Thursday, June 28, 2012

Sah...Pelakon, Hairie Othman menyertai Pas



Program Himpunan Hijau Pas Johor yang akan diadakan di Kempas, Johor Bahru esok bakal menerima seorang lagi artis - Hairie Othman, yang akan menyerahkan borang keahlian menyertai Pas. Dia akan menyerahkan borang keahlian kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat berkata, antara pemimpin parti yang akan hadir adalah Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa; Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan dan Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfoz Muhammad. “Pihak jawatankuasa program menjangkakan kehadiran lebih daripada 10,000 peserta himpunan dari seluruh negeri Johor bagi menjayakan himpunan ini.


“Kehadiran Hairie Othman bakal menarik lebih ramai anak muda hadir dalam himpunan ini. Ahli-ahli dan penyokong Pas di luar Johor juga dijemput sama untuk menjayakan himpunan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Hairie yang juga pelakon utama filem Leftenan Adnan sebelum ini dilaporkan akan menyertai Pas bersama-sama beberapa lagi artis dan juga beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan.






.

Kali ini di Brazil, bayi malang berkepala dua



Seorang wanita yang berasal dari Brazil selamat melahirkan bayi berkepala dua yang awalnya bayi ini disangka kembar. Ketika lahir, bayi ini memiliki berat 4.5 kilogram. Ingin tahu? Maria de Nazare melahirkan secara Caesar di rumah sakit Anajas. Kerana mendekati krismas, dia pun menamakan nama anaknya Emanoel dan Jesus. Pada awalnya, ibu yang berusia 25 tahun ini mengaku diberitahu bahawa bayinya kembar.


Namun setelah menjalani beberapa ujian, doktor mengesahkan bayi ini memiliki dua otak dan dua tulang punggung namun satu jantung, paru-paru, hati dan pinggul. Direktor Rumah Sakit Claudionor Assis de Vasconcelos mengatakan, “Ketika si ibu di scan, kami menyedari bayi ini memiliki dua kepala”.







.

Hidangan yang sangat menarik buat anak ke sekolah (entri banyak gambar)


Seperti kebanyakan ibu-ibu, Heather Sitarzewski bangun pada waktu subuh untuk membuat lunchbox anak yang berusia lapan tahun untuk sekolah, dengan penuh kreatif dan dengan harapan anaknya akan terpesona dengan hidangan menarik dan kreatif yang dia sediakan.





Jika ibu-ibu lain yang mempunyai masa yang singkat kerana punya kerjaya yang hanya dapat menyediakan beberapa keping roti bersama mentega kacang dan jeli, makanan lunchbox yang disediakan oleh Heather memang sangat berbeza...





Mengambil pendekatan kreatif dalam apa saja yang dia lakukan, pereka grafik dan ilustrator dari Denver, Colorado membuat gambaran yang boleh dimakan, iaitu watak Disney dengan menggunakan buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan lazat makan tengahari.


Buat anak yang tidak makan sayur, mustahil akan menolak hidangan kreatif ini.






P/S - Tengok gambar-gambar tu, sayang pula nak makan. okeh, kat sini ada lagi gambar [klik]





.

Sesuatu yang sangat aneh ditemui di asia



Warga Thailand gempar dan terkejut setelah menemukan makhluk yang sangat aneh dan digelar jadi-jadianan di pedalaman hutan. Walaupun sudah mati, namun warga tempatan masih merasa sukar untuk menjelaskan apakah sebenarnya makhluk yang mereka temui itu. Kerana keanehannya, makhluk itu menjadi tontonan dan disembah oleh warga sekitar kawasan itu. Masyarakat thailand berkumpul dan sembahyang untuk mahluk aneh dari hutan.



P/S - Agaknya haiwan yang lahir cacat..






.

Resepi rendang tu Indonesia punya



Kerajaan Indonesia telah mendaftarkan rendang sebagai warisan budaya negara itu di Unesco, kata Ketua Pengarah Pengembangan Destinasi Pelancongan, Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Achyaruddin. "Makanan tradisional dari Sumatera Barat ini didaftarkan di Unesco pada tahun 2010 dengan nombor pendaftaran 776," katanya ketika menghadiri Festival Rendang di Padang, pada Rabu. "Kalau ada yang berani mengaku sebagai pemilik warisan budaya yang telah ditetapkan Unesco, maka negara yang berkenaan boleh dituntut (didakwa)," katanya.

Sementara itu, Timbalan Gabenor Sumatera Barat Muslim Kasim berkata Festival Rendang yang diadakan Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Sumatera Barat tersebut merupakan usaha untuk mempertahankan masakan tempatan. "Rendang salah satu kuliner yang harus dipertahankan oleh masyarakat Sumatera Barat," kata Muslim di Padang. Beliau berkata festival rendang itu bukan sekadar berkaitan kreativiti memasak, tetapi lebih sebagai usaha masyarakat Sumatera Barat untuk mengembangkan budaya bangsa. Muslim berkata masyarakat Sumatera Barat cukup berbangga dengan masakan rendang yang kini menjadi antara makanan paling lazat di dunia.


"Masakan khas Sumatera Barat ini selalu menjadi menu favorit (kegemaran)restoran Padang yang tersebar di Nusantara mahupun di peringkat antarabangsa," kata Muslim. Beliau berkata yakin masakan rendang akan dapat dikembangkan menjadi industri yang boleh meningkatkan ekonomi. "Apalagi bila dikemas dalam berbagai rekaan dan variasi, ia akan meningkatkan daya tarikan sehingga orang akan membeli. "Rendang adalah jenis makanan yang boleh tahan lama dan awet, dibuat tanpa bahan pengawet," katanya. - BERNAMA






.

Penjara sembilan bulan kerana curi petai



Seorang lelaki berdepan penjara sembilan bulan sekiranya gagal membayar denda RM3,000 angkara mencuri buah petai di Kampung Belaoh, Keruak, Hulu Besut 24 Jun lalu. Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat menjatuhi hukuman tersebut selepas lelaki berumur 31 tahun itu mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut setelah pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Besut di sini, semalam. Lelaki dari Kampung Seri Berangan itu ditangkap mencuri 226 papan petai milik penduduk di Kampung Belaoh pada jam 6.30 petang, Ahad lalu.


Dia didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Terdahulu, dia merayu agar mahkamah meringankan hukuman terhadapnya dan hukuman penjara berjalan daripada tarikh dia ditangkap.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!