Monday, September 24, 2012

Hutan berbentuk gitar, dibuat demi si isteri


Pedro membuat dan menanam hutan berbentuk gitar untuk isterinya. Ianya dibuat untuk mengenang si isteri, Graciela. Lebih tepat lagi, tanda cinta buat wanita yang disayanginya itu. Ini adalah kerana, Graciela adalah seorang pecinta alam. Sayangnya, kata Ureta, ketika hutan itu dibuat, isterinya sudah tak ada. Ajal lebih dulu menjemputnya. Meskipun demikian dia tetap gembira. Setiap kali melihat hutan itu, Ureta merasa isterinya masih ada. Hutan berbentuk gitar itu dipenuhi pokok cemara juga Eucalyptus, tanaman yang berasal dari Australia. Ureta yakin Graciella pasti menyukai tanda cintanya ini.






.

Gambar Megan Fox sebelum dia bersalin


Dia hanya tinggal satu bulan sebelum melahirkan anak pertamanya dengan suami, Brian Austin Green. Dan pada hari khamis baru-baru ini, Megan Fox telah dilihat keluar bersama suaminya. Wajahnya jelas kelihatan berseri.. Pelakon yang berusia 26 tahun itu dilihat memegang lengan Brian, dan kemudian saling berpegangan tangan ketika mereka bersarapan bersama di Studio City. Megan, yang mengesahkan kehamilannya pada bulan Jun, dijangka akan bersalin pada bulan Oktober, Bayi itu merupakan anak pertama Megan, tetapi meru[akan anak kedua Brian kerana dia sudah mempunyai seorang anak yang berusia sembilan tahun dengan pelakon Vanessa Marcil.





.

Melukis dengan ratusan stokin kaki


Hong Yi adalah seniman muda dari Malaysia yang suka melukis, tetapi tidak menggunakan berus lukisan. Dia menggunakan segala macam benda yang tidak konvensional seperti teko kopi untuk menghasilkan potret fenomena ahli muzik yang berasal dari Taiwan, Jay Chou. Tapi kali ini dia telah mencipta potret seorang sutradara China terkenal Zhang Yimou, dengan menggantung ratusan stokin kaki dengan tongkat bambu di sebuah perumahan.


Hong Yi akhirnya menggunakan 750 pasang stokin kaki. Oleh kerana stokin terlalu besar dan mahal, akhirnya penduduk tempatan yang ingin tahu mula mengulurkan tangan untuk membantunya membuat stokin kaki berwajah ini.






.

Kenali lelaki yang memiliki janggut terbaik didunia


Lelaki 26 tahun ini berhasil memenangi World Beard and Mustache Championship. Dia berhasil memenangi kategori ‘janggut penuh dengan gaya kumis’. Burke Kenny pertama kali memenangi kategori ini empat tahun lalu. Saat itu dia juga menjadi lelaki termuda yang menjadi juara bulu muka internasional. “Saya sama sekali tak menganggapnya serius,” ujarnya. Dia mengaku senang menjadi lelaki terhormat dan diperlakukan secara terhormat pula. Kenny mula menumbuhkan janggut dan kumisnya ketika dia berusia 20 tahun dan pengaruh bulu mukanya berasal dari ayahnya. “Ayah saya menjadi inspirasi nombor satu saya. Dia memiliki kumis selama 30 tahun,” ungkapnya.

Kenny merupakan salah satu dari enam anggota anggota Beard Team USA yang berhasil membawa pinggat emas di kejuaraan tahun ini. Menurutnya, pinggat emas ini menjadi pemahaman dan penerimaan atas janggutnya. "Saya sokong lelaki-lelaki lain untuk menumbuhkan bulu muka berkualiti jika mereka boleh dan ‘mengenakannya’ dengan rendah hati,” ujarnya.





.

Kecederaan yang paling memalukan dalam sukan


Kecederaan serius bagi seorang atlet, boleh mengakibatkan berakhirnya karier. Dan kebanyakan cedera pada atlet, menimpa ketika dia sedang berada dalam sukan itu. Ini adalah gambar asli. Gambar dimana pemain bola sepak kehilangan salah satu jari tangannya. Setelah jaringan terakhir, dia melompat ke pagar yang memisahkan lapangan dari ribuan penonton yang sedang histeria berteriak. Ketika dia melompat dari pagar, dia merobek jarinya hingga patah. Tidak hanya itu, dia bahkan mendapat kad kuning sebagai balasan dari tindakannya.






.

Wanita bijak sembunyi kecurangan


Lelaki sering dianggap tidak setia kepada pasangan tetapi tinjauan terbaru menunjukkan wanita lebih cenderung berlaku curang. Hampir 100 peratus wanita yang curang mendakwa berjaya menyembunyikan jejak mereka, manakala 17 peratus lelaki mengaku kecurangan mereka diketahui pasangan masing-masing. Agensi mengatur temu janji internet, UndercoverLovers.com melakukan tinjauan ke atas 3,000 individu yang sudah berkahwin mendapati 95 peratus wanita dan 83 peratus lelaki mengaku kecurangan mereka tidak diketahui. Berjaya rahsia perbuatan Sebanyak 89 peratus peserta tinjauan itu yang curang mengaku berjaya merahsiakan perbuatan mereka daripada pasangan masing-masing. Jurucakap agensi itu, Emily Pope, menyatakan wanita lebih pandai berbohong berbanding lelaki.

“Kebanyakan ahli laman sosial ini berlaku curang dalam jangka masa lama tanpa ditangkap” katanya. Pakar psikologi dari Universiti Manchester Metropolitan, Dr David Holmes berpendapat bahawa wanita lebih cenderung untuk bersikap curang. “Wanita memang bijak menipu kerana secara psikologinya mereka berada dalam kelas tersendiri, berbeza dengan lelaki. Mereka membuat penilaian dan keputusan secara emosional dalam merancang strategi manakala lelaki lebih impulsif. Perbezaan paling besar adalah wanita lebih bijak menyembunyikan rahsia kecurangan mereka,” katanya. 4 daripada 10 tak setia Kajian lain di United Kingdom juga mendapati, empat daripada 10 wanita mengaku tidak setia.

Sementara cuma tiga daripada 10 lelaki mengaku tidak curang. Tinjauan pendapat 3,000 orang dewasa mendapati dua perlima wanita yang curang mengatakan ia berlaku ketika mereka berada di kelab malam. Hampir satu daripada empat wanita sama curang dengan rakan sekerja. Kira-kira 55 peratus wanita mengaku mereka suka mendapatkan perhatian lelaki dan satu pertiga daripadanya berkata lelaki sering salah anggap wanita berkenaan meminati mereka. - Agensi







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!