Wednesday, March 7, 2012

Pendedahan..Mayat Osama Bin Laden bukan dikebumikan dilaut, tapi dibakar di lokasi rahsia?


Jenazah bekas ketua rangkaian al-Qaeda, Osama bin Laden tidak dikebumikan di laut seperti yang didakwa oleh Amerika Syarikat (AS), tetapi mayatnya diterbangkan ke AS untuk dibakar di satu lokasi rahsia.

Beberapa e-mel yang didakwa diperoleh oleh kumpulan penggodam komputer, Anonymous mempertikaikan kenyataan rasmi White House mengenai tempat persemadian terakhir Osama.

E-mel tersebut dipercayai sebahagian daripada 2.7 juta e-mel yang dibocorkan oleh Anonymous daripada firma analisis perisikan Stratfor dan dikongsi bersama dengan WikiLeaks.

Stratfor menyifatkan penggodam sebagai 'pencuri' dan memberi amaran sesetengah e-mel itu mungkin dipalsukan atau dipinda.

Menurut e-mel tersebut, Osama ditembak mati semasa serbuan komando SEAL tentera laut AS di rumah persembunyiannya di Abbottabad, Pakistan pada Mei 2001 dan mayatnya diterbangkan ke AS untuk dibakar.

Selepas Osama bin Laden terbunuh, pentadbiran Obama berkata badan beliau telah dikebumikan di laut di USS Carl Vinson - selaras dengan tradisi Islam.

Tetapi dalam set tertentu emel yang diberikan kepada Wikileaks, naib presiden firma risikan, Fred Burton, berkata, beliau meragui White House mengenai versi rasmi apa yang berlaku kepada badan Osama bin Laden.





P/S - Hanya Allah Maha Mengetahui





.

Twitter dalam bahasa lain


Laman web Twitter pada Rabu melancarkan bahasa Arab, Ibrani, Parsi dan Urdu, sebagai usaha meningkatkan lagi perkhidmatan rangkaian laman sosial yang semakin popular itu.

Sebelum ini, pengguna Twitter hanya boleh mengirimkan mesej yang lebih popular disebut sebagai “Tweet” dalam bahasa berkenaan tetapi kini pengguna boleh melawat lama web Twitter.com dengan arahan dan pelbagai notis dalam bahasa mereka, kata jurucakap Twitter.

"Twitter kini boleh didapati dalam bahasa kanan ke kiri," menurut kenyataan Twitter di laman blognya, sambil memuji pencapaian ribuan penterjemah sukarela yang mula bekerja dalam projek berkenaan pada awal Januari lalu.





.

WORDLESS WEDNESDAY






Klik pada gambar untuk tumbesaran..



.

Samsung Galaxy S3 berada di pasaran April


Telefon pintar Samsung, Galaxy S3 (gambar) akan mula berada di pasaran April ini dengan United Kingdom dipilih sebagai lokasi pertama bagi pelancarannya sempena Sukan Olimpik tahun ini.

Telefon berteknologi tinggi itu merupakan susulan kepada salah satu telefon pintar Android yang paling ikonik dan akan menjadi saingan hebat kepada pencabarnya, iPhone keluaran Apple.

Butir-butir pelancaran telah didedahkan oleh ZDNet Korea, yang mengesahkan perkara itu dengan agensi pemasaran di seluruh dunia.

Telefon itu akan mempunyai pemproses quad-core Exynos iaitu sejenis cip yang juga terdapat pada komputer riba dan komputer peribadi berkuasa tinggi.


Ia juga akan mempunyai paparan 4.8 inci HD yang lebih besar daripada sebelumnya.

Butir-butir itu selaras dengan pendedahan awal mengenai tarikh edaran S3.





.

Akhirnya, dia mulai sedar


Keadaan penjinak haiwan, Mohd Sabron Jamil Kamaruddin, 24, yang dipatuk ular tedung selar betina, Sabtu lalu, menunjukkan perkembangan positif dan mangsa kini sudah sedar daripada koma tetapi masih diberi sedatif.

Bapa mangsa, Kamaruddin Abdullah, 56, berkata kesan rosak pada tangan kiri anaknya mula mengecut, selain keadaan mukanya semakin kemerahan.
Beliau bersyukur kerana ada perkembangan positif pada anaknya selepas tiga kali pembedahan dilakukan bagi membuang bahagian daging yang rosak akibat bisa patukan ular.
“Dia sudah sedar selepas koma empat hari, namun masih diberi sedatif bagi mengelakkannya terkejut akibat kesan pembedahan, malah mukanya sudah mula kemerahan selain pembuangan najisnya juga agak normal.

“Saya harap keadaannya semakin baik serta pulih beberapa hari lagi walaupun dia mungkin mengalami kecacatan pada tangan kirinya akibat pembedahan membuang daging yang memburuk,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, semalam.

Sabtu lalu, Mohd Sabron yang juga kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bertarung maut beberapa jam selepas dipatuk ular tedung selar ketika membersihkan sangkar haiwan berkenaan.





P/S - Berita terdahulu [KLIK]





.

Hasrat bertunang tidak kesampaian


Hasrat seorang gadis mengikat tali pertunangannya pada 17 Mac ini tidak kesampaian apabila bakal tunangnya maut dalam kemalangan di Kampung Sri Jaya di Kilometer 28.5 Jalan Kulaijaya-Kota Tinggi di sini semalam.

Lebih menyayat hati, tragedi pukul 2.40 petang itu turut meragut nyawa ibu dan kakak gadis tersebut.

Mangsa yang terbunuh ialah bakal tunang Fazlina Othman, 25, iaitu Muhammad Hazwan Ahmad, 25, serta ibu dan kakak Fazlina, Saemah Mantu, 65, dan Fatimah, 35.


Ketiga-tiga mangsa termasuk Fazlina dan seorang anak saudaranya, Ahmad Razim Faizal, 3, dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke kampung mereka di Felda Air Tawar 1, sebelum kereta dipandu Muhammad Hazwan bertembung dengan sebuah lori yang membawa muatan ikan.





P/S - Ya Allah, tabahkanlah hatinya..





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!