Wednesday, May 23, 2012

Miliki tangan aneh dan berbeza


Lantaran memiliki jari seperti ketam, seorang perempuan lanjut usia di Kabupaten Sinjai, Sulawesi Selatan, kerap dicari nelayan. Caheya, warga Dusun Cempae, Desa Tongke-Tongke, Kecamatan Sinjai Timur, Kabupaten Sinjai, mengalami kelainan pada jari tangannya. Formasi jari di tangan perempuan berusia 90 tahun itu menyerupai ketam. Walaupun memiliki kelainan fizikal, namun Caheya tetap boleh melakukan aktiviti seharian seperti manusia normal.

Kerana kelainan tersebut, Caheya justru sering didatangi para nelayan. Mereka meminta petunjuk kepada Caheya sebelum berangkat melaut. Para nelayan yakin dengan mendatangi Caheya, hasil tangkapan ikan akan melimpah. Hasniah, anak Caheya, menjelaskan jari berbentuk ketam itu hanya kebetulan dan tidak ada kaitan dengan peristiwa tertentu, apalagi mistik.







.

Senyuman Termahal di Dunia


Kamu perlukan model untuk mengiklankan produk kopi? Siapkan dana sekurang-kurangnya US$ 1.5 juta maka Julia Roberts bersedia untuk menjadi model. Seperti dipetik Female First, tampil di iklan produk kopi yang berasal dari Itali, Lavazza, Julia mendapat bayaran US$ 1.5 juta. Dan di iklan berdurasi 45 saat itu, Julia hanya akan mempamerkan senyumannya.

Dalam iklan tersebut, pelakon berusia 43 tahun itu tidak akan mengucapkan sepatah kata apa pun. Dia tampil sebagai Venus yang ada di lukisan Sandro Botticelli. Ceritanya, Venus tidak mahu tersenyum jika belum mendapatkan secangkir kopi Lavazza.

Sebelumnya, Julia mengikuti jejak aktris legenda Isabella Rossellini dan Juliette Binoche sebagai ikon produk kosmetik Lancome. Khabarnya, sebagai ikon Lancome, dia mendapat US$ 20 juta.





.

Ikan jerung yang tak makan daging


Daging merupakan makanan yang biasanya dimakan oleh ikan jerung, tapi hal itu tidak berlaku bagi seekor jerung bernama Florence di Birmingham National Sea Life Center, Inggris. Ikan jerung tersebut mengejutkan penjaganya kerana tidak mahu lagi makan daging, melainkan hanya sayur-sayuran. Kejanggalan pada jerung tersebut membuatnya menjadi jerung vegertarian pertama di dunia. Awalnya Florence sama seperti jerung lainnya, memulakan hidupnya sebagai pemakan daging, tapi itu semua berubah ketika menjalani pembedahan pada 2009 untuk membuang kail berkarat di rahangnya.

Sejak itulah, jerung tersebut tidak mahu lagi memakan daging. Bahkan penjaganya harus melakukan trik “licik” untuk memberikan protein dalam “diet” yang dilakukan dan membuat jerung tersebut memakan daging. Contohnya, menyembunyikan potongan ikan dalam timun. “Kami harus menyembunyikan potongan ikan  untuk membuatnya makan (daging),” ujar kurator Graham Burrows. “Dan itu (trik memberi makan daging) harus dilakukan sembunyi-sembunyi dengan teliti, kerana jika jerung itu menyedari hal tersebut, maka penawaran (makanan) tadi akan diabaikan dan menunggu makanan vegetarian,” jelas Burrows.

Burrows berharap, jerung tersebut tidak akan selamanya menjadi vegetarian. “Kami tidak ingin jerung itu menjadi vegetarian sepenuhnya." harapnya.





.

Pemilik iPhone berisiko


Pemilik iPhone yang menggunakan perkhidmatan perisian iCloud yang dianggarkan berjumlah 125 juta orang berhadapan risiko maklumat peribadi mereka diceroboh. Ini kerana, perisian pengintip yang diberi nama ''Pemecah Kata Laluan Telefon'' didapati boleh mengesan aktiviti pemilik telefon pintar itu tanpa perlu menggunakan akses fizikal.

Perisian itu didapati boleh memuat turun semua data daripada perkhidmatan iCloud, Apple yang menjadi sokongan kepada gambar, teks mesej, emel, kalendar temu janji, senarai panggilan dan laman web yang dilayari serta nombor telefon. Sekiranya seseorang yang mempunyai perisian pengintip itu berada berhampiran dengan pemilik iPhone yang menggunakan perkhidmatan iCloud, dia dengan mudah boleh mengakses telefon pintar itu tanpa disedari pemiliknya.

Ketua Eksekutif ElcomSoft, Vladimir Katalov berkata, Pemecah Kata Laluan Telefon dalam kata lain merupakan alternatif untuk mendapatkan akses kepada kandungan perlatan iOS. ''Dengan penama dan kata laluan Apple yang sah, pihak berkuasa seperti polis bukan sahaja boleh mendapatkan sokongan daripada peralatan yang 'dicuri' malah mengakses maklumat semasa telefon itu masih berada di tangan suspek,'' katanya.

Majoriti pengguna iPhone dan iPad menggunakan perkhidmatan iCloud sebagai sokongan kepada data, aplikasi dan media. Selain, memuat turun data dengan iCloud, perisian itu juga boleh mengesan kedudukan pengguna iPhone itu. Satu-satunya cara untuk melindungi pemilik iPhone adalah sama ada untuk tidak melakukan sokongan terhadap telefon itu atau menyimpan data sokongan peribadi di dalam komputer sendiri menggunakan iTunes. - AGENSI





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!