Tuesday, February 14, 2012

Akhirnya dapat hak penjagaan penuh


Kes perebutan hak penjagaan Low Bi-Anne, 13, yang berlangsung selama empat tahun berakhir hari ini selepas Mahkamah Keluarga Kuala Lumpur memberikan hak penjagaan penuh dan kekal kepada bapanya.

Hakim Datin Yeoh Wee Siam membuat keputusan itu selepas satu jam menemubual Bi-Anne di kamar beliau.

Kemelut berhubung hak penjagaan tercetus di antara pasangan Low Swee Siong, 41, dan Tan Siew Siew, 38, bermula apabila Bi-Anne enggan mengikut ibunya yang menguruskan restoran di London, England menetap di sana.

Pasangan itu berkahwin pada 1999 dan bercerai pada 2006 dengan hak penjagaan terhadap Bi-Anne diberikan kepada bapanya.

Dua tahun kemudian, Siew Siew memohon hak penjagaan dan dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi manakala Swee Siong diberikan hak untuk melawat anak mereka.

Bagaimanapun perintah itu tidak dapat dilaksanakan ekoran keengganan Bi-Anne mengikut ibunya ke London atas alasan dia ingin terus tinggal di sini bersama-sama bapanya.





.

Mayat Whitney disemadikan


Mayat mendiang Whitney Houston dihantar pulang ke tempat asalnya di New Jersey malam tadi untuk disemadikan pada hujung minggu ini.

Keluarga Whitney bertanggungjawab sepenuhnya terhadap majlis itu dan upacara pengebumian akan diadakan di Newark Prudential Center, yang boleh memuatkan kira-kira 18,000 orang.
Pegawai majlis bandar raya di sini menunggu ketibaan ahli keluarga ratu pop popular itu untuk menyempurnakan majlis pengebumian berkenaan.





.

Pemenang capture 1 juta untuk Lulu-Pages



Alhamdulillah, hari yang dinanti tiba juga hari ni...
Dulu bila tengok encik Ben (Ben Ashaari) sampai ke angka 1 juta tu, owh lulu sangat respek dengan dia..
Bukan mudah tu..huhu banyak tu..


Dan jika lulu boleh capai ke angka 1 juta tu, korang pun boleh kan..



Ada beberapa email yang lulu telah terima..
Dan nampaknya ada yang 'jaga' nombor tu, sampai dapat capture..
Malangnya, bila dah capai ke angka 1 juta tu, blogger macam hang kejap, sebab 0 jadi kurang 1, 
Tak kisahlah... Sebab bila nampak kesungguhan korang semua, lulu sangat terharu...
Benar-benar terharu..




Demikianlah 2 pemenang yang lulu dah tanda..
Hadiahnya takdelah besar sangat.. sekadar apa yang lulu mampu...
Banner blog anda akan terpapar kat Lulu-Pages selama sebulan..
Bahagian iklan berbayar ini, bernilai RM20 sebulan..
Kalau pemenang takde banner, kenalah buat kan..
semoga pemenang berpuas hati dengan hadiah yang lulu beri ni...



Akan datang kita buat nombor ' 1234567' lak... ngeee...


Tahniah buat 

dan






Jom serbu~~~









.

Kasih Shamsiah pulihkan suami


Pulau Sialu (batu Pahat) yang indah di sini menjadi saksi cinta seorang isteri terhadap suaminya, seorang penagih dadah yang mahu kembali ke pangkal jalan menerusi program pemulihan anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), di sini semalam.

Ketika kebanyakan keluarga menyisihkan penagih dadah, wanita itu yang hanya dikenali sebagai Shamsiah, 42, sebaliknya membawa kesemua empat anaknya ke pulau itu untuk memberi sokongan kepada ayah mereka, Ali, 41, menyertai program yang turut mendapat kerjasama masyarakat Orang Asli setempat.

Azam wanita itu hanya satu, melihat suami insaf dan dia yakin menerusi kasih serta kaedah yang betul, potensi diri suaminya dapat dicungkil sama seperti Pulau Sialu yang keindahannya masih tersembunyi dan berpotensi dibangunkan sebagai pusat pelancongan.

Bermula di pantai Minyak Beku, keluarga itu bersama 20 penagih lain menaiki bot milik Orang Asli yang serba ringkas meredah laut ke lokasi tanpa penghuni tetapi penuh ketenangan itu dengan diiringi bot Pasukan Gerakan Marin (PGM) untuk tujuan keselamatan.

Sepanjang program yang turut mendapat sokongan Pejabat Parlimen Sri Gading, Kelab Sahabat Metahadone, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) ini dijalankan, Shamsiah dan anak-anaknya sering berada dekat dengan Ali untuk memberi sokongan padu kepadanya.

Ditanya tentang kisah hidupnya, Shamsiah berkata, dia mengetahui suaminya terjebak dengan penagihan najis dadah sejak bertunang pada 1995, tetapi hatinya merasakan lelaki itu akan berubah selepas berkahwin.

Walaupun impiannya untuk melihat suaminya bebas dadah belum tercapai, dia kekal setia meskipun pernah diminta ibu mertuanya bercerai.

"Saya benar-benar sayangkan dia. Saya bawa anak-anak yang berusia antara enam hingga 15 tahun untuk memahami sendiri situasi ayah mereka dan memberi sokongan kerana walau apa pun terjadi, dia tetap ayah mereka," katanya yang berasal dari Temerloh, Pahang.

Menceritakan kisah sedihnya itu, Shamsiah yang sebelum ini bekerja sebagai pekerja kilang memberitahu duitnya sering dihabiskan suami untuk membeli dadah.

Malah, katanya, anak tunggal mereka pernah bergaduh dengan rakan sekolah kerana diejek sebagai anak penagih.

Bagaimanapun, jelasnya, sejak mendapat rawatan menghilangkan penagihan menerusi penggunaan dadah methadone di sebuah klinik di Parit Raja pada 2010 dan menyertai Kelab Sahabat Methadone, suaminya mulai insaf dan telah kembali mencari rezeki dengan melakukan kerja-kerja kampung.

Shamsiah memberitahu, antara sebab utama dia masih bertahan dengan suaminya itu kerana lelaki itu amat menyayangi anak-anak termasuk seorang daripadanya merupakan orang kurang upaya (OKU).

Sementara itu, Ali menyifatkan dia merupakan manusia amat beruntung di dunia kerana memiliki isteri dan anak-anak yang masih menyayanginya sedangkan ramai penagih lain terpaksa hidup seorang diri kerana dibuang keluarga.











.

Macam nak muntah tgk ni..


Seorang askar Amerika Syarikat (AS) merasai daging mentah seekor ular tedung di sebuah pangkalan tentera laut di sini semalam.


Askar itu menggigit daging mentah ular tersebut manakala kulit haiwan tersebut dililitkan pada kepalanya.
Kira-kira 13,000 anggota tentera daripada tujuh buah negara menyertai latihan ikhtiar hidup itu.

Anggota-anggota tentera Malaysia, Indonesia, Korea Selatan, Thailand, AS, Singapura dan Jepun menyertai latihan tersebut.


Dalam latihan itu, askar-askar minum darah ular dan menggunakan tangan untuk memisahkan kepala ayam jantan daripada badan. Mereka turut memakan serangga.







.

Capture pageview Lulu-Pages yang ke 1,000,000 dan menang sesuatu



Sikit jer lagi nak sejuta kan..
ekeke, mesti sebaik jer entri ni publish, 1 juta tu terus akan capai..
sajalah kan, lulu nak buat sesuatu untuk nombor yang istimewa ini..
Jom capture skrin yang dah 1 juta tu dan inform lulu..
Untuk 2 orang yang terpantas, ada hadiah 'kecil' untuk kamu.....
Cepat, siapa cepat dia dapat..



Lagi best, boleh email kat lulu..
lulu.caldina@gmail.com










.

Beruang di ladang sawit

Penduduk Felda Kota Gelanggi 2 di sini kini dihimpit kebimbangan ekoran penemuan beruang oleh dua peneroka ketika mengutip buah kelapa sawit di ladang mereka semalam.

Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, beruang berkenaan dipercayai terjatuh ke dalam parit selepas cuba meniti sebatang kayu di ladang tersebut.
Penemuan itu menyebabkan penduduk kampung takut untuk mengutip buah kelapa sawit kerana yakin haiwan berkenaan masih berkeliaran di sekitar kawasan berkenaan.

Penduduk turut menjumpai kesan busut yang digali dan pokok kayu yang dipanjat oleh haiwan itu untuk mencari makanan seperti serangga dan pucuk tumbuhan.
Seorang peneroka Felda Kota Gelanggi 2, Baba Madon, 65, berkata, dia bergegas ke arah parit selepas mendengar bunyi benda yang jatuh ke dalam air.

"Saya mendapati seekor beruang betina yang sarat bunting di dalam parit dan cuba memanjat tebing.

"Saya berundur untuk memberitahu rakan dan selepas itu terpandang seekor lagi haiwan berkenaan dipercayai beruang jantan menghampiri parit," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Baba, beruang berkenaan mungkin sudah kehilangan habitat berikutan penebangan hutan berhampiran ladang.
Rakannya, Shaharuddin Shamsuddin, 40, berkata, sebaik tiba di kawasan itu dia melihat sepasang beruang sudah menyusup di celah pokok.

"Saya merakamkan gambar haiwan itu menerusi telefon bimbit tetapi hanya nampak bahagian mulutnya berwarna kekuningan dan kukunya tajam," ujarnya.

Tambahnya, sebelum ini beberapa peneroka pernah terserempak haiwan itu di ladang berdekatan, tetapi ia tidak pernah mengancam mereka malah melarikan diri jika terserempak dengan manusia.

Sehubungan itu katanya, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) diminta memantau perkembangan itu demi keselamatan penduduk.










.

Risiko pelihara hamster


Orang ramai khususnya kanak-kanak yang gemar memelihara haiwan dari spesies tikus, hamster perlu berwaspada kerana mereka berisiko dijangkiti virus air kencing tikus yang boleh membawa maut.
Ini berdasarkan kes seorang mangsa yang memelihara haiwan tersebut dipercayai telah diserang virus Leptospirosis itu.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Telemong, Rozi Mamat.
Beliau yang enggan menjelaskan secara terperinci mengenai mangsa terbabit mengakui mangsa merupakan kenalan rapat beliau.

Menurutnya, kedua-dua tangan dan kaki mangsa terpaksa dipotong setelah dipercayai ada kaitan dengan virus air kencing tikus.

Justeru, beliau menggesa pihak berwajib termasuk Kementerian Kesihatan supaya segera membuat pemantauan mengenai hobi memelihara hamster bagi memastikan haiwan itu tidak mendatangkan kemudaratan.

"Kita menggesa pihak berkenaan termasuk Kementerian Kesihatan agar pantau perkara ini dan sekiranya benar-benar boleh memudaratkan, tindakan drastik perlu diambil.

"Ini kerana, kita tahu haiwan sangat diminati ramai terutama kanak-kanak untuk memeliharanya. Pastikan ia tidak berbahaya dan selamat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Penyampaian Sumbangan Program Jalinan Murni Masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Berua di sini hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Rozi turut menasihati orang ramai khususnya masyarakat Orang Asli di perkampungan itu agar sentiasa menjaga kebersihan termasuk meminum air bersih yang dimasak bagi mengelak diserang virus tersebut.

Ini kerana jelasnya, sebelum ini, perkampungan itu digemparkan dengan puluhan Orang Asli di situ termasuk murid sekolah terpaksa dirawat di hospital akibat dipercayai diserang virus Hepatitis A dan virus air kencing tikus.

Oktober tahun lalu, Jabatan Kesihatan negeri mengesahkan dua daripada 24 Orang Asli di penempatan Sungai Berua, Hulu Terengganu dijangkiti wabak kencing tikus atau virus Leptospirosis.
Seramai 13 lagi Orang Asli disahkan menghidap Hepatitis A atau penyakit kuning manakala sembilan yang lain masih belum diketahui statusnya.

Kesemua mangsa terdiri daripada sembilan orang yang berusia satu hingga enam tahun diikuti tujuh hingga 12 tahun (tujuh orang), 12 hingga 17 tahun (tiga orang) dan yang berusia 18 tahun ke atas (lima orang).




P/S - Jom tengok hamster lulu...










.

Saya nak iPhone 4S


“Saya terkejut selepas membuka kotak dikirim apabila mendapati ia hanya mengandungi berus cat terpakai, komik berbahasa Cina serta telefon mainan dan bukannya iPhone 4s yang menjadi idaman,” kata Faizal Hussin, 41, dari Taman Impian Jaya.

Faizal yang juga pengurus sebuah syarikat swasta di sekitar bandar raya ini berkata, dia kerugian RM1,750 selepas diperdaya sindiket penjualan telefon bimbit terbabit yang beroperasi menerusi laman web.

Mengimbau kejadian, Faizal berkata, ketika melayari portal pengiklanan sindiket terbabit pada 3 Januari lalu, dia tertarik dengan iPhone 4s yang ditawarkan pada harga RM1,750 seunit oleh Jay One Communication and Services memandangkan harganya lebih murah berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,400.

“Saya menghubungi nombor tertera untuk membuat pertanyaan berkaitan telefon bimbit berkenaan sebelum diminta memasukkan bayaran ke akaun bank tertera nama Yow Wei Xian.
“Telefon bimbit berkenaan pula dijanjikan dalam tempoh dua hari menerusi Poslaju. Kiriman itu tiba dua hari kemudian iaitu pada 5 Januari lalu, namun saya terkejut mendapati ia hanya berus cat terpakai, komik serta telefon mainan,” katanya.

Faizal mendedahkan perkara itu pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), semalam.

Menyambung keterangannya, Faizal berkata, dia berusaha mengesan alamat syarikat terbabit berdasarkan nombor akaun bank penerima bayaran berkenaan iaitu di Muar.

“Saya ke premis itu dan mendapati ia rumah yang disewa beberapa lelaki Melayu.

“Pada 10 Januari lalu, saya terkejut apabila membaca laporan Harian Metro yang mendedahkan seorang bekas pegawai bank menerima lesung batu selepas membayar RM3,250 untuk membeli tiga unit telefon pintar daripada syarikat sama,” katanya.

Faizal memfailkan tuntutan berkenaan kepada TTPM dengan harapan mendapat pembelaan sewajarnya dan menamakan Jay One Communication and Services dan penama akaun, Yow dalam tuntutannya bagi mendapatkan ganti rugi berikutan penipuan itu.

Presiden TTPM, Maznah Haron kemudian memerintahkan penentang kedua iaitu Yow selaku pemegang akaun yang menerima wang pembelian telefon bimbit terbabit mengembalikan RM1,750 kepada mangsa dalam tempoh 14 hari.

Tuntutan yang difailkan terhadap Jay One Communication and Services pula dibatalkan. Ketika prosiding, Jay One Communication and Services dan Yow tidak hadir untuk mengemukakan hujah bagi mengetepikan tuntutan difailkan terhadap mereka.

Maznah turut menasihatkan Faizal supaya membuat laporan polis berkaitan kes itu selain lebih peka dan tidak mudah terpedaya dengan barangan yang ditawarkan pada harga murah terutama ketika berurusan menerusi Internet. -HM





P/S - Memang kena berhati-hati beli dari online ni.. ni dah kes teruk, semoga encik Faizal ni dapat pembelaan sewajarnya..








.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!