Tuesday, June 12, 2012

Lagi pilihan fesyen yang #@%^&


Bukan semua orang tahu berfesyen, ya itu kita kena akui. Apatah lagi bila seorang lelaki, yang ingin bergaya seperti wanita. Hancur sama sekali okeh. Peristiwa ini terjadi di Taiwan. Dimana seorang lelaki yang berpakaian wanita, kalau tengok dari belakang, memang wanita, singgah ke kedai Samsung dan membeli sebuah gadget disitu.

Apa yang menarik perhatian, lelaki itu lengkap berkasut tumit tinggi dan bahagian belakangnya agak terdedah. seksi you... wooo...











.

Artis ini enggan menyusukan anaknya kerana ianya kelihatan menyakitkan



Dia dan tunangnya Jionni Lavalle dijangkakan akan menimang bayi lelaki pada bulan September tahun ini. Dan Snooki yang diwawancara dengan Good Morning America semalam menyatakan kegembiraan mereka. Menurutnya, anak yang lahir itu nantinya akan diberi nama, Lorenzo. Dia turut ditanya adakah dia akan menyusukan anaknya.


Dalam wawancara itu dia mengakui dia tidak akan menyusui anaknya dan lebih rela pam susu. 'Ianya kelihatan begitu menyakitkan, "katanya '... Tapi saya pasti akan pam, kerana susu ibu memiliki nutrisi terbaik untuk bayi.' Snooki, yang hadir dalam wawancara bersama tunangnya Jionni, juga menyamakan proses pam susu ibu dengan memerah susu lembu.






.

Tidak Percaya Rokok Memudaratkan Kesihatan



Pihak berkuasa Indonesia menghadapi masalah untuk melaksanakan program antimerokok kerana ramai rakyat negara itu tidak percaya tabiat itu memberi kesan buruk terhadap kesihatan. Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan bagi kesihatan persekitaran dan kawalan penyakit, Tjandra Yoga Aditama berkata, merokok juga menjadi budaya bagi sesetengah orang dan tabiat itu tidak mempunyai kaitan dengan kedudukan ekonomi atau kerjaya mereka.

Katanya, ramai rakyat berpendapatan rendah merokok dan jumlah wang yang mereka belanja untuk tujuan ini melebihi bantuan Rp100,000 (RM33.50) sebulan yang mereka terima daripada kerajaan. "Masih ramai yang meragui bukti saintifik mengenai kesan buruk merokok terhadap kesihatan dengan memberi alasan 'seorang perokok di kampung saya masih hidup hingga berumur 97 tahun," katanya yang dipetik akhbar harian berbahasa Inggeris Jakarta Globe pada Isnin.


Tjandra berkata, untuk mengatasi masalah itu, program antimerokok perlu dilaksanakan dengan menggunakan bukti saintifik yang kukuh mengenai kesan merokok terhadap kesihatan, ekonomi dan keadaan sosial. Laporan itu juga memetik kajian Institut Demografi Universiti Indonesia pada 2009 yang menunjukkan 57 peratus daripada isi rumah paling miskin di Indonesia menggunakan sebahagian pendapatan mereka untuk membeli rokok.





.

Lagi patung Terracotta ditemui



Penggalian terbaru di China yang dimulakan pada 2009 berjaya menemui koleksi baru patung tentera Terracotta berusia 2,000 tahun dan beratus-ratus artifak lain. Ahli arkeologi semalam mendedahkan 120 patung tentera Terracotta yang baru ditemui itu di Tapak Warisan UNESCO Qin Shihuang di wilayah Shaanxi. Ia merupakan penggalian ketiga di kawasan tersebut selepas ekskavasi pada 1974 dan 1985.


 Artifak yang ditemui di barat China itu ditanam bersama Maharaja Pertama Dinasti Qin pada kurun ketiga sebelum Masihi. Penemuan terbaru itu termasuk beberapa barangan yang belum pernah dilihat sebelum ini seperti dram perang dan alat perisai yang dicat.


Lebih 310 barangan kecil ditemui dalam penggalian terbaru itu serta 12 kuda diperbuat daripada tanah liat. Selain itu, satu kotak peralatan untuk membaiki kereta kuda, busur silang dan beberapa barangan dicat menggunakan cat ungu khas buatan China turut ditemui.


Penggalian itu dijangka selesai dilakukan dalam tempoh tiga tahun lagi. Patung-patung tentera berkenaan akan dibawa ke muzium untuk pembersihan sebelum dipamerkan bersama patung tentera yang ditemui sebelum ini. Lebih 1,000 patung dengan mimik muka dan gaya rambut berbeza telah ditemui di kawasan galian tersebut sebelum ini. - AGENSI





.

Besarnya kuasa cinta. Hanya dengan suara, dia sedar dari koma



Air mata seorang guru dalam keadaan koma setelah mendengar suara tunangnya dari Bali: Setelah sepuluh bulan, suara tunangannya memicu tanda-tanda pertama kehidupan Mathew Taylor, 31 tahun, yang tak sedarkan diri sejak kemalangan motorsikal yang mengerikan. Air mata tanda-tanda pertama kehidupan setelah kemalangan di Bali julai tahun lalu. Keluarganya harus mengumpulkan £ 100.000 untuk merawat Matthew di sana kemudian diterbangkan pulang ke Inggris. Tunang Matthew, Nurul, 27, terpaksa meninggalkan Matthew di rumah sakit di Inggris setelah visanya habis. Doktor mengatakan kepada keluarganya dia mungkin tidak akan bangun

Selama sepuluh bulan, dia telah berbaring di katil rumah sakit, tak sedarkan diri dan tidak responsif. Luka-luka pada Mathew Taylor adalah dari kemalangan dan motorsikal yang dinaikinya sangat teruk sehingga hancur. Tapi kemudian datang panggilan telefon yang akan mengubah segalanya. Dari rumahnya di Bali 7000 batu jauhnya, tunang Taylor, Handayani Nurul berbual dengannya - dan saat itu, air mata mula menitis di pipinya. Itu adalah pertama kalinya Matthew menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak patah tengkorak pada kecelakaan mengerikan di pulau Indonesia.


Sekarang, setiap kali telefon berdering, Taylor menggapai telepon dengan tangannya. Menggambarkan reaksi Taylor saat pertama kali terhadap suara tunangnya, ayah tirinya Simon Moore mengatakan: "Dia menitiskan air mata ketika kami memberikan telefon ke telinganya.Nurul bertanya sesuatu dan dia menjawab dalam diam." "Kemudian air mata turun di wajahnya. Itu menakjubkan. " Sekarang, ibu Taylor Heather menelefon Nurul, dan memberikannya kepada anaknya. Mr Moore mengatakan: "Sebaik saja dia mendengar suara Nurul, dia mengangkat tangannya untuk mengambil telefon. Dia mendengar dan anda dapat melihat perubahan dalam dirinya.

" Taylor, dari Overseal, Derbyshire, bertemu Nurul, 27 tahun, setelah dia pindah ke Indonesia tahun 2009 untuk mengajar bahasa Inggris. Pasangan ini merancang untuk berkahwin, tapi Taylor kemalangan ketika menunggang motorsikal di Bali pada 9 Julai tahun lalu. Selain tengkoraknya retak, dia harus merekonstruksi soket matanya, dengan menggunakan tulang yang diambil dari pahanya. Setelah pembedahan, dia koma, Taylor tidak memiliki insuran perubatan, dan keluarganya terpaksa membayar £ 100.000 untuk perubatan di Bali. Ayahnya, Darrell Taylor, mengeluarkan £ 50.000 dari simpanannya, sementara Mr Moore £ 50.000 .



Pada bulan Oktober, Taylor dipindahkan kembali ke Inggris, dan orang tuanya terus berjaga di samping tempat tidur di Royal Derby Hospital sejak itu. Nurul berhasil menguruskan visa untuk membolehkannya menyertai mereka di samping tempat tidur tunangnya selama tiga bulan, tapi setelah itu dia dipaksa untuk pulang ke Bali, di mana dia mempelajari sastera Belanda di Universitas Indonesia. Sejak telefon pertama tiga minggu lalu, Taylor telah perlahan-lahan mulai pulih dan membuat lebih banyak gerakan tubuh.






.

Saudara islam kita berlapar



Aktivis dari seluruh dunia hari ini mendesak campur tangan masyarakat antarabangsa bagi mendesak pembebasan pemain bola sepak Palestin, Mahmoud al-Sarsak, yang kini melancarkan mogok lapar memasuki hari ke-84 dan dilaporkan sedang kritikal. Tunjuk perasaan menyatakan sokongan terhadap beliau juga dijadual hari ini di seluruh Palestin. Sarsak, 25, dimasukkan ke sebuah hospital awam semalam, namun dibawa pulang semula ke rumah sakit di penjara Ramle berdekatan Tel Aviv, lokasi beliau ditahan. "Pemeriksaan kesihatan dilakukan, namun beliau tidak ditahan," kata jurucakap perkhidmatan penjara, Sivan Weizman tanpa memberi penjelasan lanjut. Sarsak mula melancarkan mogok lapar pada 23 Mac lalu bagi membantah tindakan pihak berkuasa Israel yang menahannya atas dasar penahanan pentadbiran sejak tiga tahun lalu.


Beliau ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Jihad Islam, namun Israel tidak mengenakan dakwaan rasmi terhadapnya. Di sebalik kemarahan ramai berhubung penahanan dan keadaan kesihatan Sarsak, Israel bagaimanapun menolak untuk membebaskannya. Menurut sumber yang rapat dengan pemain bola sepak itu, Sarsak kini hanya terbaring dan berada dalam keadaan kritikal. - AFP/ AGENSI






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!