Saturday, June 2, 2012

Gadis ini dibesarkan di kandang anjing


Seorang gadis ditinggalkan di sebuah kandang anjing oleh orang tuanya yang tidak bertanggung jawab dari usia 3 tahun hinggalah ke 8 tahun, Oxana Malaya membesar tanpa orang tua selain daripada anjing yang ada di kandang tersebut. Ketika dia ditemukan pada tahun 1991, dia tidak boleh bercakap, hanya boleh menggonggong, dan berlari sambil merangkak.

Sekarang usianya sudah menginjak ke 20-an, Malaya telah diajar bercakap, tetapi masih mengalami gangguan kognitif. Saat ini Malaya bekerja menjaga lembu di sebuah ladang penternakan dekat rumah sakit jiwa dimana dia tinggal. -AP








.

Owh patutlah. Facebook kena hack rupanya



Seramai 900 juta pengguna Facebook mengalami gangguan perkhidmatan malam tadi selepas laman rangkaian sosial itu disasarkan oleh kumpulan penggodam Anonymous. Meluahkan kekecewaan di Twitter, pengguna Facebook dari Amerika Syarikat hingga ke Singapura melaporkan tidak dapat mengakses masuk ke laman web itu kira-kira tiga jam dari jam 8 malam hingga 11 malam. Gangguan terbesar yang dihadapi laman rangkaian sosial terkenal itu mengakhiri keadaan tidak menentu selama dua minggu dihadapi pengasasnya Mark Zuckerberg selepas saham Facebook ditutup pada AS$29.60 (RM94.7) sesaham kelmarin, jatuh 22 peratus daripada harga ditawarkan iaitu AS$38 (RM121.5).

Facebook mengakui mereka mengalami masalah itu pada waktu malam: “Hari ini, sesetengah pengguna mengalami gangguan sementara ketika mengakses laman ini. Ia kemudian diselesaikan dan semua orang tahu bagaimana untuk mengakses Facebook. Kami meminta maaf atas sebarang masalah yang timbul.” Bagaimanapun, kumpulan penggodam Anonymous menegaskan melalui akaun Twitternya mereka adalah dalang di sebalik gangguan itu dan ketika ditanya Facebook tidak menafikannya. Sebelum itu, pada awal pagi semalam, anggota kumpulan Anonymous mendakwa bertanggungjawab atas serangan terhadap laman web Parti Nazi Amerika dan mengakibatkan perkhidmatan Internet kumpulan sayap kanan itu tidak dapat diakses.

Bagaimanapun, laman itu beroperasi semula pada malam kelmarin. Malah, alat mudah alih juga tidak terkecuali apabila sesetengah pengguna Facebook di peralatan iOS dan Android dilaporkan turut terjejas oleh gangguan itu. Facebook terkenal kerana tidak mengalami gangguan besar, manakala pengguna Twitter sering mengalami sedikit gangguan ketika beroperasi. Malah, sesetengah pengguna Twitter diingatkan mengenainya daripada filem pemenang Oscar, “The Social Network” yang menceritakan penemuan perkhidmatan gergasi Internet itu dari sebuah bilik asrama di Harvard.


“Biar saya beritahu anda perbezaan antara Facebook dan yang lain, kami tidak pernah mengalami gangguan,” kata Jesse Eisenberg yang memainkan watak Mark Zuckerberg dalam filem terbitan Aaron Sorkin itu. - DM





.

Suami Sembunyikan Jasad Isterinya 10 Tahun di Freezer


Seorang lelaki berusia 80 tahun ditangkap oleh polis kerana dia disuspek mencekik hingga mati isterinya dan menyembunyikan tubuhnya di dalam freezer selama 10 tahun. Masaichi Yamada, yang menjalankan sebuah perusahaan pemprosesan ikan, ditangkap polis di pelabuhan Kushiro, Utara Jepun baru-baru ini. Disanalah polis menemukan jasad isterinya dalam freezer dengan masih mengenakan pakaian lengkap.

"Suspek diduga mencekik mangsa dengan kawat tipis dan menempatkan tubuhnya dalam freezer di tempat kerjanya," kata seorang jurucakap polis di Hokkaido, seperti dipetik dari Channelnewsasia. Polis belum mengetahui, bila pembunuhan itu terjadi, namun Masaichi mengaku kepada polis, dia telah membunuh isterinya, di rumahnya di suatu hari diantara tahun 2002 hingga 2006.

Dia menghabiskan nyawa isterinya kerana kesal setelah pertengkaran, dan membawa jenazah isterinya ke tempat kerjanya menggunakan kereta. Polis menggeledah tempat itu setelah saudara wanita yang meninggal itu mengatakan dia tidak dapat menghubungi adiknya selama beberapa tahun.







.

Larang Penjualan Rokok Dalam 24 Jam


Satu dari empat kematian berkait dengan penyakit yang disebabkan oleh merokok Kira-kira 300 kedai di Dubai dilarang menjual rokok dalam 24 jam, pada hari Khamis, sebagai mernyertai peringatan Hari Tanpa Tembakau Dunia. "Di Dubai sekitar 300 gerai, termasuk stesen pengisian bahan bakar dan supermarket, akan menghentikan penjualan rokok dalam 24 jam," tulis The National. Surat khabar lainnya, 7Days, menulis bahawa langkah itu sebagai langkah menyebarkan kesedaran akan bahaya merokok.

"Cara ini dianggap sebagai menyebarkan kesedaran akan bahaya rokok, dan membuat orang ramai akan berfikir bahawa pengambilan tembakau membunuh jutaan orang, dan mengganggu kesihatan," demikian akhbar itu menulis pernyataan Redha Salaman, direktor kesihatan awam di Dubai. Di Dubai, rokok dilarang dijual kepada orang yang belum berusia 20 tahun. Merokok di ruang awam adalah di larang, termasuk di hotel, restoran, kafe dan pejabat.
 







.

Justin Bieber tukar karier?


Sebelum ini, penyanyi remaja, Justin Bieber, pernah dipilih sebagai penghias muka depan majalah yang mempamerkan wajahnya dipenuhi darah. Namun, ia bukanlah sekadar lakonan semata-mata kerana Bieber,18, dilihat benar-benar berminat untuk menyertai sukan tinju. Menariknya, Bieber mendapatkan tunjuk ajar daripada peninju terkenal, Mike Tyson, dengan menyertai beberapa kelas tinju bersama bintang itu. Walaupun sebelum ini Bieber rapat bersama bintang, Floyd Mayweather dan Lil Wayne, namun bersesuaian dengan usia remajanya, dia mula menanam minat untuk mencuba sukan lasak.


"Saya suka sukan tinju kerana bukan sahaja menguji ketangkasan, malah kita belajar mengenai fokus dalam sesuatu perkara. "Tyson tidak lokek untuk membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya dalam sukan ini," kata Bieber. Tyson, 45, juga telah memuat naik gambar Bieber dan pelajar lain ketika sesi latihan.






.

Hindu dan Islam berkahwin di bawah satu bumbung


Untuk julung kalinya di India, pasangan daripada latar belakang agama dan kehidupan yang berbeza, mengadakan majlis perkahwinan di tempat yang sama di Jaipur, yang lebih dikenali sebagai Pink City. "Samu Vivah Sammelan" atau majlis perkahwinan beramai-ramai itu, dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Help People Foundatireon. "Saya berpendapat, kalaulah orang mengikut trend ini, tak akan ada diskriminasi kerana kasta atau keturunan," kata pengerusi pertubuhan itu Afreen Ritu Rajwat dalam kenyataan di sini.


Kenyataan itu menyebut bahawa ramai selebriti Bollywood, termasuk Devshi Khanduri (heroin filem Chargesheet)dan penyanyi-pemuzik Anup Jalota, menghadiri majlis berkenaan serta meraikan pasangan pengantin baharu yang menyertainya. - Bernama





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!