Wednesday, July 11, 2012

Pereka gaun pengantin terkenal dunia bercerai dengan suami yang dikahwininya selama hampir 23 tahun



Vera Wang, pereka gaun pengantin popular didunia, sinonim dengan rekaan romantik, telah bercerai dengan suaminya, Arthur Becker, selepas hampir 23 tahun dalam perkahwinan. Presiden syarikat Vera Wang, Mario Grauso, berkata dalam satu kenyataan, Vera Wang dan Arthur Becker telah bersama dan secara baik bersetuju untuk berpisah. Mereka kekal sebagai ibu bapa dan tetap akan menumpukan perhatian dan jagaan kepada kedua-dua anak perempuan mereka. ' Perpisahan mereka berlaku hanya dua minggu sebelum ulang tahun perkahwinan mereka ke 23 tahun.

Pereka gaun perkahwinan  itu kini berusia 63 tahun, berusia 39 tahun apabila dia berkahwin dengan Athur Becker, seorang eksekutif komputer yang telah terlibat dengan jenama Vera Wang selama ini.






.

Jangan sangka kat asia takde pirana



Seorang lelaki mengalami kesan luka serius pada tangannya selepas diserang seekor ikan pirana semasa dia sedang memandikan anjingnya di tepi sungai, Sungai Liujiang, China, menurut laporan, semalam. Zhang Kaibo, 31, sempat menangkap ikan itu dan membawanya pulang ke rumah tanpa menyedari ia adalah spesies akuatik pemakan daging yang lazimnya terdapat di sungai Amerika Selatan. Pihak berkuasa mengesyaki kewujudan ikan pirana tersebut mungkin akibat kegiatan penyeludupan spesies eksotik yang diharamkan untuk dijadikan haiwan peliharaan di negara itu.







.

Owh... Suami Irma Hasmie dah pernah berkahwin??




Owh, terkejut lulu mendengar khabar ini.. Adakah benar bagai dikhabarkan, suami Irma Hasmie pernah berkahwin sebelum ini? Gambar diatas tersebar dan memang mengejutkan ramai orang.. Menurut Murai.com.my,

Menerusi informasi yang dipetik dari sebuah blog butik pengantin, Redza yang segak orangnya pernah melangsungkan majlis persandingan bersama wanita yang bernama Farah Diana di sebuah rumah di Lembah Jaya Selatan, Ampang . Selain informasi tersebut, terkandung juga gambar persiapan persandingan bersertakan gambar pelamin. 

Kalau diikutkan, kalaulah benar berita ini, apalah nak dikecohkan.. Bukannya ada kekurangan pun sama ada seseorang itu sudah berkahwin ataupun belum..yang penting, sekarang pasangan suami isteri ini bahagia.. Semoga berita sebegini tidak akan dapat merosakkan hubungan mereka..




P/S - Sumber dari murai.com.my





.

Unik! Kek cawan dengan bekas bersalut emas


Kek cawan yang diberi nama The Golden Pheonix mungkin menjadi kek cawan paling mahal di dunia apabila dijual pada harga 645 pound (RM3,225). Kek cawan tersebut yang dijual di kedai kek Bloomsbury's di sini diperbuat daripada cokelat terbaik dari Itali dan bekasnya disalut dengan emas 23 karat. Walaupun disalut dengan emas, bekas kek cawan tersebut masih boleh dimakan kerana diperbuat daripada bahan semula jadi. Selain menggunakan cokelat bermutu tinggi, kek cawan itu juga menggunakan tepung dan mentega organik.

Pengasas Bloomsbury's, Shafeena Yusuf Ali mengumumkan penjualan kek cawan mewah tersebut pada awal bulan lalu. Katanya, dia menghabiskan masa selama beberapa minggu untuk mencipta resepi dan hiasan terbaik bagi menghasilkan kek cawan mewah itu. Di sebalik idea uniknya, Shafeena turut berdepan kritikan orang ramai mengenai kek cawannya. "Ada antara mereka yang mengutuk hiasan dan rupa bentuk kek cawan saya.

"Mereka menyifatkan kek cawan saya sebagai hodoh dan tidak berguna," katanya. Sebelum ini, Bloomsbury's pernah menghasilkan beberapa kek cawan mewah, namun ia tidak boleh dimakan kerana dihiasi dengan berlian. - AGENSI





.

Kajian: Bayi Bersama Anjing Kurang Mengalami Jangkitan Telinga



Kebarangkalian bayi yang menghabiskan masa dengan anjing peliharaan akan mengalami jangkitan telinga dan masalah pernafasan lebih rendah berbanding daripada mereka di mana rumahnya tidak mempunyai haiwan, kata satu kajian yang dikeluarkan pada Isnin. Kajian itu, yang diterbitkan dalam Jurnal Amerika Syarikat (AS) bagi Pediatrik, tidak mengatakan sebabnya tetapi mencadangkan bahawa dikelilingi seekor anjing sekurang-kurangnya dalam sesuatu tempoh sehari di luar dapat membantu meningkatkan sistem imun kanak-kanak bagi tahun pertamanya dilahirkan.

Kucing, juga dilihat membantu memberi “perlindungan” kepada bayi walaupun berdasarkan pemerhatian, kesannya lebih lemah berbanding dengan anjing. Kajian itu berdasarkan seramai 397 kanak-kanak di Finland di mana ibu bapa mereka membuat catatan diarai pada setiap minggu merekodkan tahap kesihatan anak meeka pada tahun pertama kelahiran, dari minggu kesembilan sehingga usianya mencapai 52 minggu.


Secara keseluruhan, bayi di rumah bersama kucing atau anjing mempunyai kebarangkalian 30 peratus lebih rendah mempunyai tanda-tanda jangkitan masalah pernafasan termasuk batuk, bunyi nafas yang berdehit, hidung berair atau tersumbat, dan kira-kira separuh menghadapi jangkitan telinga. - AFP





.

Dalam Kapal terbang : Selama 10 jam duduk disebelah mayat



Karakter orang yang duduk di sebelah anda di pesawat boleh mempengaruhi mood sepanjang perjalanan. Jika terbabit dengan perbualan yang membosankan, mata akan semakin berat dan tubuh yang lelah menuntut rehat. Namun, apa yang dialami perempuan dari Sweden, Lena Petterson ketika menaiki pesawat Kenya Airways jelas menakutkan. Dia terpaksa duduk di sebelah mayat selama penerbangan panjang 10 jam dari Amsterdam, Belanda menyeberangi samudera ke Tanzania, di benua Afrika . Ketika itu Petterson tak dapat berbuat apa pun. Awalnya penuliss Sveriges Radio itu duduk di sebelah seorang lelaki bertubuh tinggi besar yang masih bernyawa. Rakannya sedar ada yang tak kena dengan lelaki yang dianggarkan berusia 30 tahun itu.

Setelah pesawat melepasi landasan dari lapangan terbang Schiphol, Amsterdam, kecurigaan itu terbukti. "Lelaki itu banyak berpeluh dan berkali-kali kejang," kata Pettersson. Tidak lama kemudian, kru pesawat meminta bantuan pada penumpang yang mempunyai pengalaman perubatan untuk memberi pertolongan pada lelaki yang sakit itu. Namun tindakan perubatan yang diberikan tak berhasil. Meskipun sudah dibantu dengan oleh salah seorang penumpang, lelaki itu tetap tidak dapat di tolong. Kru pesawat segera memindahkan orang-orang yang duduk di sebelah mayat, namun sayangnya Pettersson dan kawannya kurang beruntung. Tak ada lagi tempat di pesawat untuk mereka. Kru kabin yang bingung kemudian membaringkan mayat di tiga kerusi yang telah kosong, sambil menutupnya dengan selimut.

Malang bagi Pettersson, tiga kerusi itu ternyata tak cukup untuk lelaki tinggi itu. Kaki mayat menjulur hingga lorong pesawat, hanya beberapa inci darinya. "Saya jelas terganggu. Tapi saya bukan orang yang cerewet tentang hal ini," katanya. Sekembalinya dari percutian, Pettersson yang masih terbayang-bayang dengan peristiwa itu lalu menulis surat berisi keluhan pada Kenya Airways. Dia menuntut ganti rugi. Beberapa bulan kemudian, pihak kapal terbang bertindak balas. Selain permintaan maaf, dia menerima ganti rugi wang sebesar separuh harga tiketnya sekitar US$700. "Saya puas. Saya rasa ini sudah cukup," kata Pettersson.







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!