Saturday, February 18, 2012

Record-breaking Texas bull has whopping 9ft 1in horns

A Texas Longhorn bull that more than lives up to its name has smashed the record for the world's longest horns.

Seven-year-old JR has horns that measure an incredible 9ft 1ins - and they are likely to grow even bigger.
But even though he has a name derived from a character in Dallas, the ultimate Texas television show, JR does not reside in the U.S.
Instead, he is part of the largest herd of Texas Longhorns in Australia, roaming around the 1,100acre Leahton Park estate in Queensland.

He has claimed the Guinness World Record from a bull in Ohio called Shadow Jubilee.
But whereas that animal had horns that are 88ins long, JR's measure a staggering 109ins from tip-to-tip.

JR is descended from pure Texas Longhorn stock.

His owner Michael Bethel, 50, who runs Leahton Park with his wife Lynda, 39, began breeding Longhorns 14 years ago.He said: 'I don't think JR realises how much attention he's getting now he's a record breaker.

'He's just happy and healthy, we don't give him any special treatment, we just let him graze around with the kangaroos like the rest of the heard.


'He's only seven so he still has a bit of growing to do yet - they can live until their early 20s - his horns could still get bigger.'

The park opened as a tourist attraction three years ago to allow visitors to take horse-drawn wagon tours to see the Longhorns.











.

Murid Asia Kini Lebih Pantas Dari Barat


Satu kajian yang dijalankan di sini telah mendapati, murid-murid sekolah di Barat telah ketinggalan tiga tahun di belakang rakan-rakan seangkatan dengan mereka di Asia khususnya dari China.
Kajian itu yang dijalankan oleh sebuah institusi ‘think-tank’ - The Grattan Institute - mendapati, Asia Timur kini telah menjadi pusat kecemerlangan pendidikan sekolah dengan Hong Kong, Korea Selatan, Shanghai dan Singapura muncul sebagai peneraju.

"Di Shanghai, murid yang berusia 15 tahun telah didapati mempelajari matematik jauh lebih ke hadapan berbanding dengan rakan mereka di Australia, Amerika Syarikat dan Eropah," kata Pengarah Program Pendidikan Sekolah Grattan Institute, Ben Jensen.

"Ini akan memberi kesan yang besar kepada masa hadapan. Kita dapati ekoran perpindahan kuasa ekonomi dari Barat ke Timur, prestasi tinggi dalam pendidikan sekolah juga telah turut berubah dan meningkat," katanya.

Kajian itu juga turut mendapati, dari sudut penguasaan membaca, murid di Korea Selatan kini berada setahun di hadapan jika dibandingkan dengan murid-murid di Amerika dan negara-negara Kesatuan Eropah serta tujuh bulan di hadapan dengan murid-murid sekolah Australia.

Data yang dikumpulkan ini menggunakan kaedah yang diguna pakai oleh Pertubuhan Untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi yang berpusat di Paris dan menjadi kayu ukur di peringkat antarabangsa dalam sektor pendidikan.

Laporan itu turut mengenalpasti punca kejayaan China, Hong Kong dan Singapura dalam melonjakkan pendidikan sekolah ada kena mengena dengan keazaman ibu bapa dari etnik Cina untuk memaksa anak-anak mereka mengutamakan pelajaran dan kejayaan.

Perkara ini terbukti benar di Hong Kong dan juga Singapura yang telah memperlihatkan pencapaian yang besar sejak sedekad yang lalu.
Kajian itu menyebut, sistem pendidikan yang terbaik ialah sistem yang memberi penekanan kepada aspek-aspek praktikal dalam pengajian dan pembelajaran serta pendidikan perguruan, sistem mentoring serta pembangunan profesional bukannya perbelanjaan ke atas pembangunan fizikal.

Ia memetik contoh sekolah-sekolah di Shanghai yang melonjakkan jumlah murid di dalam satu-satu kelas sehingga 40 orang tetapi memberi ruang dan masa yang lebih kepada guru untuk merancang pembelajaran di kelas mereka dan melakukan penyelidikan.











.

Jurulatih dipecat selepas cuma dua hari bertugas


Seorang jurulatih kelab di Brazil dipecat selepas cuma dua hari diperkenalkan sebagai pengendali baru.

Jurulatih Nem diumumkan secara rasmi oleh kelab bahagian tiga, XV de Jau kepada penyokong dan media tempatan pada Isnin lalu.
Beliau dipecat selepas kelab itu tumpas 3-1 kepada Flamengo dalam saingan bahagian tiga kejohanan wilayah Sao Paulo, kelmarin.










.

Penerbangan Tambang Murah Lingkup


Penerbangan tambang murah Air Australia pada Jumaat terpaksa menamatkan penerbangan buat sementara waktu selepas kehabisan dana untuk meneruskan operasi.
Keputusan itu telah menyebabkan beribu penumpang terkandas sama ada untuk penerbangan domestik mahupun antarabangsa.
Antara penerbangan yang terjejas ialah laluan ke Honolulu, Bali dan Pulau Phuket di Thailand.

Berita buruk ini muncul selepas sebuah lagi penerbangan milik Australia, Qantas mengumumkan bahawa mereka akan memotong sehingga 500 pekerjaan, memotong kos operasi dan menutup dua laluan antarabangsa selepas keuntungan bersih jatuh sehingga 83 peratus untuk enam bulan terakhir tahun lalu.

Dalam kes Air Australia, yang berpusat di Brisbane, 300 staf telah pun menerima surat pemberhentian dan kini telah melantik KordaMentha sebagai pengurus pentadbir sementara Air Australia.


"Untuk jangka masa ini, semua penerbangan telah dihentikan. Adalah dimaklumkan syarikat tidak memiliki dana yang mencukupi untuk mengurus operasi harian," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh KordaMentha.

"For clarity, it also appears highly unlikely there will be any flights in the short to medium term."

Air Australia menawarkan penerbangan ke Bali, Phuket dan Hawaii manakala untuk penerbangan domestik menawarkan destinasi seperti Brisbane, Melbourne, Perth, Derby dan Port Hedland di Australia Barat.

Pengurus KordaMentha, Mark Korda berkata, buat masa ini terdapat lebih 4,000 penumpang dengan tiket pulang Air Australia yang sedang berada di luar negara.
Beliau memberitahu ABC Radio, syarikat penerbangan itu gagal untuk membeli bahan api di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket pada malam Khamis menyebabkan perkhidmatannya terkandas.

"Pembekal bahan api Air Australia di Phuket enggan melanjutkan lagi kredit kepada syarikat dan pihak lembaga tidak mempunyai pilihan melainkan meletakkan syarikat di bawah pentadbiran," ujar Mark Korda lagi.

Air Australia sebelum ini dikenali dengan nama Strategic Airlines tetapi telah dilancar semula pada November tahun lalu.
Ia memiliki lima buah pesawat Airbus A330-200 dan A320-200.
Kini para penumpang yang terkandas di luar negara masih terpinga-pinga apa yang perlu mereka lakukan seterusnya.


"Tidak ada siapa pun yang mewakili Air Australia di lapangan terbanga," demikian kata Wesa Chau, yang masih terkandas di Pulau Phuket tanpa sebarang penerbangan keluar.

Korda berkata, tanggungjawab utamanya kini ialah untuk mencari pelabur baru.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Qantas, Alan Joyce dalam reaksi segeranya berkata, mereka akan lakukan apa yang terdaya untuk membantu membawa pulang penumpang yang terkandas di luar negara dengan segera.

Jetstar, Virgin Australia dan Hawaiian Airlines turut memberi perakuan yang sama untuk membantu para penumpang Air Australia yang kini terkandas di luar negara.
Dalam pada itu Perdana Menteri, Julia Gillard meminta pihak pentadbir sementara supaya memberi keutamaan kepada para penumpang yang terkandas di luar negara terlebih dahulu.










.

Yeah, berjaya dapat Guus Hiddink


Kelab terkaya Rusia, Anzhi Makhackala telah berjaya menyambar khidmat Guss Hiddink selaku jurulatih baru kelab itu selepas bersetuju menandatangani kontrak selama 18 bulan.
Tanpa mengetahui jumlah sebenar yang dibayar kepada Hiddink, beliau dikhabarkan telah menuju ke Turki yang mana menjadi kem latihan persiapan pra-musim Anzhi bagi menghadapi musim baru.

Anzhi dimiliki oleh Suleiman Kerimov, jutawan dari Dagestan dan kelab itu berada di daerah Caspian di selatan Rusia. Antara pemain bintang yang berjaya dimiliki oleh kelab itu pada musim lalu ialah Samuel Eto’o dari Inter Milan.

Hiddink telah membimbing skuad kebangsaan Rusia dari tahun 2006 hingga 2009 dan pencapaian terbaik adalah mara ke peringkat separuh akhir Euro 2008.










.

Sabah bukan lagi negeri termiskin


Sabah, yang mengalami perubahan besar dalam landskap pembangunan dan ekonomi sejak mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia pada 1963, bukan lagi negeri termiskin malah berpotensi untuk maju ke hadapan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Waktu itu (1963) mungkin lebih 70 peratus rakyat Sabah boleh dikatakan miskin, daif dan papa kedana. Namun selepas sekian lama, Sabah tidak lagi merupakan negeri yang miskin.

"Mengikut perangkaan, purata pendapatan per kapita negeri ini kini berada di tengah-tengah negeri terkaya dan termiskin,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis pelancaran projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur di Kampung Nala, Tungku, 60 kilometer dari sini hari ini.

Najib berkata, ini adalah hasil agenda pembangunan negara yang jelas dan berkesan termasuk yang terbaru iaitu Program Transformasi Negara yang bakal merubah masa depan rakyat.

"Transformasi pembangunan negara ini kita lancarkan kerana kita mahu ubah segala-galanya macam Kampung Nala ini (yang sebelum ini kawasan bakau sahaja).

"Kita tidak akan berhenti setakat ini, kita akan teruskan sehingga kita sifarkan miskin tegar yang ada. Dulu ada 30,000 rakyat Sabah yang miskin tetapi hari ini hanya tinggal 7,000,” katanya.







.

Lahirkan anak di Lapangan Terbang


Seorang wanita hamil yang mahu ke Malaysia melahirkan bayinya di Lapangan Terbang Anna selepas “berperang mulut” dengan petugas syarikat penerbangan yang tidak membenarkannya menaiki pesawat itu.
Bagaimanapun bayi Syhamala Sundari, 31, dilahirkan mati.

Dalam kejadian pada Khamis itu, wanita tersebut yang hamil tujuh bulan tidak dibenarkan menaiki penerbangan selama tiga jam menuju ke Kuala Lumpur atas faktor keselamatan, selepas dia gagal menunjukkan sijil perubatan yang membenarkannya berbuat demikian.

"Berlaku perang mulut antaranya dan petugas syarikat penerbangan sebelum wanita itu berasa sakit mahu bersalin dan cuba ke bilik air namun dia rebah.

Wanita itu melahirkan anaknya di bilik air,” lapor akhbar tempatan hari ini.

Wanita itu kini dirawat di sebuah pusat perubatan swasta dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Shymala dari Andhra Pradesh dilapor dalam perjalanan berjumpa suaminya yang bekerja di Kuala Lumpur. — BERNAMA










.

Vaksin elak anak dijangkiti AGE

Ibu bapa khususnya di kawasan tercemar di Hilir Perak dinasihatkan agar mendapatkan suntikan vaksin rotavirus untuk anak-anak mereka bagi mengelakkan jangkitan virus yang menjadi punca utama wabak cirit-birit atau akut gastroenteritis (AGE).

Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Pusat Perubatan KPJ Selangor, Datuk Dr. Zulkifli Ismail berkata, vaksin tersebut yang dikenali dengan nama Rotarix dan RotaTeq hanya boleh didapati di klinik serta hospital-hospital swasta.

“Bagaimanapun, buat masa ini, saya difahamkan bahawa vaksin tersebut masih belum boleh didapati di mana-mana farmasi atau hospital dan klinik-klinik kerajaan.

“Selain itu, ibu bapa juga perlu diingatkan bahawa vaksin ini hanya boleh diberikan kepada bayi yang berumur enam bulan ke bawah sahaja kerana ia boleh mendatangkan komplikasi tertentu jika diberikan kepada bayi yang lebih dewasa,” ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.











.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!