Friday, June 29, 2012

Khas Untuk Pengguna iPad Dan iPhone



Google, pada hari Khamis membawa pelayar laman web yang menggunakan iPad dan iPhone, peranti popular Apple yang dibina dengan program Safari, menggunakan perisian Chrome untuk melayari internet. "Orang ramai telah meminta untuk menggunakan Chrome pada iPhone," Pengarah Pengurusan Produk Chrome Brian Rakowski berkata sambil menunjukkan program pelayaran internet baru itu yang bakal dimuatkan di App Store dalam talian Apple. "Kami mendapati mengapa perlu berhenti setakat itu, jadi kita akan melancarkan Chrome untuk iPad juga." Safari kekal sebagai aplikasi pelayar dalam peranti keluaran Apple dan menjadi "enjin" untuk Chrome atau aplikasi pelayaran web yang lain bergantung.

"Ia adalah jelas bukan Chrome berkuasa dalam Windows dan Android," Naib Presiden Kanan Chrome Sundar Pichai berkata dalam satu temu bual pada persidangan tahunan pemaju Google di San Francisco. "Saya fikir kita mampu untuk berfungsi dengan baik," katanya lagi. Google mengumumkan Chrome untuk iPad dan iPhone bagi meningkatkan dan membuat penyelarasan perisian untuk pelayar yang menggunakan peranti berkaitan internet yang biasa digunakan dalam gaya hidup moden. Orang ramai boleh mula membuat pelayaran dengan Chrome pada Macbook, telefon pintar, tablet, atau komputer lain, Rakowski menunjukkan demonstrasi pada perhimpunan tahunan syarikat kepada pemaju. "Chrome dibina untuk web yang lebih baik," kata Pichai semasa pembentangan.


"Kami mahu memastikan Chrome dapat bekerja dengan lancar merentasi semua peranti anda," katanya lagi. "Tiada pelayar lain yang melakukan ini." Google pada Khamis juga membuat perkhidmatan simpanan data dalam talian pada iPhone, iPod dan iPad, bersama Microsoft SkyDrive dan lain-lain sebagai persaingan untuk Apple iCloud.






.

Hukuman kepada isteri supaya menderita sepanjang hayat


STOCKHOLM - Seorang profesor ternama dari Sweden, memotong dan menjamah bibir isterinya selepas minta diceraikan sebelum merancang untuk membunuh diri. Tindakan nekad profesor dari Institut Karloinska yang berumur 52 tahun itu adalah sebagai hukuman kepada isterinya supaya menderita sepanjang hayat. Beliau mendakwa, bibir isterinya dipotong dengan pisau bedah dan memakannya secara spontan. "Pada mulanya saya hanya memotong separuh, namun selepas itu saya nekad memotong kesemuanya supaya ia tidak boleh disambung semula," katanya ketika soal siasat.

Akibat tindakan kejam itu, beliau didakwa atas tuduhan cuba membunuh oleh pihak polis, namun tuduhan itu diringankan kepada serangan keterlaluan oleh mahkamah tempatan.






.

Bertuahnya si kecil ini



WAH! Bertuah sungguh Blue Ivy Carter. Bukan sahaja ibu bapanya bintang terkenal malah dirinya sendiri kini menjadi perhatian ramai. Bayangkan baru berusia lima bulan, anak pasangan Beyonce dan Jay-Z itu sudahpun menerima penghargaan apabila dipilih menjadi warganegara kehormat Hvar di Kepulauan Crotia, lokasi ibu bapanya bercuti musim panas lalu. Segalanya bermula apabila Beyonce memuat naik video percutiannya di kepulauan yang juga menjadi inspirasi untuk nama bayinya yang unik itu Mac lalu di dalam blognya. "Kami bangun pagi ini, ambil angin dan melintasi pepohon biru yang sangat cantik," kata Beyonce yang ketika itu mengandungkan Blue Ivy dalam video tersebut.



Pelancongan di Pulau Hvar dilaporkan meningkat sejak video itu dimuat naik malah kepulauan itu dinamakan sebagai lima destinasi percutian terbaik Lonely Planet bagi 2012. Major Pjerino Bebic dalam suratnya kepada keluarga tersebut menulis: "Cerita tentang asal usul nama anak anda telah menarik perhatian ramai dan menjadi promosi kepada bandar dan Pulau Hvar. Oleh kerana itu, saya memberikan status warganegara kehormat kepadanya."





.

Beza kentang McD dan KFC apabila disimpan selama 3 tahun


Beredarnya spekulasi bahawa makanan siap saji terkenal McDonald's dianggap susah terurai dalam tubuh membuatkan rasa ingin tahu salah seorang yang tidak disebutkan namanya menguji 2 makanan tersebut pada tahun 2008 iaitu masing-masing disimpan di sebuah balang yang ditutup rapat dan tidak dibuka hingga 3 tahun dan baru-baru ini 2 balang tersebut dibuka dan hasilnya seperti dilihat pada gambar.

Disatu sisi hasil dari penemuan ini disimpulkan oleh sebahagian orang bahawa makanan dari McDonald mengandungi bahan pengawet hingga masih utuh dibandingkan kentang dari KFC, namun dilain pihak justru ada yang mengatakan hal ini boleh terjadi kerana pengolahan makanan di McDonalds dianggap lebih bersih sehingga nyaris tidak memungkinkan intervensi bakteria mikroba berkembang dan memicu pembusukkan.







.

Alat pemeriksaan HIV sendiri



Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan alat untuk mengesan jangkitan virus HIV yang boleh didapati secara percuma di farmasi bagi memudahkan rakyatnya menjalani ujian tersebut. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) semalam menyatakan, projek awal bernilai AS$1.2 juta (RM3.72 juta) itu akan menawarkan ujian HIV di farmasi di 24 buah bandar dan kawasan pedalaman. Wakil CDC, Kevin Fenton berkata, alat diberi nama OraQuick ADVANCE Rapid HIV-1/2 Antibody Test itu kini boleh didapati secara percuma di tujuh farmasi dan pihaknya akan memilih 17 lagi lokasi bersesuaian.


"Alat itu perlu dikesatkan ke bahagian dalam mulut dan keputusan awal akan diketahui dalam tempoh 20 minit,'' katanya. Beliau berkata, alat yang menyerupai kit ujian kehamilan itu mampu memberikan keputusan 99 peratus tepat. "Jika ujian positif, individu berkenaan akan dirujuk ke jabatan kesihatan tempatan atau dihantar ke makmal ujian untuk ujian lanjut. "Mereka juga akan diberikan kaunseling dan rawatan susulan.'' katanya.



Fenton berkata, pihaknya berharap alat ujian itu akan membantu menjadikan pemeriksaan HIV sebagai satu perkara biasa seperti memeriksa tekanan darah tanpa menimbulkan sebarang stigma buruk kepada mereka yang menjalani ujian tersebut. - AGENSI







.

Sayur bukan hanya untuk dimakan...tapi juga...


Alat muzik yang menghasilkan irama merdu biasanya berasal dari gitar, piano, biola, dan sebagainya. Ternyata menghasilkan muzik yang bagus tidak harus dari alat khusus. Cukup menggunakan aneka jenis sayuran, seperti yang dilakukan oleh lelaki yang berasal dari Jepun yang memuat turun video rakaman bermuzik menggunakan sayuran di Youtube, dengan nama akaun Heita3. Lelaki ini memperagakan aksinya memainkan alat muzik dari sayuran.. Sayur yang digunakan Heita3 untuk bermain muzik sangatlah biasa digunakan dalam kehidupan harian. Seperti lobak, brokoli, bawang bombay, kobis, kangkung, dan sebagainya. Tidak hanya dengan cara ditiup, Heita3 juga menggunakan udara dari hidungnya saat bermain alat muzik sayuran.


Berbagai muzik dari lagu klasik terkenal dimainkan oleh Heita3. Sebut saja lagu Amazing Grace dan Angels We Have Heard On High, Mary Had A Little Lamb, dan sebagainya. Aksi uniknya ini sangat memukau dan begitu menakjubkan. Bakat yang dimiliki Heita3 merupakan hal baru dalam dunia muzik. Dia merupakan seniman berbakat yang membuktikan permainan nada indah dengan alat muzik yang tidak lumrah digunakan oleh orang kebanyakan.





.

Masalah tidur rakyat Malaysia kritikal



Kementerian Kesihatan menyifatkan masalah kesukaran tidur di kalangan rakyat di negara ini berada pada tahap kritikal. Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, meskipun kerajaan tidak mempunyai statistik tepat mengenai masalah itu namun pihaknya yakin ia berada pada tahap kritikal berdasarkan rekod pesakit ke hospital bagi mendapatkan rawatan berhubung masalah tersebut. Sehubungan itu tambahnya, kerajaan komited mengatur perancangan membantu orang ramai yang mengalami masalah tersebut dalam memastikan kualiti kehidupan rakyat dapat ditingkatkan. Pada masa sama, beliau turut menyarankan orang ramai mengambil serius berhubung jumlah waktu tidur yang diperlukan agar mereka sentiasa berada dalam keadaan bertenaga dan segar.


“Tidur kurang dari lima jam adalah sesuatu yang tidak baik untuk kesihatan kerana ia bukan sahaja mengundang penyakit malah mengurangkan produktiviti serta kebolehan mengingat dan memproses maklumat. “Begitu juga tidur secara berlebihan. Jadi, orang ramai perlu mengetahui purata jumlah waktu tidur yang sebenar iaitu antara enam hingga lapan jam sehari," katanya. - UTUSAN




 P/S - Gambar sekadar hiasan




.

Tidak Perlu Perbesarkan Isu Rendang




* kesinambungan dari berita sebelumnya [GO]

Seorang pakar kulinari terkemuka Indonesia berkata tidak perlu memperbesar-besarkan isu masakan rendang. William Wongso berkata oleh yang demikian tidak perlu untuk mendaftarkan rendang untuk dipatenkan walaupun masakan itu berasal dari Sumatera Barat. Beliau berkata rakyat Indonesia tidak sepatutnya bimbang yang hak milik warisan makanan itu akan dituntut oleh negara-negara lain, terutamanya Malaysia. "Makanan itu tidak perlu dipatenkan.

Biar mereka tuntutnya kerana yang jelas penduduk daripada kumpulan etnik Minangkabau dari Sumatera Barat juga telah berhijrah dan menetap di sana," kata Wongso seperti dipetik oleh akhbar berbahasa Inggeris, Jakarta Post, Khamis. Wongso berkata demikian ketika ditemui di Padang, Sumatera Barat, di mana beliau menjadi hakim pada Festival Memasak Rendang Sumatera Barat selama dua hari yang berakhir, Khamis. Pakar kulinari itu memberikan contoh makanan Jepun 'sushi' dan 'sashimi', dan makanan Korea 'galbi', yang tidak pernah dipatenkan. "Jepun dan Korea tidak pernah mendaftarkan makanan itu untuk dipatenkan. Mereka sebaliknya berasa gembira jika makanan mereka dinikmati di semua tempat," katanya.


"Perkara yang paling penting ialah menyebarkan cara yang betul menyediakan rendang di luar Sumatera Barat kerana rasa rendang yang dihidangkan di banyak restoran di luar Indonesia kurang enak, dengan ada yang rasanya berlainan," katanya. Beliau memberikan contoh rendang di Belanda yang rasanya sekan-akan 'semur' (makanan Jawa), yang agak manis. Katanya, rendang di Malaysia juga berbeza dengan di Sumatera Barat kerana ia dipengaruhi oleh makanan India yang banyak menggunakan rempah-ratus India, menggunakan bukan sahaja daging lembu atau kerbau tetapi juga ayam. - BERNAMA






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!