Tuesday, August 21, 2012

Selamat menyambut hari raya aidilfitri, tulus ikhlas dari saya



Salam pembaca!!
Dah tinggal beberapa jam saja lagi, rendang, kari, ketupat, lemang dan coca cola akan menjadi lemak tepu semula dalam badan.. hehe, takdelah... Hanya tinggal beberapa jam saja lagi, hari kemenangan, hari raya aidilfitri akan disambut oleh seluruh umat islam didunia. Alhamdulillah hari gembira itu tiba juga akhirnya. Sedih terasa sebab ramadan semakin hampir meninggalkan kita. Dan semoga kita diberi kesempatan dipertemukan lagi dalam ramadan ditahun hadapan.

Sejak beberapa minggu, kat FB dah heboh pasal kad raya. Teringat dan terimbas diwaktu zaman kad raya dulu. Pelbagai saiz dan design bagi memeriahkan lagi hari raya itu sendiri. Bagaimana persiapan raya korang? Bajuraya? Biskut raya? duit raya? Walaubagaimanapun persiapan kita semua, semoga kegembiraan itu bersederhana. Semoga selamat pergi dan balik ke kampung.

Bagi yang tak dapat cuti, jangan risau eh.. Marilah bersama Lulu-Pages dihari raya, kerana blog ini tetap update walaupun sedang dalam cuti raya. Seperti biasalah kan.. Jangan bersedih, hari raya itu sebenarnya tetap akan meriah walau dimana jua pun kita berada.

Dengan hati yang tulus ikhlas, lulu memohon maaf seandainya selama perkenalan kita, kata-kata, perlakuan mahupun entri dalam blog ini ada membuat korang terasa.. Mohon maaf yer.. ^__^

Peritnya hari raya ni. Terutama bila hari raya keenam nanti, arwah ayah saya genap 100 hari meninggalkan dunia ni. Masih terkenang tangan kasarnya menyambut salam anak-anak. Dan tangan itulah yang sering menepuk lembut belakang dan bahu lulu.. Semoga Allah melindungimu...  Al-fatihah... :(








.

Spesies burung baru ditemui


Sekumpulan saintis dan pemerhati burung menemui 10 spesies baharu burung hantu di Filipina dengan menggunakan peralatan canggih, kata beberapa pegawai pemuliharaan kelmarin. Menurut Pengarah Lapangan Program Pemuliharaan Kepelbagaianbio Filipina, Lisa Paguntalan, kebanyakan spesies baharu itu kemungkinan terancam kerana ia hanya ditemui di Kepulauan Cebu dan Pulau Camiguin serta di kawasan hutan yang kecil. "Bunyi burung itu yang berbeza menyebabkan ia berlainan dengan spesies lain," katanya. Penyelidikan itu mengambil masa selama 10 tahun tetapi keputusan penemuan itu hanya diumumkan kelmarin.


Kajian tersebut melibatkan sekumpulan pemerhati burung dari Universiti Negeri Michigan, Amerika Syarikat dan pakar-pakar burung. Dua spesies baharu itu ialah burung hantu Cebu dan burung hantu Camiguin. Kedua-dua haiwan itu berukuran kira-kira 20 hingga 30.5 sentimeter. - AFP

Coca cola untuk diminum bukan untuk..


Waktu masih kecil kita suka sangat bermain air, bermain-main di kolam renang ataupun bermain air di tepi pantai sehingga seharian tanpa memperdulikan kulit kita yang terbakar dek kerana panasnya matahari. Bahkan mungkin ramai diantara kita yang bermimpi suatu hari nanti akan memiliki rumah yang ada kolam renangnya. Namun, aneh.. entah apa yang difikirkan oleh artis dari England bernama Mike Bouchet ini. Dia menginginkan mempunyai kolam renang, tapi airnya bukan air chlorine (kaporit) melainkan seluruhnya air Coca Cola!


Menyenangkan atau tidak, kita tidak boleh membayangkannya. Namun pastinya, dengan berenang di kolam yang seluruhnya berisi minuman ringan berkarbonat ini tentu saja akan membuat semua bahagian tubuh kita terasa melekat. Namun, lelaki ini membuat ideanya menjadi kenyataan pada 4 julai yang lalu, di Twentynine Palms, California, dengan 100000 liter Coca Cola didalam sebuah kolam renang.. Idea yang sungguh menarik!.. Sambil mandi boleh minum, tapi kena pastikan tidak ada orang yang kencing dalam kolam itu..huhu..






.

Ada jarum peniti dalam wafer coklat


Enam batang jarum peniti hampir mencederakan seorang lelaki yang asyik menikmati wafer berperisa coklat yang baru dibelinya di sebuah pasar raya di Telok Kemang, baru-baru ini. Saipol Bahar Mahat, 41, berkata, dia terasa seperti ada objek keras ketika mengunyah wafer berperisa coklat berkenaan. “Saya baru kunyah dua kali dan terasa ada benda tajam, lalu saya keluarkan benda tersebut itu. "Alangkah terkejutnya melihat sebatang jarum peniti dan kunyahan seterusnya, saya masih merasai ada lagi objek yang sama," katanya. Menurutnya, apabila diluahkan, dia mendapati ada enam batang jarum peniti kesemuanya. "Saya membeli wafer coklat itu di sebuah pasar raya," katanya.


Saipol berkata, dia segera menghubungi isterinya memaklumkan kejadian itu. "Saya minta isteri buang semua wafer di dalam peti sejuk kerana khuatir anak saya yang berusia 4 tahun turut memakannya. "Saya telah membuat laporan polis dan aduan kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) cawangan Port Dickson," katanya.




P/S - Gambar sekadar hiasan.




.

Anak minta dibacakan yasin, tanda dia akan pergi..


Seorang kanak-kanak maut setelah dilanggar pacuan empat roda ketika melintas jalan di Kampung Bukit Lata, di sini, petang semalam. Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Muhammad Dini Harith Nahiran,6, dikatakan sedang menyeberangi jalan untuk pulang ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, sebuah pacuan empat roda dari arah Pasir Mas ke Rantau Panjang melanggar mangsa. Berikutan kejadian, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian pinggang dan bahagian belakang sebelah kiri. “Mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk dapatkan rawatan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Kenderaan pacuan empat roda yang melanggar mangsa ditahan untuk siasatan,” katanya.

Haliluddin berkata,, kenderaan pacuan empat roda yang melanggar mangsa dipercayai dipandu warga negara Thailand. Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sementara itu, bapa mangsa, Nahiran Mat Amin,35, berkata, mangsa anak kedua daripada tiga beradik yang semuanya lelaki merengek minta dibelikan 'walkman' pada malam kejadian. Menurutnya, dia memaklumkan kepada mangsa tidak dapat membelikannya lagi ketika itu dan berjanji untuk memenuhi permintaan mangsa pada hari kejadian. “ Arwah turut berkali-kali meminta saya bacakan surah Yasin untuknya. Saya sempat bacakan Yasin untuk arwah walaupun ketika itu kami dalam perjalanan ke Kota Bharu,” katanya.


Menurutnya, dia tidak tahu tentang kejadian sehingga dimaklumkan keluarganya kerana ketika itu dia sedang tidur. “Saya tidak tahu macam mana kejadian boleh berlaku, sebelum kejadian dia (arwah) meminta izin keluar dengan bapa saudaranya untuk ke sungai,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Pasir Mas. Nahiran berkata, hari-hari terakhirnya arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan agak terkejut dengan kejadian menimpa anaknya lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang meraikan Aidilfitri. Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gual Periok.-SH






.

Barack Obama ucap salam aidilfitri


Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meneruskan tradisi mengucapkan salam Aidilfitri kepada umat Islam. "Saya dan Michelle memanjangkan salam (Aidilfitri) kepada umat Islam di Amerika Syarikat dan juga di seluruh dunia yang menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Obama dalam kenyataan dikeluarkan oleh White House. Di Amerika Syarikat, menurut laporan AFP, Ramadan 30 hari berakhir semalam dan disusuli dengan 1 Syawal hari ini. Obama juga berkata, sambutan perayaan di AS mencerminkan keadaan sebenar bahawa "kepercayaan komuniti termasuk masyarakat beragama Islam memperkayakan kehidupan kebangsaan, memperkukuh demokrasi dan mempertahankan kebebasan, termasuk kebebasan beragama."


"Itu sebabnya kami berdiri bersama kesemua kepercayaan, di Amerika Syarikat dan juga seluruh dunia, dalam melindungi dan menggalakkan hak asasi manusia universal," kata beliau yang akan bertanding mempertahankan jawatannya pada pemilihan November ini.






.

Budak perempuan hina agama..?


Seorang anggota polis Pakistan berkata, pihak berkuasa menahan seorang budak perempuan beragama Kristian dan menjalankan siasatan sama ada dia telah mencabuli undang-undang penghinaan agama selepas beratus-ratus penduduk marah menuntut pihak polis mengambil tindakan. Zabi Ullah pada Isnin berkata, budak perempuan itu ditahan pada Khamis selepas beratus-ratus penduduk marah dan membuat laporan mendakwa dia telah membakar kertas-kertas agama di luar rumahnya di Islamabad. Beliau berkata, polis membawa budak perempuan itu ke balai polis, dan dia disiasat oleh pihak berkuasa.


Terdapat beberapa laporan yang berbeza-beza mengenai usia budak perempuan itu. Ullah berkata, dia berusia 16 tahun manakala para pegawai yang lain mengatakan dia berusia 12 atau 11 tahun. Di bawah undang-undang penghinaan agama Pakistan, sesiapa yang didapati bersalah kerana menghina Nabi Muhammad atau kitab Quran akan dikenakan hukuman mati. - AP





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!