Tuesday, September 11, 2012

Sinar dengan lafaz Allah mengejutkan penduduk Ponorogo


Lafaz Allah dari pantulan sinaran matahari mengejutkan penduduk ronowijayan Ponorogo, Jawa. Indonesia. Pantulan itu berasal dari matahari melalui atap yang mengenai air kemudian dipantulkan ke tembok dan membentuk lafaz Allah. Pantulan Lafaz Allah ini muncul setiap pagi jam 8 sampai jam 9. Sebuah tulisan menyerupai lafaz Allah muncul di dinding rumah penduduk. Tulisan itu merupakan hasil dari sinar matahari pagi yang masuk melalui 2 atap kaca. Fenomena aneh ini merupakan kekuasaan Allah SWT. Namun ada juga penduduk yang 'bodoh' yang menyinari air botol mineral dari lafaz Allah tersebut untuk mendapatkan berkat.






.

Hebat! Membuat anatomi tubuh manusia dengan kertas


Ternyata apa bila bidang kedoktoran digabungkan dengan unsur seni boleh menghasilkan sebuah karya yang sangat artistik. Seperti halnya yang di lakukan oleh seorang seniman bernama Lisa Nilsson yang memanfaatkan sejenis kertas yang berasal dari Jepun untuk mencipta sebuah replika tubuh manusia. Dia menggunakan teknik menggulung kertas dengan sebutan “quilling”. Beberapa karyanya tersebut sempat dipamerkan pada musim panas lalu pada sebuah galeri di Massachusetts, Amerika syarikat. Hebat dan sangat kreatif.






.

Pelik dan seram : Mayat jatuh dari langit!


Seorang lelaki berketurunan Afrika Utara yang dipercayai cuba untuk memasuki Britain secara haram dengan bersembunyi di dalam petak tayar pesawat telah ditemui mati selepas jatuh dari ketinggian 2,000 kaki. Pihak berkuasa suspek, mayat mangsa terjatuh ketika petak pesawat dibuka sebaik sahaja ia menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow di sini. Mayat itu telah ditemui terdampar di kawasan pejalan kaki di sebuah petempatan pinggir bandar ini di kawasan perumahan Mortlake, Barat Daya London.

Akhbar The Sun, UK memetik seorang pekerja supermarket Jamie Notley, 19, sebagai berkata: “Saya sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kerja apabila saya terdengar satu dentuman yang kuat." “Apabila saya tiba di tempat kejadian, saya menyaksikan sesuatu yang sangat menakutkan," ujarnya. Billy Watson, 26, yang tinggal bertentangan dengan tempat kejadian berkata: “Saya terdengar jeritan 'jangan keluar rumah' kerana orang ramai khuatir satu pembunuhan telah berlaku. Hanya beberapa jam kemudian barulah pihak polis tiba untuk siasat apa yang berlaku."

Ruang udara kawasan perumahan berkenaan hanya terletak 10 batu dari Heathrow merupakan kawasan laluan utama pesawat. Pihak berkuasa percaya mangsa telah terlebih dahulu meninggal dunia kerana tidak ada manusia yang mampu bertahan duduk dalam kesejukan -40 darjah Celsius iaitu suhu di bawah paras beku ketika pesawat mencapai ketinggian tertentu.





.

Pelik : Dari lahir tak pernah makan


Daniel Harrison, kanak-kanak empat tahun ini belum pernah merasakan nikmatnya makanan dan minuman sejak lahir. Seluruh keperluan nutrisinya masuk ke tubuh melalui tabung berselang yang terpasang di perutnya. Seperti dipetik dari Daily Mail, penderitaan kanak-kanak itu bermula ketika acid reflux menyerangnya saat masih bayi. Acid reflux adalah gangguan pola makan akibat produksi asam gastrik berlebih. Ini biasanya dimulakan dengan muntah setiap kali makan, disertai rasa sakit tak tertahan di area dada atas dan tenggorokan. Juga rasanya seperti terbakar.Sejak penyakit itu menyerang, Daniel selalu mengalami ketakutan luar biasa saat dihadapkan pada makanan dan minuman.

Gangguan autisme juga menambah trauma kerana memori tentang rasa sakit ketika bayi terus melekat. Orang tuanya, Kevin dan Catherine, sudah mencari pelbagai cara untuk menyembuhkan penyakit yang diderita Daniel. Berbagai cara perubatan sudah dilakukan, namun tak membuahkan hasil. Pada 2009, Daniel bahkan harus berjuang melawan virus H5N1 yang menyerang paru-parunya.

Kini, Kevin berusaha menyimpan duit untuk membawa Daniel berubat ke University Hospital, Graz, Austria. Dia dengar ada pesakit seperti Daniel sembuh di sana. "Saya cuma bermimpi Daniel boleh hidup normal seperti kanak-kanak seusianya, menyuap makanan dan minum di meja," kata Kevin.






.

Doktor palsu periksa beribu pesakit? Bahaya tu


Sebuah hospital di Jepun kini membuat pemeriksaan kelayakan terhadap semua doktornya selepas seorang lelaki dipercayai tidak mempunyai lesen perubatan telah memeriksa lebih 2,300 pesakit. Lelaki itu mengendalikan temuramah perubatan, membuat pemeriksaan elektrokardiogram dan menjelaskan keputusan itu kepada pesakit antara 2010 dan 2011 di Hospital Besar Takashimadaira Chuo di Tokyo, lapor media mingguan. Yomiuri Shimbun dan media lain melaporkan, hospital itu memperoleh lelaki itu menerusi sebuah agensi pekerjaan dan dia disyaki terlibat dalam merawat 2,363 orang.

Penyiar TBS berkata, lelaki itu didakwa tidak berkelayakan selepas ianya dibongkarkan apabila sekolah peperiksaan perubatan di mana dia mengajar menghubungi pihak hospital. Pihak hospital memohon maaf atas insiden yang berlaku dan meminta semua yang dilihat menemui lelaki itu, yang dilaporkan dalam lingkungan 40an dan bekerja sambilan, untuk melakukan pemeriksaan semula. “Kami akan melihat lesen perubatan yang asli untuk setiap doktor termasuk mereka yang bekerja secara sambilan,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web hospital itu. - AFP






.

Lelaki moden lebih gemar wanita yang pintar


Tinjauan terbaru penyelidik mendapati, lelaki moden kini lebih gemar memilih wanita yang pintar dan mempunyai karakter bernilai sebagai teman hidup berbanding paras rupa yang cantik. Penyelidik Universiti York, Dr. Marcel Zentner berkata, trend terbaru tersebut sekali gus menyebabkan golongan wanita yang sinonim dengan kemahiran asas seperti memasak dipinggirkan. Zentner berkata, gaya hidup Barat yang membolehkan golongan lelaki dan wanita mempunyai hak sama rata, menjadi penyebab paras rupa tidak dianggap penting sebagai ukuran untuk menjadi pasangan hidup.

Katanya, dalam kehidupan sosial masyarakat Britain terutamanya di Scandinavia, lelaki lebih mementingkan aspek kepintaran berbanding kecantikan dan kepakaran memasak yang terdapat pada wanita. Jelasnya, berbeza dengan lelaki, wanita pula lebih suka menilai paras rupa lelaki berbanding kekayaan yang dimiliki disebabkan wanita kini mampu berdikari sendiri dalam soal kewangan. "Sebelum ini bagi wanita, soal kewangan yang kukuh pada lelaki menjadi nilai penting agar kehidupan mereka terjamin.

"Namun disebabkan hak sama rata, wanita moden tidak lagi mementingkan soal duit, sebaliknya paras rupa lelaki pula menjadi ukuran," katanya. Pasukan penyelidik Zentner telah menjalankan tinjauan terhadap 12,000 orang di lebih 30 buah negara, dengan menyediakan soalan yang merujuk ciri-ciri pasangan hidup yang diinginkan oleh responden. - AGENSI






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!