Sunday, March 11, 2012

Maaf Chelsea, saya tidak berminat


Jose Mourinho telah mengesahkan bahawa dia tidak lagi terlibat dengan khabar angin, bahawa dia bakal kembali ke Stamford Bridge untuk menguruskan sama ada Chelsea atau England dengan berjanji untuk menandatangani perjanjian baru di Real Madrid.

Pengurus yang berusia 49 tahun itu mendedahkan: 'Saya akan menandatangani kontrak baru dengan Real Madrid. Saya ingin mempunyai tempat dalam sejarah kelab itu. '
Mourinho, berada 10 mata dihadapan Barcelona sebelum perlawanan malam Sabtu di Real Betis, di ambang menjadi pengurus pertama untuk memenangi gelaran liga di empat negara utama.

Beliau telah menunjukkan petunjuk baru-baru ini bahawa beliau mahu kembali ke English Premier League dan, walaupun pernah ada perbezaan pendapat dengan pemilik Chelsea, Roman Abramovich, dia adalah antara pilihan utama untuk mengambil alih di Stamford Bridge berikutan pemecatan Andre Villas-Boas.

Tetapi dia berkata: 'Real Madrid dan saya berkongsi matlamat yang sama dan kami bertekad untuk mencapainya. Sebagai sebahagian daripada pasukan ini adalah satu pengalaman yang hebat dan tidak dapat dilupakan bagi pengurus seperti saya.

'Madrid adalah salah satu kelab terbesar di dunia dan saya berasa gembira di sini. Saya rasa mereka mempercayai saya di sini dan saya rasa saya mempunyai sokongan yang lengkap dari kelab dan semua peminat.
'Saya melihat masa depan saya lebih cerah bersama Real Madrid dan keputusan yang lebih baik yang membawa untuk kami memenangi trofi.'





.

Unusual phobia of mother, who is paralysed by fear when she sees… BUTTONS


Meet mother-of-one Louisa Francis, whose bizarre phobia means she is terrified of buttons.
The 30-year-old panics if faced with one, and is forced to flee if they are placed too near to her.
To most people they are harmless but for Louisa they are a source of fear - because she has koumpounophobia.
Her odd phobia developed at the age of seven, after a childhood game involving buttons terrified her so much she had to run away.

Ever since then even the thought of the round, plastic objects has made her squirm.

She said: 'The worst incident was when I was in Asda, and the checkout woman was wearing a blouse with a cardigan on over the top, and she was also wearing bracelets made of buttons.
'Her button bracelets were coming closer towards me every time she scanned my shopping, and I couldn't stay calm.

'Everyone was looking at me and I just panicked and had to run out without my shopping.'
The mother, from Newcastle-upon-Tyne, refuses to buy any clothes for her and her daughter Bobby if they have buttons on, opting for zips instead.
If family or friends buy Bobby clothes she insists plastic buttons are removed because she struggles to wash or iron her daughter's clothes otherwise.

She said: 'I know it's irrational, and I obviously know a button can't hurt me, or even move, but there's just something about the shape and texture that really freaks me out.'
If she somehow accidentally touches a smooth plastic button she obsessively scratches her fingers, in a bid to rub the button's texture off her skin.
Buttons on jeans are acceptable however, because they don't have the same feel or appearance as the shiny plastic version.

Miss Francis recalls another time she opened the door to her daughter after school, only to be confronted with a larger-than-normal button in her daughter's hand.
She said: 'I just shrieked, and ran away. She had me trapped in the corner of the living room for a while, until my sister told her that was enough.

'Bobby finds it hilarious. I used to find it embarrassing but I've learnt to joke about it too now.'
Miss Francis hopes to help others overcome their unusual phobias and she is now training to become a counsellor.


Since starting her part-time foundation degree in counselling she is able to deal with the condition more through coping mechanisms taught to her, but is still unable to touch them or allow them too near to her.
She said: 'It really used to affect my chances in job interviews, but I know more about self-control techniques now, so if someone is wearing buttons I try really hard to control my reaction.'
'It still makes me feel uncomfortable but I can now distract myself if it's just on someone's shirt, however if it starts coming towards me I still panic.'

Dr Dawn Harper, who hosts Channel 4 show Embarrassing Bodies, said: 'It is possible to develop a phobia to about just about anything and whilst this is an unusual phobia, Louisa's story of being able to identify the trigger as an unpleasant childhood event associated with buttons is typical.
'It is easy to mock her phobia and Louisa herself admits that it is an irrational behaviour but the physical symptoms of panic are very real to her and she has done the right thing in seeking psychological help.'





.

Facebook tidak popular


Facebook sebenarnya tidak terlalu popular seperti yang disangka semua pihak.

Laman web sosial terkemuka itu kelmarin mendedahkan, jumlah 845 juta penggunanya tidak tepat kerana kiraan tersebut turut mengambil kira pengguna palsu, sama ada akaun pengguna biasa dipalsukan atau pembukaan akaun pendua.

Melalui laporan keselamatan syarikat itu, Facebook menganggarkan antara lima hingga enam peratus akaun penggunanya termasuk dalam senarai palsu atau dipalsukan iaitu antara 42 juta hingga 51 juta akaun.
Laporan yang sama juga menyatakan, laman tersebut telah menjana pendapatan baru bernilai AS$8 bilion (RM25 bilion).

Menurut syarikat itu, dana tersebut akan digunakan bagi membayar perbelanjaan korporat umum, membiayai cukai liabiliti pekerja dan juga menampung 13 kos pertikaian hak paten dengan Yahoo.





.

Ditawarkan untuk bercuti


Singapore Airlines (SIA) hari ini menawarkan juruterbang-juruterbangnya untuk bercuti tanpa gaji selama dua tahun selepas syarikat itu bergelut dengan kelembapan sektor penerbangan.

Tawaran kepada juruterbang berpangkat di bawah Kapten itu dibuat selepas syarikat tersebut mengumumkan penurunan pendapatan lebih separuh untuk suku akhir 2011 bulan lalu, ekoran peningkatan kos bahan bakar, pengurangan penumpang serta permintaan kargo dari Eropah.

Keputusan itu dibuat bagi membantu mengurangkan pegawai kanan pertama, pegawai pertama, pegawai kedua dan juruterbang kadet yang berlebihan, menurut jurucakap SIA, Nicholas Ionides.

Beliau berkata, SIA tidak dapat memberikan angka khusus jumlah juruterbang yang mungkin menerima tawaran itu kerana ia adalah skim sukarela.

Ionides bagaiamanapun berkata, SIA tidak merancang untuk mengurangkan penerbangan dan mengecilkan operasi mereka untuk tempoh terdekat.

Pengumuman itu dibuat ketika industri global dilanda peningkatan harga bahan bakar dan permintaan yang rendah.

Persekutuan Pengangkutan Udara Antarabangsa pada November lalu mengurangkan ramalan keuntungan industri itu tahun ini kepada AS$3.5 bilion (RM10.5 bilion), tetapi memberi amaran kerugian lebih AS$8 bilion (RM24 bilion) mungkin berlaku jika ekonomi dunia mengalami satu lagi kemelesetan.

SIA mengumumkan, keuntungan bersih syarikat itu jatuh 53 peratus kepada SG$135.2 juta (RM324 juta) untuk tempoh Oktober hingga Disember 2011 berbanding tahun sebelumnya.

Mengikut laporan tahunan SIA bagi tempoh 2010/2011, kira-kira separuh daripada 2,335 juruterbang SIA bukan berpangkat Kapten. - AFP





.

Maut, Kepala Ditembusi Besi Penghadang Lebuh Raya


Seorang wanita dipercayai warga China maut dalam kemalangan di Km 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) arah selatan berhampiran Pajam.
Dalam kejadian 6.15 petang itu, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas kereta Proton Saga BLM yang dinaikinya hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan.

Menurut jurucakap polis, kereta tersebut dipandu rakan lelaki mangsa yang dkenali sebagai Thai Yin Sei, 25, yang mengalami kecederaan parah di kepala.

"Mereka dikatakan dalam perjalanan dari arah Kajang menghala ke Seremban sebelum kereta mereka dipercayai hilang kawalan dan terbabas serta merempuh penghadang di sebelah kiri lebuh raya.

"Akibat rempuhan kuat, penghadang besi jalan menembusi cermin depan kereta sebelah penumpang hingga ke belakang kereta dan wanita tersebut mati dalam keadaan menyayat hati dengan kepalanya hancur ditembusi penghadang besi itu," katanya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Abd Manan Munaji berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mayat wanita tersebut yang tersepit di tempat duduk.

"Semasa kami tiba, rakan lelaki mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk rawatan, sementara mangsa yang berjaya dikeluarkan tidak lama selepas itu turut dihantar ke hospital yang sama," katanya.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Yusoff Awang mengesahkan laporan kemalangan berkenaan yang kesnya disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!