Saturday, June 16, 2012

Ketahui bahawa Priyanka Chopra ada hobi yang pelik


Pelakon jelita Bollywood, Priyanka Chopra mungkin boleh dianggap sebagai selebriti yang mempunyai hobi pelik. Jika kebanyakan selebriti memilih haiwan seperti anjing, kucing atau burung untuk dijadikan binatang peliharaan, berlainan pula dengan pelakon tersebut. Priyanka pula memilih binatang buas seperti harimau dan singa sebagai haiwan peliharaan kesayangannya.

 Tahun lalu, Priyanka membeli seekor harimau betina yang diberi nama Durga dan pada tahun ini, dia memilih seekor singa betina. Singa itu diberi nama Sundari dan diletakkan di bawah penjagaan pusat haiwan terkenal di India. “Kami telah menerima cek pembayaran daripada Priyanka untuk membeli seekor singa betina yang diberi nama Sundari," kata pusat tersebut.

Bagaimanapun, pelakon itu tidak dibenarkan memelihara haiwan-haiwan terbabit bagi jangka panjang kerana ia merupakan haiwan terlindung dan perlu diserahkan kepada pihak bertanggungjawab menjaga kebajikan hidupan liar. - AGENSI





.

Rahsia airmata kristal terbongkar



Minggu lalu seluruh Indonesia digemparkan kisah seorang remaja perempuan yang boleh mengeluarkan air mata kristal, menyebabkan ramai orang berkunjung ke rumahnya untuk berubat dan meminta doa. Namun, kisah misteri gadis bernama Tina itu, akhirnya terbongkar selepas kajian Hospital Mata Cicendo di Jawa Barat mendapati 'air mata kristal' tersebut sebenarnya sejenis bahan kaca dan plastik yang telah diproses.


Pengarah hospital terbabit, Kautsar Boesaeri berkata, pihaknya mendapat maklumat tersebut berdasarkan keputusan ujian yang dijalankan oleh Jabatan Geologi terhadap air mata Tina itu.





.

Angkasawan Wanita Pertama China



China akan menghantar angkasawan wanita pertamanya ke angkasa lepas pada Sabtu ini, apabila kapal angkasa Shenzhou-9 akan berlepas dari gurun Gobi bagi pengendalian ruang angkasa yang pertama oleh negara itu. Liu Yang, yang berusia 33 tahun dan berpangkat mejar dalam angkatan Tentera Pembebasan Rakyat, memasuki program latihan angkasawan dua tahun lalu, akan menyertai pelancaran ke angkasa lepas yang keempat bagi China, kata seorang jurucakap wanita bagi program angkasa lepas negara itu.


“Dari hari pertama saya telah diberitahu bahawa saya tidak berbeza dengan angkasawan lelaki,” kata Liu, seorang juruterbang jet pejuang berpengalaman yang sudah berkahwin tetapi masih belum mempunyai anak, kata stesen penyiaran negara itu, CCTV dalam satu temubual yang disiarkan selepas pengumuman pada Jumaat. “Saya percaya kepada kesungguhan. Jika anda bersungguh-sungguh, anda akan mengecapi kejayaan,” tambah Liu yang berpakaian angkasawan warna biru ketika ditemuramah. - AFP





.

Jose Mourinho nak jadi jurulatih Malaysia



Jose Mourinho, ketua jurulatih kelab bola sepak tersohor Sepanyol, Real Madrid, membuat kunjungan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Mourinho, yang dianggap salah seorang jurulatih terbaik sepanjang masa, tiba di bangunan Perdana Putra pada pukul 3 petang dan dibawa ke Pejabat Perdana Menteri di Aras Lima. Beliau berada di Malaysia untuk lawatan singkat selepas menerima jemputan khas oleh hartawan Singapura, Peter Lim, bagi menghadiri satu acara berkaitan dengan Yayasan Olimpik Singapura-Biasiswa Peter Lim di republik itu semalam.


Sahabat Lim, pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan, menjadi hos kepada lawatan jurulatih tersebut ke Kuala Lumpur. Mourinho merupakan penerima pertama Anugerah Jurulatih Terbaik FIFA pada 2010.- Bernama




 P/S - Tajuk memang gempak. sedangkan chelsea dia tak nak apatah lagi malaysia kan.. Gaji dia mesti demand mahal..huhu





.

Info jerebu yang harus korang baca dan tahu



Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa tempat di Lembah Klang semakin buruk dengan empat kawasan merekodkan IPU tidak sihat berbanding tiga kawasan sebelum ini. Indeks yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat 5 petang ini, mencatatkan bacaan IPU di Cheras bertambah buruk kepada 105 berbanding 91 sebelum ini. IPU di Pelabuhan Klang dan Shah Alam, masing-masing meningkat kepada 147 dan 120 berbanding 130 dan 106 pagi ini. Bacaan IPU di Kuala Selangor bertambah baik sedikit iaitu 129 berbanding 131 sebelum ini. Tiga kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah Kuala Selangor (129), Pelabuhan Klang (147) dan Shah Alam (120).

Sementara itu, 34 kawasan merekodkan IPU sederhana dengan bacaan antara 51 dan 100 manakala bilangan kawasan dengan IPU yang baik, turun kepada 12 berbanding 14 awal hari ini. Antara kawasan mencatatkan IPU sederhana ialah Petaling Jaya dan Batu Muda, Kuala Lumpur yang masing-masing merekodkan 99, Banting (95), Sri Manjung (92), Tanah Merah (88), Putrajaya (78) dan Perai (74). Menurut kenyataan JAS, keadaan kualiti udara yang buruk di Lembah Klang dan Perak sejak pagi ini adalah disebabkan jerebu rentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.


Keadaan jerebu itu dijangka berlarutan selama beberapa hari disebabkan ramalan bahawa cuaca kering di beberapa bahagian di utara dan pantai barat Semenanjung pada masa ini. Kenyataan itu menambah imej satelit oleh Pusat Kepakaran Meteorologi ASEAN menunjukkan peningkatan jumlah titik panas di Sumatera, Indonesia sejak Selasa. Imej itu menunjukkan bahawa jerebu bergerak dari Riau, Sumatera Tengah menuju ke pantai barat Semenanjung Malaysia. Sementara itu, jurucakap Jabatan Meteorologi berkata hujan mungkin tidak berlaku dalam tempoh beberapa hari ini.

"Kami meramalkan hujan sedikit di pantai barat Semenanjung menjelang pertengahan dan akhir minggu depan. "Negara kini sedang mengalami Monsun Barat Daya yang pada umumnya keadaan cuaca panas dan kering. Keadaan itu dijangka berterusan sehingga September," katanya. - BERNAMA






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!