Sunday, April 15, 2012

Luahan tidak bijak


Facebook, Twitter atau blog adalah tempat paling berkesan buat golongan artis berkongsi karier, aktiviti harian, perasaan dengan peminat mereka. Di laman sosial juga, artis dapat bersilaturahim tanpa bersusah payah turun ke acara tertentu semata-mata nak bertemu dengan peminat mereka.

Laman sosial turut menjadi pilihan artis kerana ia lebih efisien dan cepat dalam penyebaran berita terkini mereka. Tak payah nak minta wartawan buat cerita, tunggu tempoh tertentu sebelum diterbitkan di dada khabar.

Atas alasan kukuh berkenaan, jangan hairanlah kalau dinding entri laman sosial artis kita cukup meriah. Macam-macam jenis aduan boleh kita baca.

Begitu hebat pengaruh laman sosial kalau dia bijak memanfaatkan medium itu untuk promosi kebolehan diri atau nak kumpul peminat baru. Tapi malangnya, laman sosial artis juga menjadi tempat lepaskan geram dan medan melancarkan perang dengan mana-mana individu kalau timbul sesuatu yang tak puas hati.

Nilailah secara bijak.. Adakalanya sesuatu yang kita buat tidak semestinya betul walaupun telah difikir berkali-kali. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk akibatnya..




.

Rokok perisa mentol tingkatkan risiko strok


Perokok yang gemar menghisap rokok berperisa mentol lebih berisiko diserang strok berbanding perokok yang memilih rokok biasa, menurut satu kajian yang dijalankan baru-baru ini. Kajian yang disiarkan dalam Arkib Perubatan Dalaman itu juga menyatakan, keadaan tersebut lebih banyak berlaku di kalangan wanita serta individu Amerika yang bukan dari Afrika.

"Sememangnya merokok tidak baik untuk kesihatan. Namun kajian ini menunjukkan dengan mengelak rokok berperisa mentol, ia secara minimum menghindari anda daripada diserang strok," kata penyelidik dan ahli klinikal bersekutu, Nicholas Vozoris dari Hospital St. Michael, di sini.

Dalam kajian tersebut, beliau menggunakan maklumat yang diambil dari kajian gaya hidup dan kesihatan Amerika Syarikat (AS) di kalangan 5,028 perokok dewasa.





.

BUNOHAN


Filem Bunohan yang menjadi topik panas sejak sebulan lalu kerana memapar satu gaya penceritaan baru sinema Malaysia masih hangat diperkatakan ketika ini. Malah ada segelintir pengkritik filem yang tidak mampu “mambaca” filem melabelkan Bunohan sebagai filem serabut, mengarut dan syok sendiri.

Walaupun mendapat kritikan, filem ini sebenarnya telah mendapat banyak pujian kerana berjaya menampilkan filem yang hebat. Ini memberikan sinar dalam industri yang dipenuhi lawak hantu murahan. Filem ini bertaraf antarabangsa kerana ia menyusuri sosial dan budaya tempatan. Semakin tinggi nilai tempatannya, semakin tinggilah nilai antarabangsa.

Keberanian pengarahnya, Dain Said melawan hukum filem sepatutnya diberi sokongan kerana selama ini kita hanya mampu menghasilkan filem lawak bodoh dan hantu yang hilang seramnya.





.

Angelina Jolie dan Brad Pitt sahkan perkahwinan


Selepas bertahun-tahun tinggal sebumbung dan bersekedudukan hingga mendapat tiga orang anak, aktor Hollywood, Brad Pitt akhirnya melamar pasangannya, Angelina Jolie, kata seorang jurucakap kelmarin.

“Ya, benar, mereka akan berumah tangga,” kata pengurus Pitt, Cynthia Pett-Dante kepada majalah AS, People.

“Ia demi masa depan yang lebih baik dan anak-anak mereka amat gembira dengan keputusan ini,” tambahnya.

Kenyataan Pett-Dante sekali gus menamatkan spekulasi tentang perkahwinan tersebut yang tersebar sejak beberapa bulan lalu.

Namun, menurutnya, tarikh pasangan itu disatukan dan lokasi majlis perkahwinan mereka masih belum ditetapkan. Berita mengenainya turut disahkan oleh jauhari yang mereka bentuk cincin pertunangan mereka, Robert Procop.


Procop yang terkenal dalam kalangan selebriti AS, mengambil masa setahun untuk menghasilkan cincin berkenaan yang bertatahkan sebutir berlian paling berkualiti.
Pitt, 48, dan Jolie, 36, rapat semasa di set penggambaran filem Mr. and Mrs. Smith pada tahun 2006. Pasangan yang popular dengan gelaran Brangelina itu memiliki tiga orang anak daripada zuriat sendiri di samping mereka memelihara tiga orang anak angkat. – AFP






.

"Kalau dah jodoh tak ke mana"


"Kalau dah jodoh tak ke mana". Itu lah perumpamaan tepat untuk pasangan pengantin yang diijab kabul di wad Ortopedik Hospital Melaka di semalam.

Pengantin lelaki, Izman Mohamad, 35, yang kini dirawat di hospital itu, sebelum ini koma selama tiga hari selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 6 April.
Keadaan Izman yang dirawat di wad Ortopedik hospital itu tidak menghalang beliau untuk melangsungkan akad nikah dalam satu majlis ringkas di wad itu yang dihadiri anggota keluarga terdekat dan petugas wad berkenaan.
Dengan berkerusi roda dan pakaian pengantin warna sedondon merah kekuningan, Izman sah menjadi suami kepada Murni Osman, 33, dengan dua kali lafaz.

Pasangan itu dinikahkan Imam I Masjid Fat’hur Rahman, Pengkalan Rama, Yunos Bidin pada jam 10 pagi. Majlis ringkas itu disulami tangisan gembira lebih 30 keluarga terdekat kedua-dua mempelai.

Sebaik bergelar isteri, Murni, seorang kerani di pejabat UMNO Bahagian Bukit Katil di sini melahirkan rasa syukur kerana majlis pernikahan itu berjalan mengikut jadual walaupun dalam keadaan serba ringkas.
"Mengikut perancangan, kami sepatutnya melangsungkan pernikahan di rumah saya di Durian Daun.

"Apapun, saya berasa amat bersyukur, gembira dan lega kerana majlis ini dapat dijalankan pada tarikh yang dirancang walaupun dalam hospital," katanya.
Murni berkata, dalam kemalangan itu, Izwan yang juga Pembantu Am Rendah di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) cedera parah apabila motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Hang Tuah pada jam 1 pagi.

Akibat kemalangan itu, Izwan koma selama tiga hari dan dirawat di unit rawatan rapi sebelum dipindahkan ke wad ortopedik.

Beliau berkata, suaminya dibenarkan pulang sementara untuk menghadiri majlis persandingan mereka yang akan berlangsung esok di Dewan MBMB, Durian Daun. - BERNAMA






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!