Sunday, June 3, 2012

Anehnya buah ini..tumbuh juga menjadi lain


Penduduk di Kampung Peracak, Ogan Komering Ulu (OKU) Timur di Sumatera Selatan, di sini gempar apabila menemui sebiji buah kelapa ditumbuhi pokok pisang. Pokok pisang setinggi kira-kira 80 sentimeter yang tumbuh pada buah kelapa itu ditemui oleh Muhamad Edi, 52, warga RT 02, kampung Peracak, mukim Bungamayang.

Dia menemui buah kelapa pelik itu ketika sedang menanam jagung di ladang rakannya, Komar, dua minggu lalu. Menurut Edi, sebelum dia menemui buah kelapa itu, dia terhidu bau bunga melati. "Ekoran bau bunga itu sangat kuat, saya dan Komar berusaha mencarinya tetapi sebaliknya menemui buah kelapa ini," katanya kepada Sripoku.com. Edi berkata, buah kelapa bertunas pokok pisang itu ditemui di atas timbunan kulit kelapa di tempat pengupasan kelapa. - AGENSI






.

Konsep Restoran Khusus Orang Buta di Nepal


Terinspirasi dengan keadaan yang dialami orang buta, Rachel Manley mencipta sebuah restoran yang sangat unik bernama 'Dining in the Dark'. Sesuai dengan namanya, restoran yang dibangunkan di Kathmandu, Nepal itu memang menawarkan idea menyantap makanan tanpa adanya bantuan penglihatan. Dengan kata lain, para pengunjung yang datang ke restoran ini haruslah buta atau setidaknya memakai penutup mata.

"Saya kira ini adalah projek yang hebat untuk membantu mereka yang cacat," ujar Rachel Manley. "Ini merupakan sebuah kombinasi antara keterampilan dari orang buta dan memberikan kesempatan kepada mereka untuk berdikari." Dari segi hiasan, restoran ini memang sengaja dirancang agar gelap kerana dilengkapi dengan tirai hitam. Dengan ruangan yang tidak terlalu besar, restoran ini hanya memiliki empat meja makan.






.

Romantiknya penyanyi ini



Penyanyi terkenal, Micheal Buble mengakui laman sosial ‘Skype’ adalah antara rahsia kebahagiaan yang di kecapi bersama isterinya, Luisana Loreley Lopilato de la Torre, walaupun sering berjauhan. Walaupun terlalu sibuk dengan kariernya, penyanyi yang terkenal dengan lagu Home ini tidak pernah lupa untuk meluangkan sedikit masa bersama isterinya walaupun berada di lokasi berbeza.

“Saya kerap berjauhan dengannya kerana terpaksa memenuhi jadual karier sebagai penyanyi. Hubungan jarak jauh bukanlah sesuatu yang mudah buat kami. “Untuk hilangkan rasa rindu, kami kerap berkomunikasi melalui ‘Skype’ dan ternyata ia berkesan dan saya bersyukur kerana dia memahami situasi dan karier saya dengan baik,” katanya.






.

Bina kapal perang canggih



China sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat perunding dari Australia bagi membina sebuah kapal perang canggih, yang dilihat sebagai sebahagian persediaan negara ini menghadapi pertikaian wilayah dengan beberapa negara jiran di Laut China Selatan. Kerjasama dengan pereka AMD Marine Consulting itu bagi menghasilkan sebuah kapal yang mampu menyerang dengan pantas, dilengkapi kemudahan satelit, rangkaian komunikasi, helikopter, radar, enjin dan beberapa ciri-ciri khas, menurut pakar analisis tentera.


Ia dihasilkan bagi menggantikan kapal perang lamanya yang menggunakan teknologi Soviet. Kapal tersebut dijangka mampu bergerak dengan kelajuan 36 knot dan membuat serangan pada jarak melebihi 200 kilometer.





.

Peninju dunia ini memulakan hukuman penjara



Juara tinju dunia, Floyd Mayweather memulakan hukuman penjara tiga bulan bermula semalam berhubung keganasan domestik. Mayweather dijatuhi kuman penjara Disember lalu selepas menyerang bekas teman wanitanya, Josie Harris dua tahun lalu. Bagaimanapun hakim menangguhkan pelaksanaan hukuman bagi membolehkannya menyertai perlawanan membabitkan Miguel Cotto pada 5 Mei lalu. Mayweather terlibat dengan siri kes jenayah sejak 2002.


Dia memenangi perlawanan itu yang menawarkan hadiah wang tunai AS$32 juta. Beliau dianggap sebagai peninju terbaik dunia dan pernah memenangi 43 perlawanan tinju profesional.






.

Ikan purba ini mulai pupus



Spesies ikan purba di sini yang dikenali penduduk sebagai ikan raja laut atau nama saintifiknya coelacanth, kini dikhuatiri diancam kepupusan setelah ia didapati memakan pelbagai jenis sampah yang disangka makanannya. Aktivis alam sekitar dan ahli majlis pengurusan Taman Negara Bunaken, Angelique Batuna berkata, hasil pembedahan yang dilakukan mendapati, pelbagai jenis sampah khasnya plastik ditemui dalam perut ikan purba itu.


''Saya menerima emel dari rakan penyelidik dari Jepun yang melakukan kajian di negara ini, menunjukkan banyak sampah terdapat di dalam perut ikan purba yang dipancing nelayan di kawasan Wawontulap dua tahun lalu. ''Ia menunjukkan perairan Wawontulap dipenuhi sampah, bagaimana pula dengan Teluk Manado di Sulawesi?,'' katanya kepada TRIBUNNEWS.COM.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!