Sunday, September 9, 2012

Langgar kanak-kanak, tapi hukumannya hanya 3 tahun penjara


Beijing—Mahkamah bahagian Nanhai di Kota Foshan, Provinsi Guangdong menghukum Hu Jun selama 3 tahun penjara kerana melanggar Wang Yue, kanak-kanak berusia 2 tahun. Di mahkamah, Hu mengakui telah melanggar mangsa korban. Hakim pun memberikan hukuman ringan kerana Hu menyerahkan diri dan membayar sebahagian perbelanjaan rumah sakit Yueyue. Tapi warga China memprotes keputusan tersebut. Dalam laman jaring sosial, mereka menegaskan hukuman Hu sangat ringan. “Hanya 3 tahun dan 6 bulan untuk kematian?” kata Shui Qiang, Le Wo De dan Chen Tu Fei Yang di laman blog. Sedangkan Feifeng1998 mengutuk kekejian Hu. “Dia mengakhiri hidup Xiao Yueyue sebelum kanak-kanak itu merasakan kehidupan,” tulisnya.

Insiden menggemparkan pada Oktober tahun lalu ini menjadi sorotan dunia kerana Yueyue—nama si mangsa—ditinggalkan di jalan oleh Hu Jun. Tragisnya, sekian ramai orang yang lalu lalang di jalan tidak ada yang bertindak apabila melihat tubuh kanak-kanak kecil itu terbaring di jalan. Malah, sebuah kenderaan lain kembali melanggar Yueyue. Dia terdampar dijalan raya selama 10 minit ketika Chen Xianmei, nenek penyapu jalan melalui kawasan itu. Dialah yang membantu Yueyue. Walaubagaimanapun, keadaan Yueyue serius dan dia kemudian meninggal di rumah sakit setelah koma selama beberapa hari.





.

Seram : Ini hantu betul di Jepun..


Sebuah video yang memperlihatkan susuk hantu begitu nyata, walaupun kebenarannya masih tidak dapat dipastikan. Video yang berdurasi 5 minit 15 saat dan sudah disaksikan 119250 itu, memperlihatkan kegiatan sekumpulan anak muda Jepun sedang mengadakan acara di sebuah restoran, namun acara tersebut berubah menjadi seram setelah seorang teman merasakan sesuatu yang ganjil.

Dia pun menunjukkan tangannya ke arah seorang perempuan berwajah pucat yang sedang duduk sendiri.Pada saat diwawancara, seorang pemuda dalam video tersebut mengatakan kejadian ini tidak dibuat-buat dan merupakan pengalaman peribadi sangat aneh sekaligus menakutkan yang tak mungkin dia lupakan.

Tidak hanya itu, video rakaman yang berdurasi 5 minit lebih ini juga membuat masyarakat di Jepun heboh dan menjadikan video penampakan hantu ini sebagai headline (berita utama) di sana. Kontroversi pun tidak dapat dibendung, ada yang mengatakan tidak mungkin ada penampakan hantu yang terlihat sangat jelas seperti itu.






.

Cacing tanah besar ini menghebohkan China


Cacing tanah raksasa ditemukan di wilayah Binchuan, Provinsi Yunnan, China. Cacing itu dikatakan raksasa sebab panjangnya mencapai setengah meter. Li Zhiwei, seorang pekerja di Bahagian Kehutanan Binchuan, menemukan cacing itu saat mengeringkan buah di halaman rumahnya. "Ini kelihatan seperti ular. Saya melihatnya dengan teliti dan menemukan bahawa haiwan ini sebenarnya cacing tanah raksasa," kata Li seperti diberitakan di CNN. Cacing tanah diketahui boleh tumbuh dengan panjang yang luar biasa sesuai persekitarannya. Namun, biasanya cacing ini mmebesar dari ukuran 1 sentimeter hingga belasan sentimeter saja.

Ada cacing tanah di Afrika yang boleh membesar lebih dari 20 sentimeter, tetapi sangat jarang didapati. Li dan jiran sekitarnya mengatakan bahawa selama ini belum pernah ditemukan cacing tanah sepanjang cacing yang ditemukan itu. Pakar biolog merancang mengkaji cacing ini. Pertumbuhan cacing tanah dipengaruhi oleh faktor makanan dan predator. Jika tumbuh di musim hujan, ukuran cacing boleh lebih besar selagi ada makanan melimpah dan predator yang minimum. Penemuan ini tentu saja aneh bagi Li. Dia merancang memelihara cacing tanah itu di halaman rumahnya.





.

Seram : Wajah mendiang suami muncul di dinding bilik tidur


Apa yang akan anda rasakan ketika melihat wajah orang yang sudah mati, muncul di dinding rumah Anda? Pasti terkejut dan ketakutan. Itulah yang dirasakan Andrea Samuels (41), ketika melihat sesuatu tiba-tiba muncul di dinding bilik tidurnya. Dia semakin terkejut, ketika menyedari ianya adalah wajah suaminya, Brian, yang mati empat tahun yang lalu. Andrea yang ketakutan lantas memutuskan untuk memanggil seorang pastor Katolik bernama Paul Dadson. Pastor itu kemudian berdoa dan memercikkan air suci di rumah Andrea di Carlisle, Cumbria, Inggris. "Ada beberapa jenis gambar di dinding yang muncul dari kejauhan, seperti rupa seorang lelaki," ujar Dadson seperti diberitakan oleh The Sun.






.

Superhero baru yang beragama islam


Syarikat komik DC memperkenalkan satu siri komik Green Lantern terbaru yang menampilkan watak superhero itu sebagai seorang lelaki berketurunan Amerika-Arab Islam. Watak tersebut yang diberi nama Simon Baz diceritakan sebagai seorang pelumba kereta haram berusia awal 20-an yang berasal dari Dearborn, Michigan. Baz terpilih untuk menyertai pasukan polis galaksi selepas dia terjumpa satu cincin sakti yang memberinya kuasa superhero. Penghasilan komik tersebut dilihat sebagai contoh terbaru kepelbagaian cerita superhero masa kini. Kepelbagaian tersebut bermula apabila DC menghasilkan komik Green Lantern dalam versi gay pada Jun lalu, manakala komik Marvel menampilkan watak Spiderman yang berketurunan separuh kulit hitam dan separuh Latin.

"Kebiasaannya, komik akan menampilkan watak lelaki yang kacak dan berkulit putih, namun dunia kita mempunyai pelbagai bangsa, kaum dan agama," kata Pengarah Operasi dan Pemasaran Sosial Komik Midtown, Thor Parker. Kebanyakan peminat buku komik mengenali watak Green Lantern sebagai seorang lelaki berkulit putih bernama Hal Jordan. Watak asal superhero itu diperkenalkan pada 1940 dengan nama karakter Alan Scott dan digantikan dengan nama Jordan pada 1959. - REUTERS





.

'Saya mahu dikenali atas bakat saya sendiri'


 WALAUPUN mengetahui pahit manis berada dalam dunia glamor, anak Raja Pop, Michael Jackson, Paris Jackson tetap meneruskan minatnya dalam bidang lakonan dan dia akan muncul dalam filem Lundon’s Bridge and the Three Keys tahun depan. “Ramai orang suruh saya melupakan hasrat itu,” kata Paris, 14, sebagai respons kepada kenyataan mak ciknya dalam sebuah rancangan televisyen sebelum ini, Janet Jackson, yang juga merupakan seorang penyanyi dan pelakon, yang kedengaran tidak berapa menyokong hasratnya itu kerana bimbang dia bakal kehilangan kehidupan remaja normal seperti remaja-remaja lain di luar sana. Berlainan pula dengan seorang lagi mak ciknya, La Toya yang memberi sokongan penuh ke atas cita-citanya itu.


“Dia sangat percayakan bakat saya, dia juga pernah terdengar saya bermain gitar sambil menyanyi dan kemudiannya bertepuk tangan tanda memberikan sokongan dan perkara ini sekali gus menaikkan semangat saya!” katanya dalam temu bual dengan Glamour. Walaupun begitu, Paris menyatakan bahawa dia tidak mahu diberikan sebarang layanan istimewa atau berlebih-lebihan dalam kerjayanya hanyalah disebabkan dia merupakan anak Raja Pop. “Saya sayangkan ayah dan berbangga menjadi anak perempuannya. Cumanya saya berasakan status sebagai anak perempuannya tidak harus ditimbulkan dalam perjalanan karier seni saya kerana saya mahu dikenali di atas kebolehan serta bakat sendiri," katanya lagi.


“Abang saya sendiri turut memanggil saya seorang yang 'gothic', tetapi saya berasakan minat saya lebih terarah kepada ‘rock and roll’. "Saya juga gemar mendengar lagu-lagu lama AC/DC dan Phil Collins,” katanya. Selain itu, Paris turut berkongsi pengalaman di sekolah di mana dia dan abangnya belajar, Buckley School (sekolah sama pernah dihadiri Kim Kardashian dan Nicole Richie). "Rakan-rakan sekelas, mereka tidak menyukai saya atau kawan-kawan saya disebabkan kami adalah berlainan dan tidak sesekali meniru sesiapa, kami hanya menjadi diri kami sendiri," katanya. Dia menambah: "Kebanyakan mereka turut mempermainkan dan mencemuh saya." "Dan, sesiapa yang pernah berhadapan situasi sama seperti saya ini, saya hanya inign katakan, 'biarkan mereka.

Mereka tidak akan dapat menjatuhkan kamu walaupun mereka merasakan diri mereka sudah cukup popular dan hebat!” katanya. Paris dan abang serta adiknya, Prince, 15, dan Blanket, 10, sebelum ini mengalami kesan ekoran masalah dalaman keluarga membabitkan ahli keluarga terdekat dengan ayahnya. Julai lalu, hakim mengarahkan hak penjagaan ketiga-tiga anak Raja Pop itu dikongsi bersama di antara nenek mereka, Katherine Jackson dan sepupu mereka yang dikhabarkan mempunyai hubungan yang sangat erat dengan ketiga-tiga mereka, T.J Jackson.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!