Sunday, September 9, 2012

'Saya mahu dikenali atas bakat saya sendiri'


 WALAUPUN mengetahui pahit manis berada dalam dunia glamor, anak Raja Pop, Michael Jackson, Paris Jackson tetap meneruskan minatnya dalam bidang lakonan dan dia akan muncul dalam filem Lundon’s Bridge and the Three Keys tahun depan. “Ramai orang suruh saya melupakan hasrat itu,” kata Paris, 14, sebagai respons kepada kenyataan mak ciknya dalam sebuah rancangan televisyen sebelum ini, Janet Jackson, yang juga merupakan seorang penyanyi dan pelakon, yang kedengaran tidak berapa menyokong hasratnya itu kerana bimbang dia bakal kehilangan kehidupan remaja normal seperti remaja-remaja lain di luar sana. Berlainan pula dengan seorang lagi mak ciknya, La Toya yang memberi sokongan penuh ke atas cita-citanya itu.


“Dia sangat percayakan bakat saya, dia juga pernah terdengar saya bermain gitar sambil menyanyi dan kemudiannya bertepuk tangan tanda memberikan sokongan dan perkara ini sekali gus menaikkan semangat saya!” katanya dalam temu bual dengan Glamour. Walaupun begitu, Paris menyatakan bahawa dia tidak mahu diberikan sebarang layanan istimewa atau berlebih-lebihan dalam kerjayanya hanyalah disebabkan dia merupakan anak Raja Pop. “Saya sayangkan ayah dan berbangga menjadi anak perempuannya. Cumanya saya berasakan status sebagai anak perempuannya tidak harus ditimbulkan dalam perjalanan karier seni saya kerana saya mahu dikenali di atas kebolehan serta bakat sendiri," katanya lagi.


“Abang saya sendiri turut memanggil saya seorang yang 'gothic', tetapi saya berasakan minat saya lebih terarah kepada ‘rock and roll’. "Saya juga gemar mendengar lagu-lagu lama AC/DC dan Phil Collins,” katanya. Selain itu, Paris turut berkongsi pengalaman di sekolah di mana dia dan abangnya belajar, Buckley School (sekolah sama pernah dihadiri Kim Kardashian dan Nicole Richie). "Rakan-rakan sekelas, mereka tidak menyukai saya atau kawan-kawan saya disebabkan kami adalah berlainan dan tidak sesekali meniru sesiapa, kami hanya menjadi diri kami sendiri," katanya. Dia menambah: "Kebanyakan mereka turut mempermainkan dan mencemuh saya." "Dan, sesiapa yang pernah berhadapan situasi sama seperti saya ini, saya hanya inign katakan, 'biarkan mereka.

Mereka tidak akan dapat menjatuhkan kamu walaupun mereka merasakan diri mereka sudah cukup popular dan hebat!” katanya. Paris dan abang serta adiknya, Prince, 15, dan Blanket, 10, sebelum ini mengalami kesan ekoran masalah dalaman keluarga membabitkan ahli keluarga terdekat dengan ayahnya. Julai lalu, hakim mengarahkan hak penjagaan ketiga-tiga anak Raja Pop itu dikongsi bersama di antara nenek mereka, Katherine Jackson dan sepupu mereka yang dikhabarkan mempunyai hubungan yang sangat erat dengan ketiga-tiga mereka, T.J Jackson.





.

1 Penyokong CHELSEA:

✿INA AINAA✿ on September 9, 2012 at 11:22 AM said...

cantik betul anak MJ.... memang layak popular la.. love her eyes, blue...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!