Sunday, August 5, 2012

Berang mercun dibalut ayat al-Quran



Acheh : Beberapa penduduk di sini terkejut besar apabila menemui cebisan pembalut mercun diperbuat daripada kertas yang tertulis ayat-ayat suci al-Quran. Penemuan yang turut dilaporkan berlaku di Matang Kuli dan Nibong itu, sekali gus mendatangkan kemarahan penduduk yang menyifatkan perbuatan menggunakan kertas yang mengandungi ayat kitab suci tersebut sebagai satu penghinaan terhadap umat Islam. Kes itu dilaporkan berlaku di Panton Labu apabila seorang peniaga, Nurdin, 34, menemui kertas mercun yang dipenuhi tulisan Arab pada minggu lalu ketika sedang berniaga di kedainya.

"Saya terjumpa cebisan mercun di depan kedai saya dan setelah diteliti, saya dapati tulisan Arab tersebut merupakan ayat al-Quran. "Saya menemui beberapa cebisan lain dan bertindak melaporkan perkara ini kepada Majlis Permesyuaratan Ulama (MPU) Tanah Jambo Aye untuk tindakan lanjut," katanya.

Ketua MPU, Tgk Ramli Syam berkata, cebisan yang ditemui oleh Nurdin itu disahkan merupakan helaian daripada al-Quran. "Perbuatan ini merupakan satu penghinaan terhadap umat Islam dan disengajakan. Mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini perlu ditangkap dengan segera," katanya. - AGENSI





.

Bunuh anak kerana dia terlalu kebaratan


Seorang juri mendapati ibu bapa warga Pakistan kepada seorang remaja perempuan bersalah kerana membunuh. Sabitan itu selepas kakak kepada budak perempuan berkenaan tidak memihak ibu bapanya dengan memberitahu juri bahawa ibu dan bapanya telah menyebabkan Shafilea yang berusia 17 tahun mati lemas dalam beg plastik kerana terlalu kebaratan. Iftikhar, 52, dan Farzana Ahmed, 49, berhadapan dengan hukuman penjara minimum 25 tahun kerana membunuh anak perempuan mereka pada tahun 2003.

Mahkamah Chester Crown di utara England mendapati Iftikhar dan Farzana Ahmed membunuh dan membuang mayat.anak perempuan mereka pada 2003. Kakak Shafile, Alesha memberitahu juri bahawa ibu bapanya telah menolak Shafilea dan kemudian dia mendengar ibunya berkata, “selesaikan di sini sahaja.” Pihak berkuasa British menyiasat beribu-ribu kes kahwin paksa pada tahun lepas.

Sebahagian kes berakhir dengan pembunuhan di mana ahli keluarga percaya anak perempuan mereka membawa malu kepada keluarga – kerana menolak perkahwinan, atau sebahagian lain disebabkan oleh kerana terlalu kebaratan. Menurut pendakwa raya, Andrew Edis, Shafilea hanya berusia 10 tahun apabila dia mula memberontak terhadap peraturan ketat oleh ibu bapanya. - AP






.

Pameran penghormatan buat Whitney Houston


Satu pameran penghormatan kepada penyanyi legenda Whitney Houston, bakal diadakan di sini pada 15 Ogos ini, enam bulan selepas kematiannya. Pameran yang dinamakan 'Whitney!' dan dianjurkan oleh kaum keluarga penyanyi itu akan berlangsung di Muzium Grammy, di pusat bandar Los Angeles. Menurut satu kenyataan muzium berkenaan, pameran itu akan memberikan pandangan menyeluruh mengenai aspek kehidupan kreatif penyanyi tersohor tersebut. Antara barangan yang akan dipamerkan ialah gambar dan rakaman video pemenang Grammy itu yang jarang dilihat, kostum pentas, album dan juga buku skrap sejak awal pembabitannya dalam kerjaya sebagai penyanyi.


Turut dipamerkan adalah poster-poster konsert miliknya serta memorabilia daripada peminat. Muzium Grammy juga meminta penyanyi dan juga ahli muzik yang pernah bekerjasama dengan penyanyi itu untuk berkongsi pandangan mereka tentang Houston, yang akan dipaparkan menerusi sebuah filem pendek sepanjang pameran itu berlangsung. Pameran tersebut akan diadakan sehingga Februari 2013. Houston ditemui mati pada 11 Februari lalu di dalam tab mandi di sebuah hotel mewah Beverly Hills, sehari sebelum anugerah tahunan Grammy diadakan. - AFP








.

Kanak-kanak maut dirawat bomoh


Empat kanak-kanak daripada keluarga yang sama ditemui mati di Haiti semalam selepas dirawat oleh seorang bomoh yang mendakwa mampu merawat penyakit misteri kesemua mangsa. Pegawai kerajaan pekan Marbial, Wilfrid Brisson berkata, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang kanak lelaki yang berusia antara 15 bulan hingga tujuh tahun, dirawat dengan kaedah yang salah oleh bomoh terbabit.


"Bomoh tersebut dan abangnya memukul keempat-empat kanak-kanak tersebut berulang kali dengan tujuan menghalau makhluk halus yang dipercayai telah merasuk kesemua mangsa," katanya. - AFP






.

Ada helikopter perang terkecil


Sebuah helikopter sebesar tapak tangan dan seberat 198 gram bakal menjadi senjata terbaru yang akan digunakan oleh tentera Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Amerika Syarikat untuk menentang militan Taliban. Ketua-ketua tentera percaya, drone perisikan berharga 20,000 pound (RM97,249) itu yang dikenali sebagai SQ-4 Recon dan merupakan kenderaan udara tanpa juruterbang terkecil di dunia, akan dapat menyelamatkan nyawa tentera AS sekutunya di Afghanistan. SQ-4 Recon sebenarnya pesawat versi kecil Little Nellie, autogiro yang diterbangkan oleh James Bond dalam filem You Only Live Twice.

Helikopter atau 'nanodrone' itu memiliki dua kamera yang membolehkan tentera melihat keadaan di sebalik bukit atau di dalam kubu musuh tanpa risiko terbunuh atau cedera. Ia boleh dikendalikan menggunakan alat kawalan jauh oleh tentera yang duduk di sebuah bilik kawalan yang terletak beribu-ribu batu jauhnya atau oleh tentera peronda dengan menggunakan komputer tablet tujuh inci. Dengan ukuran sembilan inci diameter, helikopter itu boleh terbang dan berada di udara selama 30 minit dan enjinnya boleh dimatikan dan bertenggek seperti burung di tingkap bangunan tanpa disedari ssiapa sambil merakam sebarang aktiviti selama lebih lapan jam.


Kameranya pula boleh menghantar imej secara langsung atau mengambil gambar atau video yang boleh merakam pada waktu malam dan siang. Ini bermakna tentera boleh menjalankan misi tinjauan tanpa menghadapi sebarang risiko diserbu atau terkena jerangkap samar. SQ-4 direka oleh BCB International and Middlesex University's Autonomous Systems Laboratory yang beribu pejabat di Cardiff, Britain dan sedang diuji oleh tentera AS. Pengarah urusan BCB International, Andrew Howell berkata, teknologi terbaru itu menawarkan kaedah pertempuran moden dan keupayaan melakukan intipan tanpa membahayakan diri. -utusan







.

Manusia bersayap. Fakta ataupun mitos?


Beberapa waktu yang lalu dunia maya Guangzhou (China) di gemparkan dengan beredarnya foto manusia bersayap yang di temukan di daerah tersebut. Menurut berita yang beredar saat di temukan manusia bersayap itu sudah dalam keadaan tidak bernyawa. Cerita tentang foto tersebut menimbulkan berbagai macam spekulasi tentang apa sebenarnya susuk misteri yang di gambarkan sebagai perempuan tua dengan pakaian serba putih dengan sayap yang sudah tidak ada bulunya lagi. Anggapan paling banyak adalah bahawa manusia bersayap tersebut adalah malaikat yang jatuh dari langit.


Oleh kerana cerita itu heboh diperkatakan, menyebabkan dua orang mahasiswa menyelidik kebenaran foto itu. Dari pengamatan yang mereka lakukan, muncul sebuah kesimpulan bahawa Foto ini di buat dengan tehnik manipulasi yang sangat bagus. Kesalahan dalam foto ini adalah sayap perempuan tua yang di sebut-sebut sebagai malaikat yang jatuh dari langit ternyata hanyalah "SAYAP AYAM".







.

Sepasang kekasih lemas terhidu asap


Sepasang kekasih ditemui mati dipercayai lemas akibat terhidu asap tilam yang dibakar mereka dalam sebuah bilik di Pangsapuri Bayu Puteri, Petaling Jaya, dekat sini petang ini. Kedua-dua mayat berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemui rakan mangsa yang ke rumah pasangan itu selepas gagal menghubungi mereka kira-kira pukul 3 petang. Rakan pasangan itu terpaksa menendang pintu bilik yang mempunyai kesan terbakar dan kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan terdapat longgokan tilam yang dibakar berhampiran mereka.



Namun tiada kesan terbakar ditemui di badan mereka. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Beliau berkata, mayat pasangan itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. - BERNAMA






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!