Tuesday, March 6, 2012

Mual dengan iklan di TV


SETIAP kali ketika menonton rancangan kegemaran kita di televisyen (TV), iklan-iklan selalu sahaja mencelah untuk mempromosikan pelbagai produk baru.

Format serta cara penyampaian iklan yang tidak kreatif untuk mempromosikan barangan tersebut kadangkala begitu memualkan dan membosankan.

Dalam konteks pengiklanan, memperkenalkan sebarang produk baru melalui televisyen adalah cara yang paling berkesan. Berbanding cara pengiklanan yang lain kerana televisyen mempunyai pengikut dan penonton yang paling ramai.

Jadi, tidak salah sekiranya sesebuah iklan itu dihasilkan dengan format serta cara yang paling kreatif dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.








.

Berita baik buat seluruh kakitangan awam..?


Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada :

Tarikh : 8 Mac 2012

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)


Semua penjawat awam di seluruh Malaysia dijemput hari bagi mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak.



Sumber : Cuepacs




P/S - Apakah pengumuman penting itu? Adakah mengenai SBPA? ataupun ada perkara lain.. Memang buat tertanya-tanya kan..











.

Berpura-pura mati kerana ingin mengemis


Cara mengemis pasangan ibu dan anak di China ini memang boleh dikatakan cukup ekstrim. Ketika si ibu berbaring di tanah dan pura-pura mati, si anak lalu berlakon seakan-akan ibunya itu telah mati untuk menarik simpati pejalan kaki yang melalui jalan itu.

Tubuh Ibu itu terbaring tak bergerak di sebuah lokasi pedestrian. Sehelai kain berwarna merah menyelimuti 'jasad'nya dari leher hingga kaki. Di sampingnya, para pejalan kaki dapat melihat seorang anak yang sedang berlutut dan menangis. Anak itu bahkan menundukkan kepalanya ke lantai dan meminta sumbangan kepada orang yang sedang lalu di tempat itu.

Drama menyedihkan yang terjadi di kota Shanghai, China, itu kemudian tiba-tiba berhenti setelah dua orang petugas keamanan mendatangi lokasi kejadian. Wanita yang tadinya terbaring tidak bergerak itu kemudian berdiri lalu pergi bersama anaknya.

Kemiskinan nampaknya telah membuat sebahagian orang menjadi cukup kreatif... Namun sayangnya tak ramai dari mereka yang mampu mengaplikasikan kelebihan mereka itu di jalan yang sewajarnya.











.

Kenderaan halimunan


Pakar teknologi penyamaran optikal di Mercedez Benz telah mencipta sebuah kenderaan halimunan sempena mempromosi keluaran kereta konsep berkuasa hidrogen syarikat Jerman itu.

Pakar di syarikat itu menggunakan teknologi penyamaran optikal untuk mewujudkan ilusi ke atas kereta berkuasa hidrogen yang dikenali sebagai F-Cell.

Mereka menutup bahagian kiri kenderaan tersebut dengan kepingan LED, manakala di bahagian kanannya pula diletakkan kamera Refleks Lensa Tunggal Digital (DSLR).

Kamera itu berperanan untuk merakamkan imej di bahagian sebelah kanan kereta itu dan videonya disiarkan di kepingan LED yang menutupi bahagian kiri kenderaan itu.

Kaedah itu menyebabkan orang ramai yang melihat kenderaan itu dari sebelah kiri akan melihat pemandangan di sebelah kanan kenderaan itu yang dipancarkan pada kepingan LED tersebut.





.

Fashion student, 22, takes on Tesco after they used her face on a children’s jumper without permission


Most fashion students can only dream of getting their work in stores across Britain at the age of 22, but when it happened to Nicola Kirkbride it wasn't quite what she had hoped.
She was shocked to discover a photograph of her face had been lifted from her fashion blog and placed on the front of a Tesco girl’s sweater.

She is now taking on the supermarket giants because they used her the image without permission and printed it on a sweater which was on sale in hundreds of stores around the country.
She said: 'I flattered when I first heard that they had used my image on the sweater, but I was also angry that no one had got in touch with me about it first.
'I was only made aware of it when a girl in England who works at Tesco tagged me in a tweet on Twitter and said she had seen my face on one of the sweaters at her work.

'I couldn’t believe it. So I went down to Tesco myself and sure enough, there it was hanging on the rail.

'I actually bought it there and then. It cost me £12.'


Miss Kirkbride, a fourth year student at Robert Gordon University in Aberdeen, studying fashion management, said she was yet to receive an explanation from Tesco.
She said: 'I called them asking how this had happened and they phoned me back saying they had absolutely no idea.

'They said they would get back to me on Wednesday, so hopefully it can be all sorted out then.'
Miss Kirkbride from Balmedie, Aberdeen, thought it was strange that Tesco printed her image on a child’s sweater, it has proved a hit with friends and family.
She said: 'I think it’s quite weird, but my friends think it’s quite cool and they’ve all bought one.

'My family too have also been buying it, as it’s the first thing I’ve had in the shops before.'
Miss Kirkbride said she only started her blog for the purposes of her degree and she had no idea a big supermarket chain would start looking for inspiration from it.
She said: 'I had to start a fashion blog for part of my coursework last year at university and I really enjoyed it so much I just kept it on.

'I have managed to build up quite a substantial following and I really enjoyed sharing my views on fashion with similar-minded people.

'So I regularly updated it with photos of myself, which I take with a self-timer on my camera, so people can see what pieces I am recommending.
'But I was completely shocked when someone who had been following my blog said she saw one of my photos at her work in Tesco - on a child’s top.'


The yellow, long-sleeved top features a daisy chain in the shape of a heart with Miss Kirkbride ’s face in the middle with the words 'loves me, loves me not' printed over the bottom of the design.
Miss Kirkbride clearly states on her blog that all artwork featured in the site belongs to her unless stated otherwise.

She also asks for anyone who would like to use any of the photographs to ask for permission.
A spokeswoman for Tesco said: 'We are looking into this and we are speaking to Nicola Kirkbride.'





.

Membunuh cara filem SAW


Saw adalah sebuah filem horor buatan Lions Gate Films yang menemui penonton pada 29 Oktober 2004. Filem ini terkenal dengan slogannya “every piece has a puzzle” (semua potongan punya teka-teki). Judul filem ini diambil dari kependekan nama tokoh utamanya, Jigsaw.

Baru-baru ini di England terjadi pembunuhan yang meniru gaya pembunuhan seperti dalam adegan filem tersebut. Lelaki yang bernama Benjamin Scott, 32 tahun, dengan sadis membunuh Gary Beech, 42 tahun, jiran baru yang di kenalinya di sebuah bar. Dia menusuk tepat di bahagian kepala, mata dan wajah korban hingga 120 kali.

Setelah puas, Scott kemudian meninggalkan mayat Beech yang dipenuhi darah. Ketika tiba di rumah, dia membuang dua buah pisau dan sepasang gunting yang digunakannya untuk membunuh ke dalam tong sampah.
Keesokan harinya, Scott menghubungi kekasihnya selama 14 tahun, Amanda Perrin. Kepada Perrin, Scott mengaku telah melakukan tindakan biadab tersebut. Ketika Perrin bertanya apakah perbuatannya itu seperti yang terjadi dalam filem Saw, Scott mengaku. “Ya, seperti itu,” ujarnya.

Kini Scott telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Di perbicaraan yang dipimpin oleh hakim Peter Openshaw, Scott juga mengaku seluruh perbuatannya. Sebelumnya, beberapa saat setelah Scott ditangkap, pihak polis juga menemukan koleksi DVD filem SAW yang memiliki banyak adegan sadis.

Menurut keluarga dan jiran yang rapat dengan Scott, lelaki tersebut memang memiliki masalah kecanduan minuman dan masalah mental, dan filem SAW merupakan salah satu filem kegemaran yang sering ditontonnya.





.

Jimmy Shanley tampar isteri


Pengacara dan pelakon, Jimmy Shanley akan terus berusaha untuk berbaik semula dengan isterinya demi anak sulung mereka, Zahrah Shanley yang berusia sembilan bulan.
Jimmy berkata, semua perkara yang dilakukannya termasuk “naik turun” mahkamah adalah demi anaknya itu dan masih berharap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy akan kembali taat kepadanya.

"Sudah tentu saya masih sayangkan isteri saya dan apa yang saya lakukan ini adalah semata-mata untuk kebahagiaan kami.

"Paling penting adalah untuk Zahrah, anak kami," ujarnya.
Jimmy ditemui selepas selesai prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Isnin.

Dalam pada itu, Jimmy berkata dia telah cuba untuk menyelesaikan kes mereka di luar mahkamah tetapi gagal kerana keengganan isterinya berbuat demikian.
Katanya, dia tidak mempunyai pilihan selain meneruskan prosiding di mahkamah.
"Ikutkan hati biarlah kemelut rumah tangga kami menjadi rahsia di antara kami tetapi cara untuk diselesaikan secara baik nampaknya tidak menunjukkan hasil," katanya.

Bercakap mengenai kesnya yang mendapat perhatian dengan pelbagai pendedahan, kata Jimmy, ia adalah harga yang perlu dibayar olehnya kerana bergelar seorang selebriti.
Sementara itu, Jimmy enggan mengulas mengenai anaknya dan memberitahu telah menyerahkan kepada mahkamah selepas isterinya itu membuat tuntutan hadanah (tuntutan hak penjagaan anak).

Ujarnya, dia tidak mahu memburukkan lagi keadaan dengan pelbagai kenyataan mengenai soal anak.

Pada prosiding yang diakan Isnin, Jimmy mengaku pernah menampar isterinya semasa bercuti untuk berbulan madu di Koh Samui, Thailand selepas beberapa hari mendirikan rumah tangga.
Nursuhaila yang turut hadir pada sesi berkenaan turut memberitahu mahkamah sudah tawar hati terhadap suaminya itu.

Pasangan tersebut bernikah pada 1 Oktober 2010 dengan wang hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.
Perkahwinan mereka mendatangkan masalah sehingga Jimmy memfailkan perintah kembali taat terhadap isterinya pada 3 Januari 2011 diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari tahun yang sama.






.

Menghadiri kursus kahwin sebab nak kahwin..


“Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik,” kata pelakon popular, Fasha Sandha, semalam, sekali gus mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasihnya, Jejai bakal berakhir di jenjang pelamin tidak lama lagi.

Pelakon berusia 28 tahun kelahiran Johor Bahru itu berkata demikian mengulas pelbagai desas-desus terbaru mengenai persiapan perkahwinannya termasuk gambar mereka menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa minggu lalu yang mula tersebar di Internet.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini,” kata Fasha mengenai status terkini hubungannya dengan Jejai atau nama sebenarnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli.

Selain gambar pasangan itu mengikuti kursus persediaan perkahwinan, turut tersebar di Internet dan disiarkan di portal hiburan ialah gambar mereka mencuba busana pengantin di sebuah butik.

Mengulas perkara itu, Fasha berkata: “Memang saya dan Jejai menghadiri kursus kahwin minggu lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ia satu pengalaman yang baru buat saya.

“Saya akur dengan gambar yang tersebar kerana status sebagai selebriti membuatkan saya tidak boleh lari. Namun, perkara baik seperti ini tiada apa yang perlu disembunyikan lagi.”

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan, Fasha enggan memberitahu kerana belum bersedia dan menanti waktu sesuai untuk diumumkan. - HM






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!