Tuesday, June 26, 2012

Awak buat apa dengan anak awak???



Kerusi bayi yang agak berbeza di China. Ketika ayah ini ingin membawa anaknya untuk menaiki motorsikal, ianya menjadi perhatian orang lain kerana anaknya bukan berada di motorsikal, melainkan di sebuah bakul, yang diikatkan dimotorsikal.  Anak sekecil itu ditarik di sepanjang jalan. Menakjubkan, anak kecil itu tidak menangis, melainkan- memerhatikan keadaan sekeliling dari bakul itu. Keadaan ini dikecam kerana ianya melibatkan anak kecil. Dan keselamatan anak kecil itu menjadi taruhan. Mungkinkah si ayah tidak sedar bahawa masih ada 'tempat' kosong buat anak kecilnya di motorsikal itu???








.

Wajah Angelina Jolie ketika muda


Dia dianggap sebagai salah seorang wanita tercantik di dunia. Tetapi bahkan Angelina Jolie memerlukan waktu untuk membesar menjadi seseorang yang telah menginspirasi kekaguman dan iri hati dari penjuru dunia. Bibir tebal dan mata yang dalam itu tidak mungkin akan berubah, dari dulu hinggalah kini..


Pelakon yang berusia 37 tahun itu sebenarnya tidak begitu berbeza dengan gadis lainnya ketika disekolah. Ayahnya, juga seorang pelakon, Jon Voight. Dia menjadi model remaja ketika dia sedang belajar drama. Dia memulakan karier filemnya di video muzik - terutama untuk Rolling Stones dan Meatloaf - Angie Voight, nama yang dia gunakan ketika itu.

Siapa sangka, gadis biasa ketika remaja, boleh menjadi nama besar dalam perfileman dunia. Kesederhanaan pelakon ini lebih terserlah ketika mengasuh anak-anaknya..







.

Penglihatan menakjubkan



Seorang perempuan di Inggris memiliki penglihatan yang luarbiasa. Perempuan itu mampu melihat lebih dari 99 juta warna. Dibandingkan mata orang pada umumnya. Perempuan tersebut ternyata mampu melihat secara dalam macam-macam warna. Keadaan ini menurut peneliti disebut "tetracrhomat". Menurut seorang ahli syaraf dari Universiti Newcastle Gabriele Jordan, keadaan tidak lazim ini hanya terjadi pada perempuan. Jordan menambah bahawa hal tersebut diyakin juga banyak menimpa perempuan di Inggris. "Sayangnya, dia tidak boleh menjelaskan visi warnanya dibandingkan dengan apa yang kita lihat", ucap Jordan, seperti dipetik dari Orange.


Jordan menambah, mereka yang memiliki kemampuan "tetrachomat" ini memiliki visi warna empat kali ganda lebih banyak dibandingkan manusia pada umumnya. Keadaan tersebut tentunya amat luarbiasa bagi yang memiliki kemampuan tersebut.






.

Adakah anjing memang ditakdirkan mengakhirkan hidup dimeja makan?


Gambar-gambar ini memang sadis untuk diperlihatkan kerana memperlihatkan haiwan ini dimasak dan disajikan sebagai makanan dalam tradisi China. Haiwan-haiwan yang dipotong dan dimasak di depan restoran - meskipun kempen anti-kekejaman terhadap haiwan dilaungkan disana.


Sekelompok aktivis China di Kota Yulin, Guangxi, membuat kempen mengelakkan anjing dijadikan daging pasar dan menghentikan amalan makan binatang. Artist Pian Shan Kong berlutut di depan haiwan yang mati kerana merasa betapa berdosanya orang-orang yang membunuh haiwan itu dan dia meminta maaf kepada haiwan yang mati itu selama demonstrasi.


Selama ini China memang mengamalkan memakan daging anjing, terutama selama musim dingin. Ketika makanan sukar diperolehi, anjing akan dimakan sebagai sumber makanan darurat seluruh China dalam amalan yang diterima secara sosial. Namun semakin majunya negara ini, semakin banyak keluarga yang membeli anjing sebagai haiwan peliharaan dan banyak membantu kempen-kempen yang wujud bagi membanteras kekejaman terhadap haiwan.

Pada bulan April, lebih dari 500 anjing yang ditetapkan untuk dikorbankan menjadi makanan diselamatkan ketika trak mereka dihalang oleh aktivis. Namun, sebanyak 505 ekor hampir tidak selamat, setelah mengalami keadaan sempit dan kurangnya air selama perjalanan mereka melalui jalan darat.








.

Berjudi dikuburan


Bermula dari hanya berseronok dan hobi bermain judi, lima orang nenek yang tinggal di Palmerah, Jakarta Barat, bakal dipenjarakan. Walaupun faktor usia yang sudah meningkat, seakan tidak menyurutkan semangat mereka untuk mendapat wang dari hasil berjudi. Lima orang nenek ini ditangkap polis, ketika sedang bermain judi di sebuah perkuburan, di Jalan Kemanggisan Pulo, Palmerah, Jakarta Barat. Bono Bakpaw (65), Alce Lumane (70), Siti Salma (43), Emi Kalalo (66), dan Anastasya Sularmi (64). Mereka adalah kumpulan nenek yang gemar bermain judi.  Menurut salah seorang dari mereka, Alce Lumane (70), dia berkata sebelum ikut serta berjudi, dia hendak membeli telur untuk cucunya makan.

"Saya mahu beli telur untuk cucu, tiba-tiba dipelawa main kad. Jadi saya turut serta,". Lain halnya, dengan Bono Bakpaw (65). Dia hanya sekadar berseronok bermain judi dengan kawan-kawannya, dan untuk menambah penghasilan penjualan barang dagangannya. Kata Bono, pada mulanya ada rakan-takan lelaki yang turut berjudi bersama mereka. Tapi ketika diserbu, mereka telah berjaya melarikan diri.







.

Macam mana boleh?



Seorang lelaki warga Britain ditemui mati dipercayai membunuh diri dengan terjun dari Menara Eiffel pada Isnin, menurut polis Paris. Lelaki tersebut memanjat struktur menara tertinggi itu kira-kira pukul 11.30 malam pada Ahad. Tindakan itu memaksa polis mengarahkan orang ramai supaya meninggalkan menara tersebut dan cuba memujuk mangsa. Bagaimanapun rundingan itu gagal dan lelaki berkenaan terjun di antara ketinggian 125 dan 324 meter. "Insiden bunuh diri kerap kali berlaku di sini tetapi amat jarang sekali seseorang berupaya memanjat menara setinggi ini," kata jurucakap polis.


Menara setinggi 324 meter itu merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Paris yang mampu menarik kira-kira 7.1 juta pelancong pada 2011 dengan purata pengunjung seramai 20,000 orang setiap hari.






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!