Tuesday, August 7, 2012

Serius : Kanak-kanak tercekik chip diselamatkan pekerja McDonald


Ini adalah saat bagaikan mimpi buruk pada ibu bapa. Ibu bapa, Tevita dan Glory duduk dengan anak berusia satu tahun di McDonald, yang tiba-tiba mulai tersedak pada sebuah chip. Anak itu berhenti bernafas, sehingga si ibu risau dan si ayah bergegas ke kaunter cuba mendapatkan bantuan. Gambar menunjukkan beberapa anggota staf dan pelanggan berkumpul di situ berusaha membantu. Nevaeh, kanak-kanak itu baring di kaunter sambil orang menggosok punggungnya penuh semangat untuk cuba dan mengeluarkan chip. Ibunya dilihat menangis ketika usaha menyelamatkan anak kecilnya. Dalam gambar lain, seorang mendekatkan telinganya kepada kanak-kanak itu untuk melihat apakah dia masih bernafas.


Pengurus restoran, James Hatcher mengatakan kepada Channel Nine, A Current Affair Show bahawa ketika dia mula cuba untuk mengeluarkan chip, Navaeh sudah membiru. Dia menceritakan bagaimana ibunya bingung dan berteriak: 'Selamatkan bayi saya, dia tersedak, dia tidak bernafas." Staf 911 memberikan pertolongan melalui telefon kepada beberapa anggota staf McDonald. Seorang pelanggan pada bahagian drive-thru juga meninggalkan keretanya untuk membantu. Pelanggan, Naomi Donovan berkata: "Pada saat aku mengambilnya, dia lemas, benar-benar lemas, menjadi biru dia tidak bernafas. "Dia ada di tangan saya, saya menatap orang tuanya yang berteriak dan menangis."

Anak itu akhirnya mula bernafas. Staf hospital mengatakan dia menderita kejang yang telah menyebabkan dia tersedak. Insiden yang terjadi bulan lalu, menyebabkan staf McDonald menerima penghargaan.



P/S - Chip tu macam potato chips..





.

Awas : Premis tiada sijil halal tawar bufet Ramadan


Umat Islam dinasihatkan membuat laporan segera kepada pihak berkuasa terutama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sekiranya terdapat pengusaha hotel dan restoran yang tidak mempunyai sijil halal tetapi menyalahgunakan istilah bufet Ramadan. Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd. Yusoff berkata, pihaknya amat mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai tindakan tidak bertanggungjawab itu. Katanya, 'Ops Bufet Ramadan' dalam 40 serbuan `Ops Bufet Ramadan’ di sekitar Lembah Klang mendapati tiga premis tidak mempunyai sijil halal dan dua premis lagi diragui kesahihan sijil halal. - UTUSAN




P/S - Gambar sekadar hiasan..




.

Aidil Zafuan : 'Tidak berdosa kalau tak main bola sepak tapi utamakan mana yang lebih penting'


Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini mempersoalkan sikap pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abdul Radzak yang sentiasa gagal menghadirkan diri ke mahkamah bagi sebutan kes permohonan plaintif berhubung tuntutan nusyuz (perintah kembali taat) terhadap isterinya pelakon Rita Rudaini. Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad berkata, Aidil tidak sepatutnya terlalu mementingkan bola sepak dan memintanya membuat pertimbangan tentang perkara yang lebih penting dalam hidupnya iaitu rumah tangga dan anak-anak. "Tidak berdosa kalau tak main bola sepak tetapi soal yang dibincangkan dalam mahkamah ini adalah berkaitan dengan hidup dan mati. "Perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat seperti mainan.

Plaintif (Aidil) perlu buat pengorbanan dan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kes ini," katanya. Sebelum itu, peguam plaintif iaitu Noor Hazlina Che Hasan memberitahu mahkamah anak guamnya tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah atas alasan sedang menjalani latihan bola sepak di Austria selama dua minggu. Noor Hazlina secara lisan memaklumkan kepada makhamah Aidil telah berlepas ke negara tersebut pada 4 Ogos lalu dan hanya akan kembali ke tanah air sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti. Dalam pada itu, peguam defendan (Rita) iaitu Datuk Mohd Zaidi Md. Zain memohon kepada mahkamah supaya pihak plaintif mengemukakan surat bertulis sekiranya gagal untuk hadir ke mahkamah pada masa hadapan dan bukannya dibuat secara lisan. Mohd Zaidi juga memberitahu mahkamah pihaknya dan peguam plaintif ada berbincang secara tidak formal mengenai cadangan Wan Mahyuddin supaya pasangan itu menyelesaikan masalah mereka secara baik.


Bagaimanapun kata Mohd Zaidi perbincangan itu tidak dihadiri pasangan itu. "Perbincangan hanya dibuat secara lisan dan tidak formal melibatkan peguam masing-masing tanpa kehadiran anak guam kami," ujarnya. Noor Hazlina pula memberitahu mahkamah, dia ada berbincang dengan Aidil namun tiada sebarang keputusan formal dibuat. "Pihak kami akan mengemukakan jawapan secara bertulis kepada mahkamah sekiranya terdapat sebarang keputusan dan pihak kami perlu menunggu plaintif pulang dari luar negara terlebih dahulu," ujarnya. Sementara itu, peguam plaintif telah menfailkan affidavit jawapan terhadap bantahan awal yang dikemukan oleh pihak defendan berhubung tuntuntan kembali taat yang dibuat oleh Aidil dan diserahkan kepada peguam defendan. Mahkamah mengarahkan jawapan itu dibalas oleh pihak defendan untuk dikemukakan pada sebutan kes akan datang. Kes disambung pada 3 Oktober depan. -Mstar






.

Pelik : Dari usia 46 tahun, rupanya bertukar..zasss.. menjadi muda secara semulajadi



Jung Da Yeon adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak dari Korea Selatan yang pernah memiliki berat badan seberat 70 kg. Suatu hari dia membuat keputusan untuk mengubah hidupnya. Dia melakukan diet ketat dan rajin olahraga senam aerobik. Hanya dalam 3 bulan, dia berhasil membuang berat badannya sebanyak 20 kg. Hal inilah yang membuatnya popular di Korea dengan sebutan momjjang ajumma atau seorang ibu dengan penampilan yang berubah drastik kerana perubahan fiziknya yang ekstrem dan membuatkannya kelihatan jauh lebih muda dari umurnya sekarang (46 tahun).


Kerana kejayaannya itu, dia diundang wawancara oleh stesen tv Jepun, NHK setelah dia memicu “momjjang syndrome” di seluruh Korea. Dan oleh kerana pencapaiannya ini, sekarang dia sudah menjadi instruktur fitness dan aerobik paling terkenal di Asia dan rajin menerbitkan buku dan video aerobik serta fitnessnya. Benar-benar luar biasa, dan siapa sangka dia sebenarnya berusia 46 tahun?



Biodata:
Jung Da Yeon , lahir 27 November 1966, tinggi 162 cm/50 Kg








.

Penerbangan ini ditangguhkan atas sebab yang mengejutkan


Kalau di Malaysia penerbangan delay terutama pada air asia adalah hal biasa. Ada saja penerbangan yang pasti ditangguhkan. Ditangguhkan dengan perlbagai alasan, dan umumnya, alasan itu adalah kerana masalah teknik. Namun kejadian di Amerika baru-baru ini memang tidak pernah berlaku. Penerbangan sebuah kapal terbang ditangguhkan gara-gara sayap-sayap pesawatnya diserbu oleh ribuan koloni lebah. Pada gambar dilihat lebah-lebah tersebut tertarik dengan bau avtur (bahan bakar pesawat jet) yang jalur bahan bakarnya ada di bahagian sayap-mesin jet. Juga dibahagian lainnya. Nampaknya penerbangan ini akan lama tertangguh berikutan kerja-kerja pembersihan akan dilakukan walaupun sukar.








.

Olimpik : Cabaran atlet islam, sukan dan berpuasa


Cabaran hebat atlet dunia di olimpik London yang diadakan bersamaan dengan datangnya bulan suci Ramadan menimbulkan dilema baru bagi atlet-atlet Muslim yang turut bertanding. Mereka harus memilih, apakah mereka harus berpuasa atau tidak? Dilema ini ditambah kerana pelaksanaan Olimpik di London bertepatan dengan musim panas dimana orang biasanya bercuti. Kerana London bukan kota dengan majoriti Muslim, maka lingkungan atlet pun tidak menyokong dalam pelaksanaan puasa. Sementara ada sekitar 3500 atlet Muslim yang turut bertanding dalam Olimpik 2012 kali ini. Methkal Abu Drais, atlet pelari marathon dari Jordan mengatakan bahawa situasi yang dia hadapi sekarang sangat sukar. Dimana dia harus memilih antara momen pertandingan yang paling dia nantikan seumur hidup atau berpuasa.


Akhirnya Abu memilih untuk tidak berpuasa dengan alasan dia perlukan banyak tenaga untuk bertanding. Beberapa Negara Muslim memberikan pilihan bagi atletnya untuk tidak berpuasa dan menggantinya di lain waktu selama pelaksanaan olimpik. Namun berbeza dengan pasukan bola sepak Morocco, mereka bersama berjanji untuk tetap berpuasa selama Ramadan meskipun pelatih mereka, Pim Verbeek menyarankan untuk tidak melakukannya. Mereka menilai bahawa puasa adalah kewajiban mereka sebagai umat Muslim dan mereka percaya bahawa pertolongan Tuhan akan datang pada hari pertandingan.





.

Olimpik : Rahsia perenang Michael Phelps menang besar di kolam renang



Raja renang Olimpik, Michael Phelps mengakui mempunyai sifat berbeza dalam memburu pingat emas iaitu perangainya yang suka membuang air kecil di dalam kolam renang. Juara renang yang akan bersara selepas kejayaannya di Olimpik London itu memberitahu Wall Street Journal bahawa perenang profesional selalunya tidak mencari bilik air sebaliknya membuang air kecil di dalam kolam. “Saya fikir semua orang membuang air kecil di dalam kolam," katanya dalam satu temubual video.

“Ia sesuatu yang bersifat normal kepada perenang. Anda tahu apabila kami di dalam air untuk selama dua jam, kami biasanya tidak keluar dan anda tahu di mana untuk melepaskannya. "Kami akan lakukannya ketika berhampiran dinding kolam. Klorin akan bertindak dan ia bukannya sesuatu yang buruk," katanya. - AFP







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!