Friday, August 31, 2012

'Rahsia berjabat tangan' cimpanzi


Satu kajian terbaru sekumpulan saintis Jerman mendapati, cimpanzi mempunyai 'rahsia berjabat tangan' yang diwarisi dari generasi ke generasi. Penyelidik dari Institut Max Planck, Edwin van Leeuwen berkata, cimpanzi akan mewarisi tradisi tersebut, termasuk cara berjabat tangan, dari generasi ke generasi seterusnya dan ia berbeza dari satu kumpulan ke kumpulan lain. Katanya, apabila cimpanzi dalam keadaan bersih, haiwan itu akan bersalaman dengan cara yang kemas iaitu dua cimpanzi saling memegang bahu dan kemudian mengangkat tangan ke udara dan membersihkan bulu sesama sendiri.


Kajian sebelum ini mendapati, kelakuan berjabat tangan berkenaan mungkin merupakan fenomena budaya seperti yang dilakukan manusia apabila bertemu satu sama lain. Namun, teknik berjabat tangan cimpanzi itu hanya dilakukan oleh beberapa koloni haiwan tersebut yang tertentu. Kajian yang dijalankan terhadap cimpanzi di Pusat Jagaan Hidupan Liar Chimfunshi di Zambia menunjukkan, beberapa cimpanzi mengamalkan cara berjabat tangan manakala kumpulan lain memegang pergelangan antara satu sama lain. Leeuwen berkata, beliau masih belum mengenal pasti jumlah sebenar cara pertemuan yang digunakan oleh haiwan terbabit. - AGENSI







.

Pelik : Ratusan organ manusia ditemui dalam lokar


Hobi pelik seorang bekas pemeriksa kesihatan menyimpan koleksi organ dalaman manusia seperti otak, jantung dan paru-paru di dalam bekas makanan plastik akhirnya terbongkar, menurut pihak berkuasa di Florida, kelmarin. Polis memaklumkan organ dalaman yang telah diawet dan dipercayai milik kira-kira 100 individu itu ditemui oleh seorang lelaki yang baru membeli lokar tersebut dalam satu sesi lelongan di Pensacola pada minggu lalu.

Pihak berkuasa turut menemui formaldehid, sejenis bahan kimia untuk tujuan pengawetan yang disimpan di dalam cawan minuman. "Kami belum dapat memastikan tujuan utama individu itu menyimpan kesemua organ yang semakin mereput itu dan siasatan masih dijalankan," kata Pengarah Pejabat Pemeriksa Kesihatan, Jeff Martin.








.

Terkini : Anak lelaki Giuliana dan Bill Rancic telah dilahirkan, dengan nama Edward Duke


Giuliana dan Bill Rancic mengumumkan bahawa mereka merasa 'diberkati dan sukar digambarkan dengan kata-kata' setelah menjadi ibu dan bapa untuk pertama kalinya. Pasangan itu menyambut anak mereka, Edward Duke Rancic ke dunia pada Rabu malam, melalui ibu tumpang. Bill tweeted: "Edward Duke Rancic telah lahir ke dunia malam tadi dan saya merasa sangat diberkati melampaui kata-kata ...  'Edward lahir pada 10:12 malam. Bayi lelaki itu dinamakan sempena nama ayah Bill, yang disebut Edward, dan ayah Giuliana, iaitu Eduardo. Akhirnya, setelah melakukan pelbagai usaha, impian mereka untuk menimang anak sendiri tercapai.. Tahniah Giuliana dan Bill!!








.

Penjara 15 tahun kerana memandu secara berbahaya


Mahkamah daerah Jakarta Pusat pada Rabu menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara terhadap seorang wanita kerana memandu dalam keadaan berbahaya sehingga menyebabkan sembilan orang terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya di sini awal tahun ini. Afriyani Susanti, 29, yang pada hari kejadian memandu kereta di bawah pengaruh dadah dan alkohol, didakwa dengan tuduhan membunuh, namun mahkamah dalam keputusannya mendapati tidak ada bukti yang boleh mensabitkannya dengan kesalahan membunuh dengan niat, media tempatan melaporkan.

Sejurus selepas Ketua Majlis Hakim Antonius Widyanto membacakan hukuman itu, seorang anggota keluarga korban kemalangan itu telah menjerit kepada hakim membantah hukuman itu yang disifatkannya terlalu ringan. Bantahan lelaki itu mendapat sokongan beberapa anggota keluarga yang turut kehilangan orang tersayang dalam kemalangan itu, sehingga suasana dalam mahkamah menjadi riuh dan kecoh seketika.


Dalam nahas pada pagi 22 Jan lalu, kereta yang dipandu laju oleh Afriyani merempuh 13 pejalan kaki di sebuah perhentian bas di Jalan Ridwan Rais, berhampiran Tugu Tani, Jakarta Pusat, menyebabkan sembilan daripada mereka terbunuh. Pada sebelah malam sebelum kejadian itu, Afriyani menghabiskan masa di sebuah kelab malam di sebuah hotel di sini bersama beberapa orang rakannya. Salah seorang peguam bela Afriyani berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu, manakala pihak pendakwa raya menyatakan akan mengkaji terlebih dahulu sama ada akan mengemukakan rayuan atau tidak. - Bernama






.

Lelaki berusia 101 tahun langgar 9 orang kanak-kanak


Sembilan orang kanak-kanak cedera empat daripada mereka parah apabila seorang pemandu lelaki berusia 101 tahun merempuh mereka di luar sebuah sekolah di sini, kata beberapa pegawai dan saksi. Seorang jurucakap Jabatan Bomba Los Angeles, Erik Scott berkata, dua lagi orang dewasa turut cedera dalam nahas yang berlaku pada Rabu lalu. Pemandu itu, Preston Carter berkata, dia hilang kawalan manakala brek keretanya gagal berfungsi. "Saya minta maaf," katanya kepada seorang jurukamera stesen televisyen ABC7. - AFP








.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!