Friday, July 27, 2012

Panas : Bila penembak Malaysia yang hamil dipersendakan diluar negara, rakyat malaysia ada untuk mempertahankannya..


Seorang penembak Malaysia, Nur Suryani Mohamed Taibi mengambil tempat dengan senapang di Sukan Olimpik London. Nampaknya semangat juangnya tinggi dan dia tidak akan peduli akan bisikan orang disekeliling diatas keadaannya. Dia yang berusia 29 tahun dari Perak - terletak 125 batu ke utara Kuala Lumpur Malaysia - dijangka bakal melahirkan anak pertama pada 2 September, kurang daripada satu bulan selepas akhir perlawanannya. Kandungannya adalah kira-kira 34 minggu apabila dia menembak pusingan dalam acara raifal 10m. Dan dengan perut yang besar itu, dia pasti akan menjadi yang paling mudah dilihat diantara 390 penembak lain yang mengambil bahagian dalam pertandingan di Berek Artileri Diraja di Woolwich. Dia tidak akan menjadi atlet pertama yang hamil untuk bersaing di Sukan Olimpik, tetapi tidak dalam sejarah, tidak pernah olimpik mempunyai pesaing yang begitu hampir dengan tarikh bersalin sepertinya.



* Itu adalah kenyataan sebuah akhbar luar negara, yang lulu translate. Apa yang menarik perhatian, bukanlah kenyataan akhbar ini sebenarnya. Sebagai rakyat Malaysia, lulu sendiri maklum dengan semangat juang yang menakjubkan yang ditunjuk oleh penembak kita ini. Namun sebenarnya, di bawah kenyataan akhbar online ini ada beberapa komen yang sangat menyentuh perasaan.. Disebalik beberapa komen 'pedas dan berbaur perkauman' dari beberapa pembaca, terselit juga beberapa komen dari rakyat Malaysia yang mempertahan pejuang negara kita ini.. Malaysia Boleh.. *terharu.. kepala tunduk, tangan kat dada..










.

Oh Bulan! kena saman


Bekas isteri penyanyi popular Hattan menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan Oh Bulan! kerana menyiarkan artikel fitnah mengenainya. Noorfarashikin Othman, 32, seorang peniaga, menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lepas melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communications Sdn Bhd sebagai defendan. Noorfarashikin bercerai dengan Hattan atau nama sebenarnya Datuk Mohd Shukri Sahabuddin selepas dua bulan berkahwin. - BERNAMA







.

Awas kesan buruk merokok sebaik berbuka


Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan. Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya. Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.

Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas. Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan.


Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku. Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol. Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas. -Agensi






.

Wanita Jepun Hilang Gelaran


Wanita Jepun hilang gelaran mereka sebagai yang paling lama hidup di dunia pada tahun 2011 untuk pertama kali sejak lebih 25 tahun, selepas bencana gempa bumi dan tsunami telah mengurangkan jangka haya wanita negara itu sebanyak lima tahun. Jepun sangat terkenal dengan jangka hayat mereka yang lama, dipengaruhi oleh diet kesihatan secara tradisional dan gaya hidup aktif. Bagaimanapun, kementerian kesihatan berkata, kematian daripada bencana berganda di negara itu merupakan faktor utama yang mengurangkan jangka hayat bagi perempuan tempatan yang baru diliharkan daripada 86.3 tahun pada 2010 kepada 85.9 tahun.

Wanita Jepun sebelum mendapat gelaran sebagai jangka hayat paling lama di dunia setiap tahun sejak 1985 tetapi perangkaan teralhor telah meletakkan mereka jatuh pada kedudukan kedua selepas Hong Kong, di mana wanitanya boleh mencapai jangka hayat sehingga 86.7, kata kementerian itu. Ia berkata, wanita Sepanyol berada pada kedudukan ketiga dengan jangka hayat 84.9 tahun diikuti dengan Perancis iaitu 84.8 tahun. “Kami tidak boleh mengatakan jangka hayat Wanita Jepun akan terus menurun dalam tempoh yang lama kerana Gempa Bumi Terbesar di timur Jepun dilihat sebagai faktor yang berlaku sekali,” katanya.


Jangka hayat lelaki Jepun turut menurun kepada 79.4 tahun, meletakkan golongan itu pada tangga kelapan di dunia. - AFP






.

Kononnya ada kuasa hikmat


Sebatang balak yang ditemui tertanam dalam tanah baru-baru ini menjadi perhatian ramai kerana dipercayai memiliki hikmat menyembuhkan penyakit serta meramal loteri, lapor media baru-baru ini. Setakat ini kira-kira 5,000 orang datang ke kampung Prey Yeang, Pursat, untuk melihat kayu balak sepanjang 13 meter itu. Ia ditemui awal bulan ini apabila sebuah keluarga menggali perigi di situ. Ketua kampung itu, Hun Nov, berkata orang ramai yakin kayu balak itu memiliki kuasa ajaib. “Ramai pelawat datang membawa pengeras seperti kepala babi dan ayam rebus apabila sesetengah penduduk memenangi loteri selepas menyentuh kayu berkenaan,” katanya.

Hun Nov berkata, pihak berkuasa tiada hak menghalang orang ramai datang ke situ. Dianggarkan beratus-ratus pengunjung datang ke situ untuk mencuba nasib dan sesetengahnya menyapu bedak ke kayu berkenaan dengan harapan dapat mengesan sebarang nombor di situ. - AFP





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!