Monday, August 13, 2012

Lapangan terbang disambar petir


Sebanyak 25 penerbangan terpaksa ditangguhkan apabila Lapangan Terbang Songshan di sini, ditutup buat selama dua jam selepas landasan penerbangannya disambar petir. Menurut pegawai Pentadbiran Awam Aeronautik semalam, kejadian yang berlaku tengah hari kelmarin menyebabkan lubang sepanjang 70 sentimeter dan lebar 50 sentimter terbentuk di landasan lapangan terbang terbabit. "Perkara itu turut menyebabkan 3,500 penumpang terjejas," katanya. - AFP







.

Lelaki ini dipenjara kerana hina isteri rasulullah


Mahkamah Bahrain semalam menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun terhadap seorang lelaki puak Syiah selepas didapati bersalah menghina isteri Rasulullah SAW, Aisyah di Internet. Lelaki berusia 19 tahun itu dilaporkan menggambarkan keperibadian Aisyah dengan kata-kata berbentuk penghinaan dan memalukan. Aisyah merupakan tokoh dihormati di kalangan puak Sunnah.Sebelum ini seorang lelaki Kuwait telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun Jun lalu kerana menghina Nabi Muhammad, isteri dan juga sahabat baginda. - AFP/REUTERS








.

Lihat kadar denyutan nadi menggunakan produk apple


Senaman aerobik adalah cara terbaik untuk mendapatkan tubuh badan yang menarik atau mengekalkan bentuk badan yang langsing. Senaman aerobik juga meningkatkan kadar degupan jantung, tetapi apa yang penting adalah memastikan denyutan nadi kekal pada tahap yang betul dan anda tidak melakukannya secara berlebihan. Sehubungan itu, satu aplikasi telah dicipta oleh graduan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) untuk membantu melihat kadar denyutan nadi dengan hanya menggunakan iPhone atau iPod.

Berbanding daripada menggunakan pita pengimbas yang besar, aplikasi Cardiio yang boleh dimuat turut oleh iPhone, menggunakan kamera bagi mengimbas muka seseorang itu dan menentukan kadar denyutan nadinya. Kaedah ini terbukti kerana ketika kadar denyutan jantung meningkat, lebih banyak darah akan dipam ke muka dan menyebabkan pantulan cahaya di bahagian muka menurun. Aplikasi Cardiio turut mampu mengesan pelbagai pantulan dan menggunakannya untuk menentukan tahap denyutan nadi dalam tempoh tiga degupan setiap minit, menurut penciptanya, pasangan suami isteri Ming-Zer dan Yukkee Poh.


Aplikasi ini dijual pada harga AS$4.99 (RM15.55) dan ulasan pengguna di iTunes Store mengenainya setakat ini kebanyakannya positif dengan ramai yang memuji ketepatannya serta mudah digunakan. - AGENSI






.

Wujudnya hari penyiksaan pada haiwan ini


Di bahagian Basque, Sepanyol, tepatnya di sebuah desa nelayan yang bernama Lekeitio diadakan sebuah festival yang dilaksanakan setiap tahun. Festival ini disebut Antzar Eguna atau Geese's Day. Festival ini dirayakan dalam rangka festival San Antolin. Mengapa dikatakan "kejam" kerana para peserta acara ini (tentulah lelaki yang berani) harus bergayut pada sebuah tali dengan hanya berpegangan pada kepala seekor angsa. Para peserta akan meluncur bergayut pada kepala angsa diatas air laut.


Peserta yang paling lama bergayut pada angsa adalah pemenangnya. Angsa tersebut memang sudah mati saat digunakan, namun kalau festival ini tidak mendapat tentangan, boleh jadi mereka akan menggunakan angsa hidup.







.

Bandar eksklusif untuk wanita


Arab Saudi merancang membina sebuah bandar baru yang eksklusif untuk wanita bagi membolehkan kaum itu bekerja dengan selamat. Pembinaan bandar Hafuf oleh Pihak Berkuasa Hartanah Industri Arab Saudi itu, kini berada di peringkat pembangunan dan pembinaan dijangka bermula pada tahun depan. Ia diharap dapat membenarkan wanita bekerja tanpa melanggar undang-undang syariah negara ini. Bandar di timur negara ini dijangka menarik pelaburan sebanyak 500 juta riyal (RM415.4 juta) dan mewujudkan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan dalam sektor tekstil, farmasi dan industri pembuatan makanan.

Ia akan mewujudkan syarikat-syarikat yang diuruskan wanita dan semua kakitangan juga akan terdiri daripada kaum tersebut. Walaupun undang-undang syariah tidak menghalang wanita bekerja, data menunjukkan hanya 15 peratus wanita mewakili golongan pekerja di negara ini. Pelan itu sejajar dengan usaha kerajaan untuk membolehkan wanita memainkan peranan lebih aktif dalam pembangunan negara.

Timbalan Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Hartanah Industri Arab Saudi, Saleh al-Rasheed berkata, bandar industri sedia ada telah mempunyai kilang milik wanita dan syarikat yang menggajikan wanita. Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya kini berusaha untuk membina bandar industri kedua untuk wanita. ''Kami merancang untuk mewujudkan sejumlah industri khas hanya untuk wanita di bahagian-bahagian tertentu di negara ini,'' katanya. - AGENSI






.

Incredible Hulk wujud di dunia nyata


Enrique Dos Santos, 31 tahun yang tinggal di sao paulo, Brazil telah mengikuti *race event dan berlagak dengan mengubah dirinya menjadi hulk. Mengubah dirinya menjadi manusia hijau, tetapi setelah pulang ke rumah, kejadian yang tidak disangka-sangka menantinya.Walaupun di bantu untuk menghilangkan warna hijau itu, tetap tidak hilang dari badannya. Katanya, tahun lalu dia juga turut serta dengan tema yang sama, namun kebetulan tahun ini cat yang biasa dia gunakan telah habis, dan dia terpaksa menggunakan cat yang lain. Malang buatnya, cat yang dipakainya itu adalah cat industri yang sukar dihilangkan.

Setelah mencuba pelbagai cara, warna itu hilang sedikit, namun masih jelas berwarna hijau. Setelah 2 hari dan mencuba 20 kali melunturkan cat itu, dia masih gagal menghilangkannya. Kerana tidak ada pilihan, dia membiarkan warna itu meliputi badannya. Dan kini, nampaknya dia dikenali sebagai Incredible Hulk didunia nyata..





.

Tiang konkrit jatuh atas jalan raya


Sebatang tiang konkrit seberat 40 tan yang dibawa lori terjatuh di atas jalan secara mendadak di Jalan Tun Razak, berdekatan bulatan Kampung Pandan di sini awal pagi ini. Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi ketika lori berkenaan dalam perjalanan dari arah pusat bandar menghala ke selatan. Menurut Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor, tiang konkrit yang dibawa lori itu secara tiba-tiba terjatuh ke laluan bertentangan. Berikutan kejadian itu, jalan tersebut terpaksa ditutup bagi memudahkan kerja-kerja mengalihkan tiang konkrit tersebut dan lalu lintas bergerak perlahan. -utusan









.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!