Sunday, September 16, 2012

Patung belon terbesar didunia (3 Gambar)


Patung belon raksasa ini ditempatkan di Great Wolf Lodge Lobby in Grand Mound, Washington, United States.


Nama Lee tercatat dalam The Guinness World Record untuk kategori "Largest Balloon Sculpture" dengan menggunakan hampir 3,000 belon, dan dengan ukuran luas 45 kaki 2 inci dan panjang 22 kaki 2 inci.


Lee juga memerlukan waktu 60 jam untuk membuat patung belon raksasa tersebut. Mesti kerja yang sukar, namun berbaloi, kan...






.

Lahirnya bayi bermuka dua di Pakistan


Bayi yang dilahirkan di Pakistan ini amat istimewa sekali kerana mempunyai dua muka atau dua wajah. Ibu bertuah itu Syahidah Perveen,30 tahun melahirkan seorang bayi bermuka dua, dua hidung, empat mata, dan sepasang telinga. Anggota bayi yang lain adalah normal. Bayi itu dilahirkan pada kira-kira pada jam 11:00 pagi hari Jumaat dan selepas tersiar berita tempatan, beratus-ratus pelawat berkumpul di hadapan jabatan ginekologi untuk melihat renungan bayi yang mempunyai dua muka. Namun menurut kenyataan doktor keadaan organ tubuh ganda pada satu tubuh ini dikenali dengan istilah perubatan craniofacial.

Dalam keadaan seperti ini, pernafasan tidak teratur dan daya tahan hidupnya tipis. Kelainan ini terjadi kerana masalah genetik akibat pernikahan pasangan yang masih memiliki hubungan darah dan perkahwinan incest [sumbang muhrim]. Dr Ahmed menyarankan agar pasangan suami isteri mendapatkan khidmat nasihat dengan doktor sebelum memutuskan untuk memiliki anak. Ini dilakukan untuk menghindari kejadian serupa.







.

Dia miliki 15 ribu patung barbie..banyaknyaaa...


Bettina Dorfmann nampaknya akan membuat penggemar patung Barbie mengganga melihat koleksinya. Ini adalah kerana dia memiliki koleksi Barbie sebanyak 15 ribu. Bettina mula mengumpulkan Barbie sejak 1993 dan belum merancang untuk mengakhiri hobinya ini. Wanita berasal dari Dusseldorf, Jerman, ini mengumpulkan semua koleksinya selama 19 tahun. Dia memburu Barbie keluaran 60-an sampai yang terbaru produksi Mattel. Anak perempuannya, Melissa, juga menambah koleksi dengan menghadiahkan patung miliknya yang lama kepada si ibu. Koleksinya itu membuat nama Bettina masuk dalam Guinness Book of Records 2013. Koleksi kegemarannya adalah Barbie era Mod (1967 -1972).

Sedangkan yang termahal adalah Barbie Pony Tail Number 1 berharga USD 10 ribu. Bettina harus merombak bilik untuk menyimpan semua patug itu. Kerana banyaknya, Bettina harus menyimpan patung-patung itu di ruangan lain. Tak hanya tersimpan di dalam rumah, koleksinya juga dipamerkan di berbagai galeri di seluruh dunia. "Anda dapat mencuci rambutnya, mengganti pakaiannya, dan membeli baju baru," kata Bettina tentang asal usul minatnya pada Barbie. "Mereka patung yang bahagia dan bebas. Mereka punya baju indah, gaya rambut dan warna berbeza."






.

Mereka percaya batu itu batu ajaib


Mungkin ramai yang tidak mengetahui mengenai kewujudan tiga bongkah batu ajaib di bandar Pasuruan, Jawa Timur. Menurut penduduk tempatan, ketiga-tiga batu ajaib itu mempunyai keistimewaan dan nama yang tersendiri. Suwijo, seorang tokoh masyarakat di Pasuruan berkata, satu daripada batu itu diberi nama oleh penduduk kampung sebagai 'batu drum'. Menurutnya, batu yang berdiameter satu meter itu akan berbunyi jika dipukul, walaupun dengan hanya menggunakan tangan.

Katanya, satu lagi bongkah batu ajaib itu dinamakan 'batu kerusi' kerana ia kelihatan seperti kerusi, tetapi tegasnya, penduduk tempatan percaya 'batu kerusi' itu tidak boleh diduduki oleh manusia atau akan menerima bala. Suwijo berkata, batu ajaib ketiga yang ada di bandar Pasuruan adalah 'batu solat'. Menurutnya, baru solat yang berdiameter 1.5 meter dikatakan ajaib kerana ia mengeluarkan haruman sehingga jarak tiga meter serta dipercayai telah digunakan sebagai tempat menunaikan solat ketika zaman Belanda. - AGENSI






.

Gambar Kate dan William di Lembah Danum, Lahad Datu, Sabah


Pasangan diraja Britain Putera William dan Kate Middleton mengakhiri lawatan mereka ke negara ini dengan menikmati keindahan kawasan hutan hujan tropika yang terpelihara baik di Malaysia. Duke dan Duchess of Cambridge meluangkan masa kira-kira tiga jam melawat Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum, bercakap dengan 25 penyelidik dan penuntut Universiti Oxford serta duduk di atas dahan pokok setinggi kira-kira 50 meter, selain diberi taklimat berkaitan semut dan hidupan lain di atas pokok dalam kawasan pemuliharaan seluas 43,800 hektar itu. Pasangan itu diterbangkan ke kawasan berkenaan oleh helikopter lapan tempat duduk syarikat penerbangan Sabah Air pada 10.15 pagi.


Mereka kemudian mendengar taklimat Ketua Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar Yayasan Sabah Dr Waidi Sinun, Pengarah Program Penyelidikan Hutan Hujan Asia Tenggara (SEARRP) Royal Society Dr Glen Reynolds, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Tengku D Z Adlin serta Pengarah Jabatan Perhutan Sabah Datuk Sam Mannan berkaitan kerja pemuliharaan bersama Yayasan Sabah dan SEARRP. William menjadi Felo Diraja sempena sambutan ulang tahun ke-350 Royal Society pada 2010. Pasangan itu menunjukkan minat mendalam dalam kemajuan kerja pemuliharaan dan haiwan liar di kawasan tersebut seperti Orang Utan serta monyet Proboscis. Selepas mendengar taklimat selama setengah jam, Putera William dan Kate meredah hutan hujan tropika itu bagi merasai sendiri biodiversiti luar biasa yang terdapat di kawasan tersebut.


Waidi menyifatkan kunjungan pasangan diraja itu sebagai 'berjaya dan bermanfaat'. "Duke of Cambridge ada berkata ayahanda baginda (Putera Charles) sememangnya menyukai hutan hujan tropika. Bagi saya, kunjungan ini berjaya dan bermanfaat kerana ia bakal meletakkan Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum ke satu tahap yang lebih tinggi. "Ia benar-benar merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha bersama Yayasan Sabah dan the Royal Society, terutama bagi kerja pemuliharaan yang kami lakukan. "Kami percaya apa yang telah dan sedang dilakukan di sini adalah penting dan signifikan di peringkat global... dan saya percaya inilah yang menarik minat pasangan diraja itu untuk berkunjung ke sini," katanya.


Selepas meluangkan masa di Lembah Danum, pasangan itu turut berpeluang merasai pengalaman berjalan di jambatan atas pokok sepanjang 300 meter, sebelum berehat untuk makan tengah hari di Borneo Rainforest Lodge. Duke dan Duchess of Cambridge kemudian berlepas dengan pesawat komersial ke Kota Kinabalu. Malaysia merupakan destinasi kedua pasangan itu selepas Singapura dalam siri lawatan sembilan hari mereka ke timur jauh sebagai wakil Ratu Elizabeth II sempena sambutan ulang tahun ke-60 pemerintahan baginda di England. Pasangan itu dijadual melawat Kepulauan Solomon dan Tuvalu selepas ini. - Bernama






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!