Thursday, August 2, 2012

Pakaian Terbaik dari pandangan Vanity Fair


Kerabat diraja Britain mengungguli senarai pakaian terbaik antarabangsa Vanity Fair pada tahun ini menerusi Duchess of Cambridge, Kate Middleton dan adik iparnya, Putera Harry. Keputusan Middleton yang menolak perkhidmatan pereka fesyen terkemuka seperti Alexander McQueen dan memilih sendiri pakaiannya di Topshop membolehkan beliau terpilih dalam senarai tersebut. Ia merupakan kali ketiga Middleton terpilih dalam senarai itu dan beliau akan muncul di salah sebuah muka depan majalah keluaran September ini.

Putera Harry turut tersenarai bagi kategori pakaian terbaik tahun ini. Senarai itu turut memperlihatkan beberapa nama atlet pada Sukan Olimpik tahun ini. Perenang England, Tom Brady melakukan penampilan pertama begitu juga pemain New York Giants, Victor Cruz. Jay-Z turut tersenarai buat kali pertama di samping penyanyi Alicia Keys.


Pelakon Diane Kruger dan Richard E.Grant melakukan penampilan kedua. Colin Firth dan isterinya, Livia pula terpilih bagi kategori Pakaian Terbaik Berpasangan.






.

Olimpik : Pemain badminton ini bersara selepas disingkirkan


Pemain badminton wanita China, Yu Yang yang disingkirkan menyertai Olimpik kerana mengatur perlawanan mengumumkan persaraannya daripada sukan itu dan menyifatkan impiannya musnah. “Ia adalah kali terakhir saya bertanding. Selamat tinggal Persekutuan Badminton Dunia, selamat tinggal sukan badminton yang saya sayangi,” katanya ketika mengumumkan keputusan itu menerusi mikroblog, Weibo di sini, sebentar tadi. - AFP








.

Cinta yang aneh..adakah benar cinta itu memang buta?


Beberapa orang di dunia memiliki kegemaran yang cukup aneh. Setelah sebelumnya ada lelaki yang gemar memakan kerusi bas, maka seorang guru yang berasal dari Arkansas ini punya kebiasaan yang lebih aneh lagi. Dave Collins, seorag guru piano dari Little Rock, Arkansas, jatuh cinta kepada belon. Kerana cintanya, Collins menganggap benda yang terbuat dari getah dan berisi udara itu sebagai anaknya."Aku percaya kalau belon-belon ini adalah anak-anakku. Mereka adalah sebahagian dari diriku," katanya ketika tampil dalam acara 'Taboo' di saluran National Geographic. Collins sangat menyintai belon-belon yang ada di rumahnya sehingga dia tidak segan memeluk dan mencium belon tersebut seperti manusia.

Tidak hanya itu, Collins bahkan gemar tidur dengan menyisipkan balon diatara pakaiannya. ' "Aku merasa sangat dekat dan hangat, dan hatiku sepertinya mampu menjangkau isi dari belon yang cantik dan menawan ini," lanjutnya. "Aku hidup tenang, apa adanya, sama seperti aku memperlakukan belon-belon itu," katanya berdiplomasi. Menurut khabar yang dipetik oleh Huffington Post, mengutip dari National Geographic, Dave Collins hinga saat ini telah memiliki 65 ribu buah belon yang disimpan di dalam rumahnya.







.

Apa cerita anak Nia Ramadhani yang kini berusia 2 bulan


Pelakon sinetron jelita Indonesia, Nia Ramadhani mengakui teruja selepas bergelar ibu. Dia yang sebelum ini terkenal dalam drama bersiri Bawang Putih Bawang Merah mengakui, sanggup bangun pada waktu malam bagi menukar lampin permata hatinya, Mikhaila Zalindra Bakrie. "Menggantikan lampin memang tugas isteri, jadi saya lakukan sendiri, kasihan pada suami kalau dia berjaga untuk menukar lampin anak," ujarnya di pejabat hiburan di Tanabang, Jakarta Pusat yang dipetik Kapanlagi.com. Pelakon jelita itu juga bangga menceritakan perkembangan terkini mengenai si kecilnya yang berusia dua bulan. "Usianya baru dua bulan tapi dia sudah pandai mengangkat kepala.


"Alhamdulillah, senang melihatnya apalagi melihat ketika dia tidur, bahagia rasanya,'' ujarnya. Nia berkahwin dengan Abu Rizal Bakrie pada 1 April 2010 dalam majlis gilang-gemilang di Hotel Mulia di Jakarta Selatan. Pernikahan itu bukan sahaja menjadi Wedding of The Year di Indonesia, tetapi juga mencatat sejarah apabila Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono sendiri menjadi saksi dalam pernikahan tersebut. - AGENSI






.

Nasi sepinggan RM18.50? Cekik darah!


Seorang pemandu bas pekerja industri terkejut apabila dikenakan bayaran RM18.50 bagi sebungkus nasi yang dibelinya dari restoran nasi kandar di sini. Mohamad Yusri Hanafiah, 32, berkata, dia hanya membeli nasi bersama ayam goreng, dua kacang bendi dan dua ekor sotong berukuran kirakira tiga sentimeter. Menurutnya, dia yang tidak berpuas hati dengan harga dikenakan telah meminta pekerja di restoran itu mengira nasi bungkus serta lauk yang dibelinya beberapa kali. “Nak buat macam mana. Saya nak bersahur terpaksa juga membayarnya.


Saya kemudian mengadu kepada seorang rakan yang menjual nasi di pasar Ramadan dan dia beritahu penjual nasi restoran sedemikian tidak menjalankan perniagaan mereka waktu siang dan ini mengakibatkan pemilik premis mengalami kerugian. "Untuk memastikan mereka dapat semula modal telah dikeluarkan, pemaju restoran akan naikkan harga makanan mereka berlipat kali ganda terutama waktu sahur,” katanya. Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim berkata, pihak berkenaan seharusnya membuat pemantauan permasalahan itu dan ia harus ditangani segera. Menurutnya, pengusaha restoran tidak seharusnya menaikkan harga makanan dengan sewenangnya semata-mata untuk kepentingan dan keuntungan mereka.


"Penguna yang terlibat seharusnya boleh membuat aduan kepada persatuan pengguna untuk memastikan mereka tidak ditipu. “Apabila restoran mengenakan harga yang terlampau, pengguna harus bersikap terbuka dan meminta resit pembayaran. Mereka kemudian boleh pergi ke mana-mana balai polis untuk membuat laporan dan menyerahkan laporan dibuat kepada persatuan pengguna," katanya. Menurutnya, dengan cara itu pihak persatuan boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap pemilik premis terlibat.-SH





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!