Tuesday, August 21, 2012

Selamat menyambut hari raya aidilfitri, tulus ikhlas dari saya



Salam pembaca!!
Dah tinggal beberapa jam saja lagi, rendang, kari, ketupat, lemang dan coca cola akan menjadi lemak tepu semula dalam badan.. hehe, takdelah... Hanya tinggal beberapa jam saja lagi, hari kemenangan, hari raya aidilfitri akan disambut oleh seluruh umat islam didunia. Alhamdulillah hari gembira itu tiba juga akhirnya. Sedih terasa sebab ramadan semakin hampir meninggalkan kita. Dan semoga kita diberi kesempatan dipertemukan lagi dalam ramadan ditahun hadapan.

Sejak beberapa minggu, kat FB dah heboh pasal kad raya. Teringat dan terimbas diwaktu zaman kad raya dulu. Pelbagai saiz dan design bagi memeriahkan lagi hari raya itu sendiri. Bagaimana persiapan raya korang? Bajuraya? Biskut raya? duit raya? Walaubagaimanapun persiapan kita semua, semoga kegembiraan itu bersederhana. Semoga selamat pergi dan balik ke kampung.

Bagi yang tak dapat cuti, jangan risau eh.. Marilah bersama Lulu-Pages dihari raya, kerana blog ini tetap update walaupun sedang dalam cuti raya. Seperti biasalah kan.. Jangan bersedih, hari raya itu sebenarnya tetap akan meriah walau dimana jua pun kita berada.

Dengan hati yang tulus ikhlas, lulu memohon maaf seandainya selama perkenalan kita, kata-kata, perlakuan mahupun entri dalam blog ini ada membuat korang terasa.. Mohon maaf yer.. ^__^

Peritnya hari raya ni. Terutama bila hari raya keenam nanti, arwah ayah saya genap 100 hari meninggalkan dunia ni. Masih terkenang tangan kasarnya menyambut salam anak-anak. Dan tangan itulah yang sering menepuk lembut belakang dan bahu lulu.. Semoga Allah melindungimu...  Al-fatihah... :(








.

5 Penyokong CHELSEA:

Admin on August 17, 2012 at 10:18 AM said...

Kena jaga makan,
risau lemak berkumpul. huhu~
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin. - ahsfantasy24.com

Unknown on August 17, 2012 at 10:50 AM said...

awak tak balik kampung ke? sama la kita.. raya ni tak berapa best.. sama jugak macam sebelum2 ni.. hurm.. banyak2kan sedekah al-fatihah untuk arwah ye.. doa anak2 soleh dan solehah yang membahgiakan dia di alam sana...

Unknown on August 17, 2012 at 11:03 AM said...

SALAM LEBARAN dari kami jgk tuk cik lulu ...

pelesit budiman on August 17, 2012 at 7:45 PM said...

selamat hari raya cik lulu.....
al-fatihah wat allahyarham...

Kancil 8349 on August 17, 2012 at 7:53 PM said...

Salam Aidilfitri daripada Kancil sekeluarga di Tawau...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!