaire berkata mereka menyangka tulisannya itu hanya jenaka.

“Saya tidak memberi tumpuan kerana dia sering bergurau. Saya tidak pernah menyangka dia serius,” kata Theresa Sosa.





.

Besarnya reptilia tu


Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) daerah ini berjaya menangkap seekor ular sawa batik sepanjang enam meter selepas ia gagal meloloskan diri akibat terlalu kenyang di ladang getah Felda Kepis, dekat sini semalam.

Reptilia seberat 130 kilogram itu ditemui dalam keadaan tidak bergerak selepas membaham mangsanya yang tidak diketahui.

Ketua Operasi JPAM daerah, Khairul Anuar Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 11.45 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian bersama empat anggota.

Katanya, mereka mengambil masa 15 minit untuk menangkap ular tersebut berikutan reptilia itu berada di tempat sempit sehingga menyukarkan pergerakan anggota JPAM yang turut dibantu penduduk kampung berkenaan.

"Ketika ditangkap, ular berkenaan agak agresif. Kami juga percaya ular itu telah lama mendiami ladang tersebut berdasarkan tempat aliran keluar masuknya," katanya dengan menambah, reptilia itu terpaksa dibawa keluar menggunakan jengkaut disebabkan saiznya yang begitu besar.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!