Wednesday, September 5, 2012

Aneh: Bayi mati digigit tikus di hospital


Bukannya berbahagia menyambut kelahiran bayi mereka sepasang suami isteri di Chennai, India justru terpaksa menghadapi kenyataan pahit. Bagaimana tidak, pasangan ini mendapati bayi mereka mati akibat hal yang sama sekali tak wajar. Bayi yang lahir secara pramatang itu khabarnya mati di dalam inkubator. Pasangan suami isteri itu pun menuduh bayi mereka mati kerana digigit tikus. Demikian diberitakan NDTV. Akibat insiden ini dua doktor dan tujuh jururawat di hospital itu khabarnya diberhentikan kerana dianggap melakukan kelalaian.

Tidak hanya kedua orang tua bayi malang itu namun warga Chennai pun dilaporkan marah dengan insiden memilukan ini. Bahkan akibat insiden ini Kementerian Negara India terpaksa campur tangan mencari penyelesaian atas masalah tersebut demi memadam kemarahan oraang awam. Khabar lain menyebutkan bayi tersebut telah mati. Namun jasadnya dibiarkan berada semalaman di hospital sebelum diserahkan kepada anggota keluarga keesokan harinya.

Sementara itu, pihak hospital dikhabarkan segera melakukan langkah-langkah cepat untuk mensterilkan kawasan itu dari ular dan tikus yang khabarnya kerap berkeliaran. Untuk melaksanakan langkah ini,  pihak hospital pun melibatkan para pemburu ular.






.

Lelaki ini cipta raket tenis sebesar bas..


Seorang lelaki dari Amerika, Ashrita Furman, baru saja membuat sebuah raket tenis terbesar didunia dengan ukuran sebuah bas. Luar biasa besar, sehingga bila ada yang sanggup menggunakan, si pemukul dipastikan melakukan servis terbesar. Furman saat ini memegang 151 rekod dalam catatan Guinness World Records. Dia berharap raket kayu raksasanya termasuk segera dengan daftar rekod lainnya. Bentuk raket tersebut ialah tiruan seperti raket kayu yang digunakan Billie Jean King pada 1970-an, ketika dia memenangi tenis wanita di kejohanan AS Terbuka yang segera dibuka di New York minggu lepas. Kayu dilapisi di bahagian kepala dipadukan dengan pegangan berwarna coklat dan gagang merah.





.

Kerana cinta tidak direstu, lelaki tembak kekasih


Seorang lelaki yang kecewa apabila kekasihnya mengahwini lelaki lain bertindak menembak wanita tersebut dan empat yang lain di New Delhi sebelum menembak dirinya sendiri. Lelaki berusia 25 tahun itu yang dikenali sebagai Ravi didakwa masih menjalin hubungan sulit dengan kekasihnya walaupun sudah berkahwin sejak setahun yang lalu. Suspek itu kecewa dengan keluarga wanita tersebut yang enggan merestui perkahwinan mereka, kata seorang pegawai polis.

Kebanyakan ibu bapa di India memilih suami atau isteri untuk anak-anak mereka walaupun trend 'perkahwinan atas dasar cinta' semakin meningkat ketika transformasi ekonomi di negara itu. The Times of India berkata Ravi bersenjatakan pistol automatik dan senjata api yang diubah suai.






.

Cubaan Seludup Budak 6 Tahun Gagal


Satu cubaan menyeludup seorang budak lelaki berusia enam tahun di dalam sebuah kotak kertas merentasi sempadan Arab Saudi berjaya dipatahkan pihak berkuasa tempatan. Kotak terbabit ditempatkan bersama beg pakaian dan barangan lain di belakang sebuah kenderaan untuk keluar dari Arab Saudi ke sebuah negara jiran dipercayai Jordan, lapor halaman web Sabq. Bapa terbabit, seorang rakyat asing berkata budak lelaki berkenaan dilahirkan di Arab Saudi oleh ibunya seorang rakyat Indonesia yang tinggal secara haram di negara itu sebelum beliau dihantar pulang.

Ibu bapa budak itu tidak pernah mendapatkan dokumen untuk anak mereka dan bapanya berkata satu-satunya pilihan yang mereka ada untuk membawa bersama anaknya keluar dari Arab Saudi dengan menyeludup keluar menerusi sempadan. Bapa itu ditahan dan siasatan dijalankan terhadapnya. Pembaca di internet melahirkan simpati terhadap budak lelaki itu sambil menyifatkan ia menjadi mangsa kepada kecuaian ibu bapa dan keadaan. Kebanyakan pembaca meminta tindakan kemanusiaan diambil untuk memastikan budak lelaki berkenaan dapat memulakan pendidikan formal apabila tiba masanya. -AP






.

Pesawat berpatah balik sebab penumpang bergaduh


Gara-gara pergaduhan antara dua penumpang, sebuah pesawat yang dalam penerbangan ke Beijing terpaksa berpatah balik. Pesawat Syarikat Penerbangan Swiss itu berpatah balik selepas enam jam berlepas dari Zurich. Jurucakap syarikat, Mehdi Guenin memaklumkan, kedua-dua penumpang yang terlibat dalam insiden kelmarin itu merupakan warga China. Tambah beliau, kedua-duanya diserahkan kepada polis sebaik sahaja pesawat Airbus A340 itu mendarat di Zurich. Keputusan untuk berpatah balik itu dibuat sewaktu pesawat berkenaan berada di ruang udara Moscow, Rusia. - AFP





.

Akhirnya...buat pertama kalinya.. (alhamdulillah)


Buat pertama kalinya, penyampai berita wanita di negara ini muncul di kaca televisyen dengan memakai tudung, semalam selepas kerajaan baru Mesir menarik balik larangan pengharaman yang dilaksanakan sejak beberapa dekad lalu. Larangan tersebut berakhir apabila pembaca berita Fatma Nabil muncul dalam buletin berita stesen rasmi televisyen tengah hari semalam, dengan memakai tudung kepala berwarna krim dipadankan dengan suit hitam.

Pengharaman pemakaian tudung di kalangan pembaca berita wanita dikritik ramai termasuk golongan liberal dan aktivis hak asasi manusia kerana didakwa melanggar kebebasan individu, terutama di negara yang mana lebih separuh daripada wanitanya memakai tudung. Perubahan tersebut merupakan langkah terbaru di bawah pimpinan Presiden Mesir, Mohammed Mursi ke atas media rasmi kerajaan. Beberapa minggu lalu, Dewan Tinggi Parlimen atau Majlis Syura, menukar pengarang media rasmi kerajaan dan hampir 50 lantikan baru terdiri daripada kumpulan yang menyokong Mursi. Sementara itu, Kesatuan Wartawan Mesir menuduh kumpulan Ikhwan Muslimin yang dipimpin Mursi cuba menjadikan media sebagai suara mereka.

Banyak pihak menyatakan kebimbangan mereka terhadap kepimpinan Mursi, yang didakwa akan memberi kelebihan kepada golongan pro-Islam dalam usaha melaksanakan perubahan terhadap birokrasi dan juga menangani krisis kemiskinan dan ekonomi negara. Nabil telah bekerja selama setahun bersama saluran televisyen Ikhwan Muslimin, Misr 25, selepas dia dihalang muncul di televisyen tempatan kerana memakai tudung. Selepas pelantikan Menteri Penerangan baru, Salah Abdel-Maksoud juga daripada Ikhwan Muslimin, Nabil diberi lampu hijau untuk muncul kembali di kaca televisyen. "Memakai tudung adalah keputusan peribadi, ia tidak ada kena mengena dengan standard seorang pembaca berita, semuanya berdasarkan profesionalisme, kemahiran dan juga kebijaksanaan," kata Nabil. - AP






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!