Thursday, April 5, 2012

Jaguh gymnastik walaupun berusia 86 tahun


Usia yang semakin meningkat ternyata tidak selamanya boleh menghalang seseorang untuk tetap fit dan melakukan pelbagai kegiatan yang memerlukan kekuatan dan kelenturan otot, termasuk senam gymnastik.
Hal tersebut telah dibuktikan oleh Johanna Quaas. Di usianya 86 tahun, nenek ini masih mampu muncul di kejuaraan senam gymnastik di Jerman.

Dalam pertandingan Cottbuss World Cup 2012 yang diadakan di Cottbuss, Jerman, Johanna berhasil memukau penonton dengan mempertontonkan aksinya melompat dan berputar di atas lantai dan palang senam dengan lincah.


Saat ini, aksi yang telah divideokan dan dimuatkan ke dalam YouTube itu juga mendapat reaksi positif oleh para pengguna Internet. Setidaknya, hingga berita ini ditulis, video tersebut telah mendapatkan lebih dari 1.7 juta klik di Youtube.





.

Berita baik untuk 40,000 pengusaha dan pemandu teksi


Kerajaan akan mengumumkan berita baik kepada 40,000 pengusaha dan pemandu teksi seluruh negara dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, berita baik itu akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam usaha membantu pengusaha dan pemandu teksi untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan meringankan beban golongan berkenaan. Katanya, kerajaan pimpinan Perdana Menteri sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat dengan memastikan tiada satupun lapisan yang tertinggal daripada menikmati bantuan yang diberikan.
"Berita baik itu hanya akan diumumkan Perdana Menteri dalam masa terdekat dan kita jangkakan ia mampu mengurangkan beban lebih 40,000 pengusaha dan pemandu teksi seluruh negera," katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam majlis perjumpaan dan sarapan pagi bersama kira-kira 2,000 peniaga kecil dan pemandu teksi negeri kedah di sini, pagi tadi.

Terdahulu, Muhyiddin juga mengumumkan peruntukan RM120,000 kepada 12 persatuan pemandu teksi seluruh kedah manakala, RM120,000 lagi kepada 12 cawangan persatuan peniaga kecil kedah.







.

Patung Sponge Bob gergasi di kawasan persisiran pantai


Perancis hari ini menolak cadangan untuk membina patung gergasi kartun popular, Sponge Bob di kawasan persisiran pantai terkenal negara ini selepas mendapat bantahan kumpulan aktivis tempatan.

Rangkaian televisyen kanak-kanak, Nickelodeon berhasrat untuk membina patung berukuran empat meter di kawasan pantai Calanques dekat selatan bandar Marseille.

Bagaimanapun, perancangan itu terpaksa dibatalkan selepas kumpulan aktivis mendakwa kawasan pantai itu tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial. - AFP





.

Subhanallah, anak ini hafal Al qur'an,tanpa diajar


Sharifuddin Khalifa boleh dikatakan anak ajaib. Anak yang lahir di Tanzania, Afrika Timur pada Disember 1993 itu berasal dari keluarga Katholik. Namun, pada usia 1.5 tahun, Khalifa sudah hafal 30 juz Alquran dan sembahyang lima kali sehari.

Subhanallah, dia mampu menghafal Al-Qur'an tanpa ada orang yang mengajarnya. Awalnya, kedua orangtua Khalifa menyangka anaknya dikuasai setan. Namun, jirannya yang Muslim memahami apa yang diucapkan anak ajaib itu. Akhirnya, kedua orangtuanya menyedari bahawa anak lelakinya adalah tanda kebesaran Allah. Kedua orangtuanya pun memeluk Islam.

Meskipun berbahasa ibu Swahili, Khalifa mampu berbicara dan berpidato dalam bahasa Arab, Inggeris, francis, dan Itali tanpa belajar. Pada usia empat hingga lima tahun, dia sudah mengelilingi Afrika dan Eropah untuk berceramah dan mengajar.

Berkat dakwahnya, ribuan orang memeluk Islam. Di Kenya, Afrika sebanyak 1000 orang berduyun-duyun bersyahadat setelah mendengar ceramahnya.





.

Robot sebagai guru bahasa inggeris


Pakar teknologi di seluruh dunia terus melakukan inovasi dalam membuat robot. Jika sebelumnya sebuah restoran di China menggunakan jasa robot sebagai pelayannya, kali ini robot ditugaskan sebagai guru di sebuah sekolah di Korea Selatan.

Pada hari selasa yang lalu, pejabat dari bahagian pendidikan Korea Selatan mengungkapkan bahawa hampir sekitar 30 robot telah mula mengajar pelajaran Bahasa Inggeris kepada pelajar tadika. Projek ini direka dalam rangka membina kelahiran perusahaan-perusahaan robot di sana.

Engkey, robot yang berbentuk seperti telur dan berwarna putih dikembangkan oleh Institut Sains dan Teknologi Korea (KIST), mula mengajar di 21 sekolah tadika di sebelah tenggara kota Daegu.
29 robot dengan tinggi 1 meter dilengkapi dengan sebuah panel TV di atas sebagai wajah, berjalan mengelilingi kelas sambil bercakap kepada pelajar. Tidak hanya itu, mereka juga membaca dan menari mendengarkan muzik dengan menggerakkan kepala dan tangan mereka.

Wajah yang ditampilkan dalam panel display robot tersebut adalah gambar wajah seorang wanita. Robot ini dikontrol oleh guru Bahasa Inggeris di Filipina. Mereka dapat melihat dan mendengar suara murid melalui sistem remote control.





.

Aneh, ayam menetaskan telur itik


Seekor ayam telah menetaskan lima telur itik secara tidak sengaja setelah mengeram sarang telur yang salah, ayam mengeram telur selama 28 hari.

Nampaknya induk ayam baru menyedari perbezaan ketika anaknya berlenggak lenggok di kolam, sesuatu hal yang tidak boleh dilakukan ayam. Philip, 45 tahun yang menjalankan peternakan Palmer's children's activity di dekat Poole Dorset berkata "induk ayam nampaknya tidak terganggu sama sekali ketika anak itiknya berkelakuan seperti anak ayam".


"Itik dan ayam kami hidup bersama sehingga itik meletakan telurnya di lokasi manapun, akibatnya beberapa telur tercampur, ketika saya melihat induk ayam duduk di beberapa telur selama 28 hari saya fikir itu telur miliknya atau milik ayam yang lain. setelah menetas, saya terkejut ternyata bukan anak ayam melainkan telur itik. ini sangat mengejutkan namun indah untuk disaksikan" menurut Philip.






.

Lelaki terselamat kereta terjunam


Seorang lelaki terselamat apabila sempat keluar dan berenang ke tebing selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam laut Selat Tebrau, berdekatan Tambak Johor, semalam.

Mohd Amin Miran, 31, dari Pekan Nenas, Pontian, dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar. Beliau dipercayai hilang kawalan kenderaannya selepas bergesel dengan sebuah bas lalu melanggar tembok konkrit dan terjunam ke dalam laut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, M Vijayan, ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira jam 10.25 pagi dan menghantar pasukan seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru termasuk tujuh anggota dari unit skuba.

"Dua kren digunakan bagi mengangkat dan mengeluarkan kereta yang tenggelam kira-kira tiga meter ke dasar laut," katanya.

Operasi berkenaan mengambil masa kira-kira dua jam. - BERNAMA






.

World's highest bridge meets the world's most lax 'elf and safety rules


This hard-grafting painter may have climbed the ladder to a career high... but one mistake and it's a hard fall back to where he started. Labourers put the finishing touches to the Anzhaite Long-span Suspension Bridge in Jishou, Hunan, China, this week, just in time for its opening. And at 1,102ft up and 3,858ft across the ambitious suspension bridge has become the highest and longest in the world.
Work started on the engineering feat in October 2007 and the bulk of the work finished at the end of last year.


It is designed to ease traffic in the Jishou area of Hunan province and officially opened to motorists today.
Drivers can take in the views of the Dehang Canyon as they steer their way across all 3,858ft of the new sky-high road which links two tunnels. The bridge, which is lit up at night with 1,888 lights, is the fourth suspension bridge to cross a valley so wide it seems to be connecting two mountain ranges.

Once on the bridge cars and lorries can motor along a two-way, four-lane motorway at about 50mph. Pedestrians can also walk along it on a special walkway under the road.The bridge is a key part of the Jishou-Chadong Expressway, a 64-kilometre road which has 18 different tunnels which cover about half of its length.


It is hoped the bridge will help ease traffic jams which are common in the mountainous area which has narrow, steep and winding roads.

The structure is supported by a base 78ft wide.
China is has the longest bridge in the world, the Danyang Kunshan Grand Bridge which is just over 100miles long and was built two years ago to carry the Beijing–Shanghai high-speed railway.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!