Monday, April 16, 2012

Tiket pelayaran sulung kapal Titanic dilelong


Tiket asal pelayaran sulung kapal Titanic pada 1912 dilelong dan menu makan malam daripada kapal persiaran mewah itu termasuk beberapa barangan yang ditemui di dasar laut.

Lelongan di Bonhams, semalam adalah antara barangan Titanic yang dilelong bagi menandakan ulang tahun ke-100 karamnya kapal berkenaan.

Tiket kapal itu dijual pada harga AS$56,250 (RM171,738) manakala menu makan malam seperti lidah ayam dan daging batang pinang dijual pada harga AS$31,250 (RM95,410). - AP







.

Gambar Pippa Middleton buat gempar lagi


Adik ipar Putera William, Pippa Middleton telah mengemparkan England dan Eropah apabila gambarnya sedang bersiar-siar bersama tiga teman lelaki di dalam sebuah kereta yang mana salah seorang daripada mereka mengacukan pistol ke arah jurugambar, telah disiarkan oleh akhbar The Sun UK pada Isnin.

Perbuatan mereka itu bukan sahaja dianggap sebagai 'bodoh' dan menyalahi undang-undang malah tidak sensitif dengan situasi di mana Perancis baru-baru ini dikejutkan dengan tindakan pengganas membunuh tiga murid dan empat guru di sebuah sekolah yahudi di Toulouse, selatan negara itu.

Pippa dan teman-temannya kini berhadapan dengan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa Perancis.

“Menunjuk-nunjuk senjata di tempat awam bukan sahaja suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang tetapi juga suatu perbuatan yang tersangat bodoh,” demikian kata seorang pakar perundangan di Perancis kepada akhbar berkenaan.

Pippa dan ketiga-tiga lelaki itu dilihat menaiki sebuah kereta Audi berhud di tengah-tengah bandar ini.

Ketika mereka sedang diekori oleh seorang jurugambar, tiba-tiba pemandu kereta itu mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukannya ke arah jurugambar tersebut. Tidak cukup dengan itu, dia kemudiannya menunjuk-nunjukkan senjata tersebut di udara dan kemudian sekali lagi mengacukannya ke arah jurugambar berkenaan.


Pippa, 27, adik kepada isteri Putera William Kate, 30, dengan jelas duduk di tempat duduk hadapan kereta itu.

Menurut akhbar The Sun lagi, sekiranya benar Pippa turut terlibat bersubahat dengan perbuatan mengacu senjata di tempat awam itu, dia akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Undang-undang Perancis memperuntukkan tindakan penjara sehingga tujuh tahun ke atas sesiapa yang terlibat mengeluarkan senjata di tempat awam tanpa kebenaran.

Malah seandainya senjata itu palsu sekali pun, mereka yang bertanggungjawab menayangkannya untuk tujuan menakut-nakutkan orang ramai di tempat awam, boleh disabitkan hukuman penjara selama dua tahun.

Pippa berada di sini pada hujung minggu lalu kerana menghadiri satu majlis.

Sementara itu, Pengarang Hal Ehwal Diraja akhbar The Sun, Duncan Larcombe berkata, penglibatan Pippa dalam insiden yang tidak sepatutnya itu akan mengejutkan pihak istana.


"Sejak kakaknya mengahwini bakal pewaris takhta Great Britain, tahun lalu, Pippa telah menikmati komentar yang positif daripada media massa. Tetapi jika kes ini dibawa ke mahkamah, ia bakal menjejaskan reputasi Putera William," ujar Larcombe.






.

Ruangan Paling Sunyi di Dunia


Sebuah ruangan di Orfield Laboratorium, South Minneapolis, Amerika Syarikat menjadi tempat paling sunyi di dunia. Anechoic chamber mampu menyerap 99.99 peratus suara yang muncul, dan berhasil memecahkan Guinness World Record untuk tempat tersunyi.

Dipetik dari Daily Mail, rekod paling lama orang mampu bertahan di ruangan ini adalah 45 minit. Anechoic chamber dilapisi dinding baja, beton, dan fiberglass.

“Ketika sudah tidak lagi terdengar suara, telinga akan beradaptasi. Dan semakin banyak hal boleh didengar. Mulai dari detak jantung dan paru-paru. Di ruangan ini, anda menjadi suara dan boleh berhalusinasi,” kata presiden Orfield Lab, Steven Orfield.

Di sisi lain, ruangan ini biasa digunakan untuk menentukan kualiti suara dan menjadi tempat latihan para astronot NASA. "Ruang ini dapat melatih calon astronot untuk fokus dan tidak berhalusinasi," kata Orfield.






.

Gadis kecanduan minum minyak


Minggu ini salah satu tayangan di Amerika Syarikat, My Strange Addiction, menampilkan seorang gadis yang gemar minum minyak, iaitu Shannon. Gadis ini harus menyimpan galen berisi minyak di dapur dan selalu meneguknya 12 sudu teh sehari.

Kecanduan minum minyak itu dinilai merupakan kebiasaan buruk baru setelah rokok dan alkohol yang sama-sama merosakkan organ tubuh. Shannon menyedari perilakunya berbahaya. Namun demikian, setelah minum minyak, dia akan merasa lebih baik.

"Rasanya seperti manis dan asam. Tegukan pertama memang membuat tekak seperti terbakar. Meskipun sakit, itu boleh membuatkan saya merasa lebih baik," terang Shannon.

Tahun lalu dia meminum lebih dari 19 liter minyak. Harga minyak dijangka akan lebih meningkat dan gadis ini bakal menghadapi kesukaran untuk meneruskan amalan buruk ini.

Pejabat Kesihatan New York mengatakan, meminum minyak dapat mengakibatkan cirit birit dan muntah. Jika diambil dalam jumlah yang banyak menyebabkan kehilangan kesedaran dan mati.





.

Zac Efron yang sasa


Zac Efron tidak mengenali dirinya selepas badannya sasa untuk filem barunya.

Pelakon yang berusia 24-tahun ini memegang watak sebagai seorang veteran perang di Lucky Oneand dan dia mengakui dia sangat kagum dengan kebolehannya. Dia sendiri memberitahu majalah Kesihatan Lelaki: 'Pada akhir filem saya tidak mengenali diri saya. Anda mendengar tentang lelaki seperti Christian Bale yang pernah melaluinya dan benar-benar mampu untuk berubah.

'Saya selalu tertanya-tanya jika saya mempunyai tekad untuk benar-benar melakukannya. Dan saya akan sentiasa bangga dengan diri saya jika saya boleh. '

Walaupun pelakon High School Musical ini mendakwa tidak mempunyai sebarang bakat istimewa, apa yang difikirkannya adalah kesanggupan untuk bekerja keras dan memainkan peranan yang besar dalam kerjaya lakonan untuk berjaya.

Zac menambah: 'saya boleh mencapai hampir apa saja. Jika anda meletakkan apa pun di depan saya, saya sentiasa dapat mencari jalan untuk mengatasinya. '







.

7 Fakta menakjubkan tentang hari isnin


Hari isnin merupakan hari pertama dalam satu minggu seperti yang kita ketahui hari isnin merupakan awal dari semua aktiviti setelah cuti hujung minggu. Berikut ini ada beberapa fakta menarik mengenai hari isnin.

1. Kebanyakan kita tidak tersenyum pada pagi hari sampai jam 11:16 am

Satu kajian, oleh Marmite di England menunjukan bahwa ramai orang pada hari isnin akan tersenyum setidaknya setelah jam 11.16 pagi. Kajian ini dilakukan di wilayah tenggara England yang merupakan tempat paling bahagia di wilayah itu dan rata rata orang di sana senyum pertama kali di jam 11.16 am.

2. Lima cara untuk menghilangkan bosan pada hari isnin

Hari isnin biasa dianggap sebagai hari yang membosankan. Untuk menghilangkan rasa bosan biasanya ramai orang melakukan kegiatan seperti: 1. Menonton TV, 2. Seks, 3. Belanja on-line, 4. Membeli coklat atau make-up dan 5. Merancang percutian.

3. Lebih dari 50% pekerja lewat masuk kerja

Hari yang menjadi awal minggu ini menjadi hari yang paling malas untuk bekerja dan lebih dari 50% pekerja lewat masuk kerja pada hari isnin.

4. Hari isnin menjadi hari yang paling jarang turun hujan

Alam memang tidak boleh diramal bila akan hujan. Namun dalam 7 hari semingu, hari isnin merupakan hari yang paling jarang turun hujan.

5. Ramai orang bunuh diri di hari isnin

Pejabar Statistik Nasional di England menemui 16% kes bunuh diri dilakukan oleh lelaki dan 17% kes bunuh diri dilakukan oleh perempuan terjadi pada hari isnin. Jika dibandingakan dengan hari lainnya kes bunuh diri pada hari isnin cukup besar kerana rata rata orang melakukan bunuh diri di luar hari isnin hanya 13%. Hal ini disebabkan hari isnin merupakan hari dimana memulakan aktiviti dan mungkin menjadi hari yang cukup membosankan.

6. Ramai orang mengalami serangan jantung di hari isnin

British Medical Journal melaporkan peningkatan 20% dalam serangan jantung pada hari isnin dibandingkan dengan hari-hari lain dalam seminggu. Serangan boleh disebabkan oleh stress dan tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kembali bekerja.

7. Isnin adalah hari terbaik untuk membeli kenderaan

Ternyata, tahukah kamu ramai orang melakukan pembelian kenderaan pada hari isnin. Tenaga penjualan kereta yang di sebut sales biasa akan mempromosikan dan mencari pelangan satu minggu penuh dan biasanya transaksi atau kesepakatan pembelian kenderaan akan terjadi pada hari isnin. Inilah yang menyebabkan ramai orang membeli kenderaan pada hari isnin.





#selamat berhari isnin ^__^







.

Rumah pusaka P Ramlee disita


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi tempoh seminggu kepada waris Allahyarham Tan Sri P Ramlee supaya membayar tunggakan cukai taksiran berjumlah RM10,000 bagi mengelak rumah pusaka Seniman Agung itu di Taman Setapak di sini, disita.

Arahan itu berdasarkan notis yang ditampal kakitangan DBKL di hadapan rumah berkenaan, Rabu lalu.
Rumah yang dibeli Allahyarham pada lewat 60-an dan pernah menjadi lokasi penggambaran filem arahannya, Gerimis (1968), kini didiami menantunya, Suria Bakar, 43, bersama dua cucunya.

Suria, isteri anak Allahyarham, Nasir Ramlee yang meninggal dunia empat tahun lalu, terkejut apabila menerima notis berkenaan Rabu lalu yang dilekatkan di hadapan rumahnya.

“Saya terkejut dan tidak pernah berniat untuk melarikan diri daripada membayar tunggakan cukai taksiran berkenaan.

“Sebenarnya saya tidak mampu hendak bayar. Selepas kematian suami, saya bersama dua anak lelaki yang masing-masing masih belajar di institusi pengajian tinggi hidup dalam kesempitan memandangkan kami tidak bekerja,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Beliau mengakui hujung tahun lalu, anaknya pernah ke DBKL untuk menyelesaikan masalah ini dan diberikan kelonggaran membayar ansuran RM200 sebulan.

Bagaimanapun, katanya mereka tiga beranak yang kini hidup dengan hasil bantuan Baitulmal RM400 sebulan, tidak mampu untuk membayar ansuran bulanan yang ditetapkan DBKL itu.

“Saya amat tertekan dengan situasi ini, bukan niat untuk meraih simpati sesiapa, tetapi kami amat sedih kerana akan kehilangan satu-satunya rumah pusaka tempat kami tiga beranak berteduh,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap DBKL dapat mengurangkan jumlah bayaran ansuran bulanan itu daripada RM200 kepada lebih rendah. -BH





.

Babun mampu kenal huruf


Babun mampu mengenal perkataan yang mempunyai empat huruf pada skrin komputer, menurut dua saintis dari Perancis, Dr. John Grainger dan Dr. Joel Fagot.

Penyelidik dari Universiti Aix-Marseille itu mendapati, selepas dilatih, haiwan tersebut mampu membezakan antara perkataan yang dieja dengan betul dan kombinasi huruf yang tidak tepat, walaupun tidak dapat membacanya.

Keputusan kajian tersebut menunjukkan kebolehan mengenalpasti perkataan di kalangan babun lebih berkait dengan pengenalan objek, berbanding kemahiran linguistik.

"Kesimpulannya babun mampu menguasai latihan membezakan perkataan dan bukan perkataan, jadi kami sangat gembira apabila mereka mampu melakukannya," kata Dr. Grainger.

Kajian tersebut dilakukan terhadap sekumpulan babun Guinea dalam satu makmal yang dibina di universiti itu.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!